"Tahniah, kak, Shaun. Harap-harap hubungan korang kekal. Kak, kalau Shaun buat hal, report je tau."
"Eh, eh kau ni. Jangan nak menghasut tunang aku."
"Eleh. Siap kau kalau kau buat hal."
"Takdenya nak buat hal."
"Korang nanti bagi aku anak buah comel-comel ae." Ucap Jane yang tiba-tiba muncul.
"Ish, awalnya dah fikir anak, kahwin pun belum." Ujar Sapp.
"Takpelah, rancang awal-awal tak salah pun."
Ditamparnya lengan Shaun namun dengan lembut.
"Eee, akak malu-malulah." Usik Carla sambil tersengih-sengih.
"So, bila orang kahwin?" Tanya Jane.
"Bila?" Tanya Sapp pula sambil memandang Shaun.
"Kena bincang dengan parents kita dulu tapi lebih cepat lebih baguskan."
"Mana-mana pun okay."
.....
"Sapphire, awak happy tak hari ni?"
Setelah makan-makan di jamuan pertunangan tadi, Shaun membawa Sapp menikmati permandangan laut di malam hari.
Mereka turut duduk di bebatuan yang menghadap lautan.
"Mestilah happy. Gilalah kalau tak happy tapikan sejak bila kita ber'saya-awak' ni?"
"Sejak awak jadi tunang saya." Dipegangnya kedua-dua belah pipi Sapp dan mereka saling memandang tepat ke mata masing-masing.
"Saya nak kita biasakan diri guna panggilan lembut. Mungkin lepas ni, bolehlah saya panggil awak, Sayang, Dear, atau Baby."
"Awak nak saya panggil mana satu?"
"Honey, saya nak yang tu."
"Takde dalam pilihan pun."
"Ah, tak kisah. Nak Honey juga."
"Okay-okay. Jadi, awak panggil saya apa?"
"Bie, boleh?"
"Boleh. Saya tunggu awak panggil saya guna panggilan tu."
"Hehe. Bie. Bie."
Lantas Sapp memeluk Shaun.
"Bie." Sapp kini memandang wajah Shaun.
"Ermm?"
"Bie betul-betul sayang saya, kan?"
"Ya. Saya sayang sangat-sangat Honey saya ni."
Diciumnya dahi Sapp.
"Kalau macam tu, jangan tinggalkan saya ae. Saya dah tak nak cari orang lain dah."
"Takkanlah saya nak tinggalkan awak. Dengan susah-payah saya gapai, senang-senang je nak tinggalkan."
"Hehe. Janji ae."
"Janji."
"Once awak mungkir janji, dah takde peluang kedua tau."
"Ya, saya takkan mungkir janji."
"Ermm, Bie~~" Manja ja Sapp panggil Shaun.
"Kenapa, Honey?"
"Lepas kahwin, awak terus nak ada anak ke?"
"Kalau boleh, tak naklah ada anak awal sangat. Saya nak gigit awak puas-puas dulu."
"Ih, apa ni gigit-gigit? Seramlah."
"Gigit manja je. Tengok pipi awak yang comel nipun buat saya rasa nak gigit."
Diusapnya pipi Sapp.
"Ih, gatal. Tapi takpe, saya suka."
"Means, dah kena bagi greenlight ke ni?"
"Ha? Greenlight apa ni?"
Ditariknya batang leher Sapp sehingga wajah mereka hanya berjarak beberapa sentimeter..
Turut mengusapnya bibir Sapp dengan lembut.
"Greenlight untuk rasa bibir ni."
Shaun mengatakannya dengan pandangan seakan-akan pemangsa yang akan menerkam mangsanya.
Sapp beriak bingung dengan pandangan matanya beralih dari satu mata ke mata lain Shaun berulang kali.
"Awak ni, main-main je. Janganlah takut sangat."
Sapp bukan takut, cuma saja nak tengok reaksi Shaun macam mana.
Tanpa rayuan daripada Shaun, Sapp langsung mendekatkan lagi wajah mereka berdua sehingga bibir mereka bertaut rapat.
