*Hai.*
*Aku Sapphire.*
*Ni no Hazel kan?*
*Ya.*
*Kau dah fikir deal yg kau nak?*
*Ya.*
*1. Rm50000 sebulan*
*2. Semua keperluan diri aku, kau kena sediakan*
*3. Jgn ambil tahu psl aku, aku tak ambil tahu psl kau*
*4. Jgn ganggu privasi aku, aku tak ganggu privasi kau*
*5. Jgn tidur dgn aku wlw apa pun jadi sbb sebolehnya aku tak nak mengandung*
*6. Aku boleh berlakon jd isteri mithali asalkan kau tak spoil lakonan aku*
*Klw ada deal yg kau tak puas hati, bagi tau je*
*Aku terima syarat kau*
*Kita akan buat kontrak. Ada perkara yg aku nak kau ingat.*
*Kau cuma isteri ats kertas*
*Cover hubungan aku dgn gf aku*
*Pastikan benda ni org lain tak tahu. Klw diorang tau, pastikan diorang tak bocorkan dgn keluarga kita*
*Kalau dah kahwin, bila bercerainya?*
*Itu ikut situasi.*
*Deal. Aku tunggu kontrak tu siap*
Dah, full stop.
Takde chat lagi lepas tu.
"Bie. Macam mana dengan bakal isteri you? Dia nak kahwin juga?"
"Ya. I dah buat deal dengan dia."
"Apa deal dia bagi?"
"You bacalah."
Hazel sekarang ni bersama girlfriend dia.
Dia tak nak cakap banyak, dia terus bagi girlfriend dia tengok chat dia dengan Sapphire.
"Rm50000 sebulan lepas tu barang keperluan dia pun you sediakan. Ambil kesempatan betul."
"I yang ajukan deal tu. Lagipun I tak nak layan dia macam isteri sebenar I. Jadi itu je yang mampu I kasi supaya dia nak kahwin dengan I."
"You tak rasa nanti membebankan ke?"
"Taklah. Paling banyak modal sebulan untuk dia pun Rm60000 je campur keperluan dia tu. You ingat I ni jadi kaya tak bermodal ke?"
"Takdelah. You tu dahlah kena layan perangai suka shopping I lepas tu tambah dia pulak."
"Sayang, itu tak jadi masalah untuk I. You chill je. Lagipun dia dah bagi kerjasama nak cover hubungan kita. Lepas I dapat apa yang I nak, I ceraikan dia then kahwin dengan you."
"Okay-lah."
"Nanti I makin sibuk tau. I nak urus kerja, urus perkahwinan I. Nak atur kontrak ni lagi. Kalau you perlukan I, call terus ya."
"Okay."
~~~~~
"Sorry, saya lambat. Jammed pula jalan tadi."
"Takpe, Sapp. Tak lambat mana pun. Setakat 10 minit je."
Huh, serius jammed teruk tadi.
Nak kata bangun lambat, tak.
Lambat jalan pun, tak juga.
"Ni tak ganggu kerja kamu ke? Mama tiba-tiba bagitau hari ni nak fitting baju."
"Tak ganggu pun, ma. Kerja tak banyak nak dibuat. Hazel tak sibuk ke?"
"Aku dah atur schedule kerja aku."
"Hrm, wow."
Pura-pura interesting dengan Hazel.
Padahal tak.
"Sekarang jom kita bincang pasal baju kahwin. Sapp suka gaya apa? Nanti designer ni cuba lukiskan."
"Hrmm, nak kembang-kembang boleh?"
"Mestilah boleh. Stail atasan?"
"Off-shoulder jelah."
"Macam mana dengan corak?"
"Hrmm. Nak ada manik-manik bahagian bawah gaun tu. Hrmm, tu je yang terfikir."
"Ni lakaran saya. Kalau cik tak kisah, boleh tambahkan reben besar dekat belakang."
"Kinda good."
"Kain tak bercorak? Nak yang polos je?"
"Ya."
