'Bro, awek kau ke?'
'Tak, adik ipar.'
'Takpe ke kau yang tolong dia?'
'Dah Hazel tu outstation, nak buat macam mana lagi.'
'Takde orang lain yang nak tolong ke? Nanti orang fikir kalau korang ada affair, macam mana?'
'Bagitahulah perkara sebenar. Bukannya aku buat bukan-bukan dengan dia.'
'Bro, kalau orang dah salah faham, dah tak nak dengar penjelasan tau.'
'Dahlah, kau janganlah over sangat. Baik kau pergi baikkan kereta ni.'
'Yelah, bro.'
Walaupun kedudukan mereka agak berjauhan.
Tetap juga Sapp dapat mendengar perbualan diorang.
Lepas ni, dia perlu elakkan minta tolong dengan Shaun.
Orang tu baru pertama kali jumpa dia, dah salah faham dia tu gf Shaun.
"Dah siap ambil barang?"
"Ya."
"Jomlah, aku hantarkan pergi kerja."
"Okay."
.....
"Thanks, hantarkan aku. Nanti balik aku naik grab je."
"Jangan, bagi aku yang ambil kau. Kalau kau tak nak sebab kita berdua je, takpe, nanti aku bawa Carla."
"Tapi, aku tak nak-"
"Kau tak susahkan aku atau sesiapa pun."
"Okay-lah."
Pasrah jelah.
Nak membantah, dia yang nak tolong, bukan Sapp paksa.
"Jam berapa kau pulang?"
"Jam 6."
"Kalau aku tak sampai selepas jam 6, spam call aku."
Sapp memberikan anggukan.
Okay, sekarang dah boleh masuk kerja.
Shaun dah pergi.
Telefon berdering pula.
"Hello."
"Hello, kak. Kenapa called tadi?"
"Takde apa. Just nak minta tolong je tadi."
"Apa?"
"Tadi kereta rosak, nak minta hantar pergi kedai."
"Dah tu, sekarang?"
"Dah sampai kedai. Kereta dah kena hantar pergi bengkel."
"Siapa yang tolong?"
"Shaun. Dia je harapan terakhir."
"Hazel? Papa ada call?"
"Hazel outstation. Papa pula tak best. Orang baru tanya dia busy ke tak tiba-tiba assume aku gaduh dengan Hazel."
"Takpe ke Shaun tu yang tolong akak?"
"Takpelah. Lagipun dia okay je nak tolong aku."
"Nanti aku ambillah akak kalau balik nanti."
"Takpelah, Shaun nak ambilkan. Dia bawa Carla sekali."
"Kenapa dia nak susah-payah tolong akak ni?"
"Tak tahu."
"Okay-lah, balik nanti dia ambil. Mulai esok, biar aku je yang hantar ambil akak. Aku tak nak dengar ada gosip murahan pasal akak."
"Yelah, nanti akak cakap dia."
"Akak dah selamat sampai, kan?"
"Ha'ah."
"Okay-lah. Aku off-call."
"Okay."
Posesif pula Eme ni.
Kerjalah, malas nak fikir lain.
"Apa akak cakap?"
"Kereta dia rosak. Sekarang dia dah sampai kedai."
"Kereta dah okay?"
"Tak, abang ipar dia tolong aturkan. Mulai esok, saya yang hantar ambil kakak. Saya mungkin lambat sampai."
"Takpe, nanti saya cover awak."
"Okay, thanks, awak."
"No problem, awak."
.....
*Eme.*
*Apa?*
*Sibuk?*
*Esok kls jam berapa?*
*Tak sibuk. Kls mula dalam jam 9.*
*Teman, jom. Kita pergi clubbing jom.*
*Akak. -_-.*
*Esok akak tu nak kerja.*
*So?*
*Takpe mabuk2?*
*Mcmlah aku tak prnh prgi club trs esoknya prgi kerja. Ni Sapplah, Eme.*
*Kalau tak nak teman, aku prgi sndiri.*
*Merajuklah tu.*
*Tunggu dkt rumah, aku prgi ambil.*
*Nice.*
Begitu mudah dia buat orang akur dengan dia.
Bahaya kenal dengan Sapp ni.
Tak lama kemudian Eme sampai lalu membawa Sapp ke kelab yang kakak dia nak.
~~~~~
"Hello, Sapp."
"Ya, ma? Kenapa?"
"Boleh datang majlis perasmian tak malam ni?"
"Perasmian apa ma?"
"Baru-baru ni, papa ada buat cawangan baru dekat-dekat sini. Dia buka hari ni, jadi malam ni tanda perasmian."
"Oh, saya tak ada apa nak dibuat malam ni tapi ma, kereta saya belum baik lagi. Esok atau lusa baru baik."
