Bunyi telefonnya membingitkan telinga membuat dia cepat mengangkat telefon.
"Siapa?"
"Saya, bos."
Sapp memang dah tak tengok nama pemanggil.
"Nak apa?"
"Ada masalah dekat kedai ni."
"Awal pagi dah ada masalah. Serius ke?"
"Ermm, ada kereta langgar kedai ni."
"Hrmm, bagus. Suruh dia bayar ganti rugi."
"Polis dah uruskan, bos. Tinggal tunggu keputusan dia nak bayar ke tak. Lepas tu ada pekerja yang cedera. Ada sampai patah tangan, yang lain luka calar dinding kaca pecah."
"Suruh dia bayarkan untuk rawatan diorang juga."
"Baik, bos."
"Ada lagi?"
"Ada. Kami yang tak apa-apa ni nak buat apa hari ni?"
"Hari ni cuti je. Jangan risau, cuti bergaji. Nanti aku tengok apa korang boleh kerja esok. Pembaikan kedai tu nanti aku uruskan lepas aku masuk kerja."
"Okay, bos. Maseh."
"Hrm."
Masalah betul.
Baru kelmarin dia tak uruskan kerja, ada pula masalah macam ni.
Baru sehari ni, belum seminggu.
Dahlah dia nak cuti 3 ke 4 hari lagi.
Telefon diletak atas meja.
Masih mamai sebenarnya.
Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.
Dia memalingkan sedikit wajahnya dan melihat pasangan kekasih tu pandang dia.
"Suara aku kuat sangat ke sampai buat korang terbangun?"
Perempuan di sebelah Hazel menggelengkan kepalanya.
Mungkin diorang cuma terkejut tak pun tak nak ganggu perbualan Sapp.
Tak lama lepas tu, Sapp berdiri dan pergi ke bagasi dia.
Nak ambil baju, nak mandi pagi.
Sekarang dah siap mandi.
Skincare semua dah letak.
Rambut terurai lurus, eh tak lurus.
Rambut Sapp jenis ikal mayang.
"Nanti aku bagitahu diorang yang kau masih mandi."
Tak tunggu respons diorang, Sapp dah keluar.
Malas dia nak jadi nyamuk dalam bilik tu.
Tak kisahlah tadi malam perempuan tupun tidur sama atau tak dengan Hazel, asalkan dia tak jadi pengganggu.
"Sapp, mana Hazel?"
Tanya mama.
"Tengah mandi. Saya lama sangat mandi tadi."
"Lah, kenapa tak tunggu dia?"
Papa Sapp tanya pulak.
"Dah laparlah, pa. Lagipun Hazel tau je Sapp nak makan dulu."
"Takpe, nak buat macam mana lagi kalau dah lapar, kan. Order dulu nak apa."
"Okay, ma."
Semua ahli kedua keluarga berkumpul di pagi hari ini.
Cuma Hazel je yang kurang.
"Hazel dah sampai. Sorry, awak. Saya tak tunggu awak makan."
"Takpe, tadi kau dah bagitaukan nak makan dah."
"Hazel, berlembut sikit dengan isteri tu. Apalah guna aku-kau dengan isteri."
"Yelah, ma."
Dah kena tegur dengan mama.
"Awak, duduklah. Mesti awak dah lapar."
"Ya."
Hazel ambil tempat duduk di sebelah Sapp.
Sarapan pagi diakhiri dengan perbualan antara mereka.
Ada yang bertanya-tanya.
Ada yang mendengar je.
Selepas dah sarapan, masing-masing dengan haluan sendiri.
Hazel dengan Sapp dalam bilik je.
Sapp sibuk dengan laptop dia, Hazel sibuk dengan phone dia.
"Oii, kau sibuk?"
"Tak."
"Jom keluar, aku nak jumpa gf aku."
"Dah kenapa nak mengajak aku keluar? Jadi nyamuk?"
"Taklah. Aku nak bawa kau supaya mama tak pelik kenapa aku je keluar. Gf aku nak shopping, kalau kau nak shopping juga, aku boleh bayarkan."
"Betul ni?"
"Ya."
"Okay, aku bersiap sekejap. Tak lama, sumpah."
"Yelah."