Sekejap saja.
Lama-lama Sapp malu-malu pula nanti.
"Sekejapnya." Keluh Shaun, mana puaskan.
Shaun kembali mencium bibir Sapp yang manis dan berperisa.
Lip balm buah agaknya yang diguna Sapp.
"Betul-betul awak bagi greenlight."
"Yelah. Nanti tak kasi, Bie hilangkan diri pula. Lepas tu cakap saya masih sukakan Hazel. Saya yang penat risaukan awak tau."
"Ish, mulut ni. Mengungkitlah."
Berkali-kali pula Shaun mengucup bibir Sapp.
Pasrah saja Sapp dicium Shaun.
"Bie, dahlah. Geli."
"Geli?"
"Bukan geli jijik tu. Gelilah, geli. Tau, kan?"
"Ya, ya. Tau."
Sapp lantas memeluk pinggang Shaun dan menyandar di dada Shaun.
Tangan Shaun turut melingkar di bahu Sapp.
Mereka berdua menghadap ke hadapan melihat suasana laut dengan damai.
Sempat Shaun curi-curi cium dahi Sapp.
~~~~~
Hari perbincangan mengenai telah tiba.
Keluarga Shaun bertandang ke rumah keluarga Sapp.
Dimaklumkan, Hazel tidak diketahui keberadaannya dan tiada sebarang mesej atau panggilan dijawab.
Yang membingungkan, syarikat yang Hazel handle bagitau kalau Hazel masih mengawal syarikat tu.
Dekat mana Hazel? Semua tahu.
Mungkin segelintir orang yang tahu.
"Akak, nah."
"Apa ni?"
Sekotak sederhana leper beralih ke tangan Sapp.
"Coklat. Banyak variasi tu."
"Mesti sedap."
"Sedaaap. Saya tak puas makan kalau sekotak."
"Eh, banyak sangat tu."
"Hehe. Sekali-sekala je macam tu."
"Yelah. Jom, masuk."
Sapp menjemput mereka bertempat masuk ke ruang tamu.
"Haa, dah sampai. Duduk, duduk."
Papa Sapp mempersilakan mereka duduk.
Sapp yang sejak awal sudah menyediakan teh dan manisan seperti apam balik dan kuih batik coklat.
Nak buat kuih tradisional, dia tak pandai sangat.
Risau ada yang masuk hospital nanti kalau paksa diri nak masak kuih tradisional.
Sengaja buat sendiri daripada nak beli, lagipun untuk bakal suami dan keluarga dia.
Apa salahnya bagi air tangan sendiri, kan?
"Jadi, kira-kira bila kita nak langsungkan perkahwinan ni?" Tanya papa Sapp.
"Baik tanya yang nak kahwin." Ujar papa Shaun pula.
"Kalau Shaun, lebih cepat lagi bagus." Itu pendapat Shaun.
Macam mana dengan pendapat Sapp?
"Saya tak kisah bila tapi nak tahun ni juga."
"Kalau dalam dua bulan lagi? Nak urus itu ini, paling sekejap pun sebulan lebih." Mama kini membuka mulut.
Biar yang lebih arif bersuara.
"Okay juga tu, Shaun, Sapp. Tapi baju terpaksa beli jelah, nak menempah; tak sempat."
"Shaun okay. Sapp?"
"No problem. Okay je."
"Baguslah. Tinggal tarikh lagi nak pilih. Nanti mama tolong aturkan apa yang mama boleh atur."
"Ma. Shaun dengan Sapp cadang nak urus sendiri. Lepas tu, kitorang nak yang datang ni cuma orang terdekat je. Lagipun, Shaun bukannya orang ternama pun sampai nak jemput business partner semua."
"Kamu nak majlis simple je?"
"Ya."
"Shaun, kahwin ni bukan banyak kali. Serius ke?"
"Serius, ma."
"Takpelah, ikut kamu. Yang nak kahwin bukan mama. Tapi kalau kamu ada masalah nak urus, mama boleh tolong."
"Okay, ma."
Share this novel