"Takpelah. Nanti Shaun ambil."
"Okay, ma. Jam berapa saya kena bersiap?"
"Majlis mula jam 8 malam, kamu bersiaplah dalam 7 nanti."
"Okay, ma."
Huh.
Menyusahkan Shaun lagi.
Sapp rasa dah banyak menyusahkan Shaun.
Dahlah sekarang Hazel takde.
"Sapp."
"Hrm."
Sapp mengeluarkan aura dingin dia.
"Sapp, kau merajuk lagi ae. Alah sorry-lah."
Sapp tak nak layan.
Merajuk lagi dengan Jane.
"Sapp. Janganlah merajuk lama-lama. Aku masa tu risau pasal kedai-kedai kau."
"Hrm."
"Sapp."
"Apa?"
"Jangan merajuk, please."
"Ya."
"Masih merajuk ni. Kalau macam tu, malam ni kita pergi clubbing."
"Tak nak."
"Alah, aku nak tebus kesalahan aku. Jomlah."
"Malam ni aku kena pergi majlis perasmian. Jadi tak boleh."
"Majlis perasmian apa pula?"
"Perasmian cawangan baru bapa mentua aku."
"Okay-lah. Esok? Esok kita pergi."
"Okay."
"Yeah. Aku pergi sambung kerja dulu."
"Okay."
Pandai Jane nak memujuk Sapp.
.....
"Aku tak susahkan kau ke nak mengambil aku ni?"
"Tak susahkan pun. Dekat je rumah korang ni."
"Carla pergi juga ke?"
"Ha'ah tapi ikut mama. Nak awal datang."
"Takpe ke Hazel takde ni?"
"Takpe. Papa awal-awal bagitahu nak buka cawangan tu. Hazel yang nak sangat pergi outstation."
"Oh. Macam dia mengelak je."
"Mungkin tak nak kena berlakon sebab hubungan korang. Lepas tu, nak gaduh dengan Emelly tu."
"Kau tau tak kenapa Hazel boleh berubah jadi setia?"
"Tahu. Kenapa? Nak tahu ke?"
"Ha'ah."
"Dulu ada perempuan yang pergunakan dia untuk bayar hutang tapi dia tak tahu dia yang kena bayar. Sampailah kena tuntut duit hutang, kebetulan masa tu dia tak bawa duit banyak, dia kena belasah sebab dikira mengelak bayar hutang."
Eh, lain daripada yang Hazel pernah cakap.
Mungkin Hazel tak nak bongkar rahsia kot.
Takpelah.
"Teruk ke kena belasah?"
"Teruklah juga sampai patah tulang hidung dia. Sejak tu dia dah tak banyak gf tapi still playboy."
"Terus macam mana dia berhenti?"
"Tak lama lepas tu, dia jumpa Emelly. Emelly yang pujuk dia supaya tak playboy lagi."
"Hazel ternakan pujukan?"
"Mungkin dia diugut atau dibagi sesuatu, aku tak tahulah. Lagipun setahu aku, Hazel tak senang dengar pujukan orang kecuali ada sesuatu yang buat dia setuju."
"Oh, macam tu."
"By the way, kawan aku cakap kereta kau mungkin siap lusa."
"Lamanya."
"Dah kau tak servis kereta, nak buat macam mana lagi. Kau kenalah prihatin sikit dengan kereta, jangan tahu guna je."
"Okay-lah."
"Dah sampai ni. Jom turun."
"Erm."
Mereka berdua memasuki dewan jamuan tanpa ada halangan.
"Akak. Cantiknya."
"Carla pun cantik. Mana mama?"
"Dengan geng dia. Akak teman saya, please."
"Tengah temanlah ni. Akak tak kenal langsung orang dekat sini."
"Kan, saya lagi tak kenal sesiapa."
"Majlis mulai ke?"
"Dah. Sekarang makan-makan je."
"Sapphire Benz."
Uish, siapa memanggil?
"Awak siapa ya?"
"Kawan Hazel. Panggil je Han."
"Okay. Awak ada urusan dengan saya ke?"
"Tak ada. Saja nak berkenalan."
"Oh, malangnya saya tak berminat."
Jangan nak dekat dengan Sapp.
Tak suka.
"Wah. Jangan jual mahal sangat."
"Oii, kau nak mengorat, cari perempuan single. Isteri kawan kau juga yang kau nak."
Shaun cuba menghalang Han.
"Chill arr, bro. Aku nak sembang je."
"Ih, awak nak mengorat kakak saya ae? Saya bagitahu mama nanti."
Carla menyuarakan dirinya.
"Carla Sayang, jangan macam tu. Saya tak mengorat kakak awak, okay."
"Awas."
Tak nak kakak dia direbut.
Share this novel