Sapp dah tak tukar baju sebab baju dah sesuai nak keluar.
Dia tinggal touch-up muka dan ambil barang yang dia nak bawa.
Bagian depan baju oversize dia, dia take-in ke dalam seluar hotpants.
Siap.
"Okay, dah siap."
"Jom, gerak."
.....
Sesampai di tempat membeli-belah, mereka berdua terus berpisah.
Tak lupa Hazel memberikan sebuah kad kredit untuk Sapp.
Itu sudah menjadi hak milik Sapp dan di dalamnya berisi RM60000 untuk Sapp.
"Belanja bulanan kau, aku dah kasi. Jangan kata aku tak bagi pulak."
"Ya ya."
"Kau jangan pergi tempat lain, nanti susah aku nak mencari."
"Okay."
Okay, diorang dah berpisah.
Sapp menikmati me-time dia dengan menikmati makanan yang terjual.
Gembiranya dia dapat makan semua tu.
Jarang dia ada masa nak keluar sendiri.
'Bukk.'
'Ah.'
Sapp mendesah kesakitan bila bahunya dilanggar seorang lelaki.
"Sorry."
"Takpe."
Sapp teruskan berjalan.
"Tunggu. Kau Sapphire, kan?"
Sapp memusingkan badannya melihat gerangan lelaki tadi.
"Aku kenal kau ke?"
"Aku Adneil. Junior kesayangan kaulah. Aku ada dengar cerita kau kahwin dengan Hazel Benz. Kelmarin, kan?"
"Dah handsome, macam mana nak kenal. Ya, aku kahwin dengan Hazel kelmarin."
"Sibuk tak ni?"
"Taklah."
"Jomlah borak-borak dulu. Mana Hazel?"
"Jom arr. Aku pun nak borak-borak juga. Kita duduk restoran, nak?"
"Jomlah."
Jangan tanya Hazel kat mana.
Kau tak boleh tahu Adneil.
Diorang dah jumpa restoran yang berdekatan tempat pertemuan mereka tadi.
Siap ambil order.
"Kau tak bagitau lagi mana Hazel? Takkan kau sorang je dekat sini."
"Adalah dia buat."
"Berahsia. Jadi apa cerita sampai kau boleh kahwin dengan dia? Kau taukan dia playboy."
"Perjodohan orang tua. Tu je."
"Motif?"
"Mak dia berkenan dengan aku."
"Takkan dia terima je?"
"Memang taklah. Dia terima pun sebab."
'Harta.'
Sapp perlahankan sedikit suaranya.
"Hah. Kau biar betul? Jadi apa kau dapat?"
"Duit dia."
"Kau memang gila. Kau bukannya tak ada kerja nak dibuat."
"Takpelah. Boleh tolong tambahkan modal kerja aku. Dia ambil kesempatan, aku pun ambil kesempatan."
"Gila, gila. Tu, gf dia ke?"
Adneil memandang ke pasangan kekasih yang mesra berbual.
Dia masih ingat rupa Hazel.
"Ha'ah."
"Kenapa kau nak musnahkan hidup kau semata-mata lelaki tu? Ada siapa-siapa yang tahu korang kahwin sebab 'tadi'?"
"Ada, kau, gf dia dengan kawan-kawan dia, maybe."
"Huh. Cari masalah."
"So, kau sekarang kerja apa? Datang mall buat apa?"
"Kerja cikgu je. Datang sini jalan-jalan je. Buang stress."
"Awek, mana awek?"
"Takde lagi. Baru nak mencari."
"Eleh, baru nak mencari konon. Kau petik jari je, banyak yang datang."
"Kau fikir aku penyihir ke apa. Kalau benda tu boleh jadi, bagus jadi playboy terus."
"Ha'ah, lepas tu senasib pula dengan Hazel tu."
"Tak naklah aku."
"Best tak jadi cikgu?"
"Best kalau kau jumpa murid yang tak nakal. Kalau nakal-nakal sikit takpe, kalau nakal teruk, jenuh kau nak menghadap."
"Nasib baik aku tak jadi cikgu."
"Engkau kalau jadi cikgu, entah-entah kena buli dengan murid."
"Amboi, jahat betul kau ni."
"Kenyataan."
Share this novel