45

Romance Completed 61517

Reunion sudahpun lama berlalu.
Mengenai hal Laurent meminta maaf bagi Yasmine turut Shaun sampaikan.
Difahamkan bahawa Laurent adalah abang kepada Yasmine sekali gus suami Clara.
Mungkin rasa bersalah dengan perbuatan Yasmine.

"Sapp, tangan dah okay?"
Shaun perasan kalau pelekat luka masih ada di tangan Sapp.

"Dah okay, tinggal bekas je lagi."

"Ada parut?"

"Ada sikit tapi tak ketara pun."

"Baguslah kalau macam tu. Hati-hati kerja tu."

Sapp baru saja ingin keluar kereta, namun dia teringat sesuatu.

"Jap."

"Kenapa?"

"Hari ni aku balik awal. Jam 3."

"Okay, noted."

"Bye."
Sapp melambai sambil memberikan senyuman.

Shaun membalas dengan senyuman juga.

"Amboi-amboi. Sweet-nya dia. Ada chance ke ni aku pergi majlis kau lagi?"

"Ish, sibuklah dia ni." Ujar Sapp dengan nada bergurau.

"Alololo. Kan bagus happy macam ni selalu. Jaga elok-elok hubungan kau ni."

"Aku cuba."

"Esok ada party tak?"

"Party? Kau ingat ae birthday Eme?"

"Ingat, dah kau selalu jemput aku kalau ada birthday party Eme."

"Hehe, ada tapi aku rasa aku nak masak sendirilah. Lagipun orang terdekat je yang datang."

"Kakak korang datang?"

"Datang tapi Amber dengan keluarga dia jelah. Amethyst tak."

"Eh dah berapa lama ae kakak kau Amethyst tu tak balik?"

"Dah nak 3 tahun kot. Dia ada balik pun masa aku kahwin dulu."

"Lama juga ae."

"Nak buat macam mana, dah laki dia orang overseas."

"Sekarang dia dah ada berapa anak?"

"3 kalau tak silap."

"Kakak kau lagi satu?"

"Baru 1 orang."

"Wow, kalah dengan yang satu lagi."

"Orang bisnes mana ada banyak masa nak begitu-begitu. Balik rumah, terus rehat. Itupun okay-lah tu ada satu daripada takde."

"Mana kau tau ni?"

"Err, aku nampak Hazel macam tu. Dia dengan Emelly pun masa dia tak datang kerja je."

"Oh. Okay-lah, jadi esok kau nak masak sendirikan?"

"Ha'ah."

"Aku tolonglah. Penat tu masak sorang-sorang."

"Kalau kau tawar diri, memang aku on je ni."

"Nice tapi boleh aku bawa bf aku datang? Masa party je."

"Bawa je tapi jangan kau bawa satu kampung dia, sudah."

"Hehe, takdanya. Esok roger je bila kau nak mula."

"Okay."

.....

Seperti yang dikatakan Sapp, dia akan pulang awal hari ni.
Dia nak beli bahan masakan untuk esok.

"Banyaknya kau beli barang. Stok berapa bulan ni?"

"Bukan nak stoklah. Ni untuk jamuan esok. Kau datanglah dengan family kau."

"Memangnya esok ada apa?"

"Esok birthday Eme. So, aku nak buat jamuan kecil-kecilan untuk dia."

"Siapa je yang datang?"

"Kawan terdekat Eme, terus gf dia of course kena datang. Family kakak aku, Jane dengan bf dia termasuk kau dengan family kau."

"Hrmm, ada Si Mulut Celupar tu."
Hambar senyuman Shaun dengar pasal gf Eme.

"Kau ni, lupakan jelah apa dia cakap tu. Sekurang-kurangnya dia cakap depan-depan bukan cakap belakang kita."

"Huh. Baik sangat kau ni. Risau ada yang berniat nak pijak kau."

"Cubalah, kot-kot orang tu nak berurusan juga dengan keluarga Vincent yang lain. Hehe."

"Wah, takut."

"Kau nak aku masakkan apa esok?"

"Buat apa tanya aku. Sepatutnya tanya Eme tu."

"Aku tahu apa dia nak makan tapi takkan satu masakan je aku buat."

"Apa je yang kau masak?"

"Kari ayam. Dalam banyak masakan aku, itu yang paling Eme suka."

"Kau pandai masak lemak cili api?"

"Pandai tapi nak masak dengan apa?"

"Sebagusnya sayur tapi ikan pun boleh."

"Ermm, kita tengok bahagian sayurlah. Kalau takde yang sesuai, kita beli ikan je."

"Okay."

Sepanjang pembelian mereka, Sapp kerap meminta pendapat Shaun untuk masakannya.
Dan hasilnya, mereka dapat menentukan 1 lagi hidangan iaitu daging masak kicap.
Untuk pencuci mulut, semestinya dari bakeri Sapp sendiri.

"Terima kasih teman aku beli barang-barang ni. Susahkan kau je."

"Apalah kau ni, setakat macam ni tak susah punlah."

"Kalau macam tu, esok jangan lupa datang ae."