"Baiklah. Kalau lakaran ni dah memenuhi ekspektasi cik, saya nak ambil ukuran badan cik."
"Ah, okay."
Designer tadi dengan teliti mencatat ukuran yang diperlukan.
"Dah siap. Puan, macam mana dengan baju persandingan?"
"Sapp nak baju bersanding warna apa? Hazel dah pilih warna coklat."
"Nak bersanding banyak kali ke ni?"
"Dua kali je."
"Oh. Kalau macam tu saya pilih biru."
"Cuba kamu tengok dulu baju yang ada, kalau takde yang berkenan, kita tempah lagi. Sebelum tu, mama nak kamu tengok baju pilihan Hazel dulu."
"Okay."
Amboi, siap pilihkan baju.
Mesti mama dia paksakan.
Kalau tak kena paksa, dia yang paksa diri sendiri.
Konon dah move on.
Sekarang Sapp tengah tengok pakaian pilihan Hazel.
Cantiklah juga.
Bahagian atas cuma kain polos dengan lengan bishop dan bahagian bawah ada corak bunga yang cantik.
Bahagian pinggang pula ada reben yang sederhana besar.
Bagus juga selera Si Hazel ni.
"Macam mana? Suka tak?"
"Suka. Pandai awak pilih."
Senyum yang manis dia bagi.
"Mestilah, selera akukan tinggi."
Mata Hazel tiba-tiba menajam.
Sapp membelakangkan mama sekejap dan bagi signal 'kenapa?' dengan Hazel tanpa senyuman tadi.
"Baguslah kalau macam tu. Sekarang tinggal nak fikir baju warna merah lagi."
Pantas Sapp balikkan kembali tubuh dia menghadap mama.
"Saya tengok dululah."
Puas Sapp cari.
Takde yang berkenan ni.
"Sapp, tak jumpa yang berkenan ke?"
"Macam tulah."
"Sinilah. Buat je baju kalau macam tu."
"Okay."
"Cik nak design macam mana kali ni?"
"Kali ni nak ada lengan bishop tapi jenis kain jarang. Kalau nak ada lekuk dekat dada, sepadan tak?"
"Sepadan."
"Bawahan dia kembang sikit paras lutut tapi belakang ada ekor sikit. Tambahan lain, saya serah dekat awak."
"Baiklah. Ni hasil lakaran saya. Sesuai ekspektasi cik ke?"
"Sesuai."
"Baiklah. Saya nak ambil lagi ukuran untuk baju ni."
"Okay."
Ada-ada je mau Sapp ni.
Kan bagus pilih je.
Tak lama lepas ambil ukuran badan, Sapp minta diri pergi tandas.
"Cik."
"Ya, cik. Perlu apa?"
"Untuk tempahan baju ni dengan pembelian baju lain, dah kena bayar ke?"
"Belum lagi, cik."
"Kalau macam tu, biar saya yang bayar."
"Tapi baju tempahan cik, belum siap. Pembelian yang dah siap je boleh bayar sekarang."
"Kalau macam tu, yang dah siap je dulu."
"Cik nak bayar empat baju terus? Cik dah bincang dengan bakal suami cik?"
"Shh. Jangan bagitau saya yang bayar. Cakap je orang yang awak tak kenal. Jangan risau, saya mampu bayar."
Sapp sengaja buat macam ni.
Lagi pula modal yang papa dia bagi tidaklah banyak untuk majlis ni sebab penolakan pihak lelaki.
Jadi dia buat trik macam ni.
Dia tak nak ada yang fikir dia ambil kesempatan dalam kesenangan keluarga pihak lelaki.
"Ni kad kredit saya."
Sapp hulurkan kepada penjaga kaunter.
"Cik, betul ke ni?"
"Saya tak pokai pun setakat macam ni."
"Baiklah, kalau macam tu."
Akhirnya disambut juga kad Sapp tu.
"Jangan bagitau saya dah bayar, okay."
"Baik, cik."
Dah selesai.
Dah boleh balik dekat diorang.
Share this novel