"Mestilah datang. Kalau aku datang awal boleh? Aku memang tak pandai masak tapi mungkin ada yang aku boleh tolong."

"Ish kau ni. Sengajakan nak aku terhutang budi dengan kau?"

"Terhutang budi? Takdelah. Aku ikhlas ni nak tolong. Lagipun nanti aku makan jugakan."

"Okay-lah, dah kau yang offer diri."

"Jam berapa kau mula?"

"Tak pasti lagi tapi rasanya tengah hari."

"Nanti bagitau je kalau dah nak mula."

"Okay, tapi aku inform sedia kalau esok Jane pun nak tolong."

"Okay-lah tu. Makin senang kerja."

"Hehe, ya. Aku masuk dulu ae."
Mereka sudahpun memasukkan bahan-bahan masakan ke dalam rumah.
Sapp sekarang hanya ingin menghantar Shaun ke luar.

"Jap."
Batang leher Sapp ditarik lembut dan Shaun mendaratkan ciuman di pipi.
"Bye, Sayang."
Dengan senyuman lebarnya, dia melambai sebentar sebelum masuk ke kereta.

Tercengang Sapp di sana.
Tapi dia tak marah.

~~~~~
Shaun mendapat khabar kalau Sapp akan mulai memasak sekarang pada jam 1230.
Mengetahui itu dia bergegas keluar namun sempat singgah sebentar ke tempat Carla.

"Carla."

"Hah, nak apa?"

"Nanti kau bawa mama papa pergi rumah Sapp. Jam nanti aku chat."

"Ada apa nanti?"

"Jamuan untuk birthday Eme. Sapp jemput kita datang."

"Hazel?"

"Bawa jelah kalau dia nak."

"Okay."

Setelah itu, Shaun segera memandu ke rumah Sapp.
Sesampai di sana, Shaun melihat satu kereta yang berparkir di luar rumah Sapp.
Mungkin kereta Jane.

Shaun juga melihat Sapp yang berada di luar rumah.
Nak jemput Shaun ke ni?

"Wah, cepatnya sampai."

"Kau buat apa dekat luar ni?"

"Tunggu kau. Jane dengan bf dia dah masuk dalam dulu."

"Bukan kau cakap kelmarin, Jane je ke nak tolong?"

"Ya. Entah kenapa bf dia pun datang tapi aku tak masalah pun. Kau tak suka ke?"

"Bukan, aku tanya je."

"Okay, jom masuk."

Mereka berdua lantas menuju ke dapur.
Jane dengan bf dia dah ada dekat dapur, sekali awal Jane dah bagitau nak duduk dekat dapur je.

"Cepat betul sampai. Kau pecut ke datang sini?" Soal Jane.

"Rumah aku tak jauh sangat, buat apa pecut? Korang?"

"Kebetulan memang tengah keluar masa Sapp ni chat."

Shaun mengangguk kecil.

"Jadi Sapp, kau nak masak apa dulu?"

"Daging masak kicap. Nak masak lama sikit, biar tak liat sangat."

"Okay, kita urus daging. Dah tu, dua orang ni?"

"Pandai potong bawang?"

Bf Jane mengangguk namun Shaun menggeleng.

"Kupas bawang?"

"Boleh mungkin."

"Okay, Shaun kupas bawang. Err, nama?"
Boleh-bolehnya Jane tak perkenalkan dulu nama bf dia tu.
Nak panggil apa, lagilah tak tahu.

"Kelvin."

"Okay. Shaun kupas bawang, Kelvin potong bawang. Boleh?"

Masing-masing mengangguk tanda setuju.

Mulalah mereka mengerjakan apa yang patut.
Tidak lupa mereka sambil berbual biar tiada keheningan melanda.
Mengelak perasaan kekok di hati.

"Awak, lepas class ni, kita keluar sekejap boleh?"

"Kalau boleh, saya nak baliklah. Penat buat task tadi."

"Alah, jomlah. Kita santai-santai je. Saya janji sebelum jam 6 nanti, kita balik."

"Okay-lah. Jangan mungkir janji nanti."

"Okay."

Mylia sengaja membawa Eme keluar dulu sebelum balik biar jamuan kejutan Eme tak terbongkar.
Bukan kejutan dah kalau terbongkar.
Sia-sia pelan yang dibuat.

.....

Sapp memandang jam di dinding yang menunjukkan tidak lama lagi jam 6.
Kalau ikut rancangan, Eme akan balik tak lama lagi.

Untungnya semua makanan sudahpun siap dimasak.
Tinggal nak buat minuman lagi tapi itu dia boleh buat sendiri.

"Korang. Semua dah siap. Kalau korang nak bersiap ke, sekarang boleh balik. Tak lama lagi Eme nak balik ni. Terus, aku nak ambil desserts lagi lepas ni."

"Tapi minuman belum siap lagi, Sapp."

"Takpe, Jane. Itu aku boleh buat sendiri. Nanti korang datanglah sebelum jam 8."

"Okay-lah. Kitorang balik dulu."

"Terima kasih korang, tolong aku hari ni."

"No problem-lah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience