"Sapp."
"Ya?"
"Kau. Kau dah ada rasa suka dekat aku?"
Sapp yang dengar ucapan Shaun sedikit tegang.
Kenapa Shaun tiba-tiba tanya macam ni?
"Aku rasa ada. Kenapa?"
Pinggang Sapp ditarik dengan tangan Shaun yang menahan leher Sapp.
Sapp yang sergap dengan apa yang akan terjadi lantas menahan dada Shaun.
Kejadian Hazel buat dia jadi lebih berjaga-jaga.
Bibir Shaun yang awalnya akan mendarat di bibir Sapp kini terbantut dek elakan Sapp.
Shaun berasa kecewa namun kemudiannya memeluk Sapp, dia ingin memeluk dengan lebih erat namun entah mengapa badannya tidak kuat untuk memeluk lebih dalam.
Shaun mengambil waktu seketika untuk kembali ke posisi pemandu.
Tangannya menahan dahi dengan mata tertutup seakan kesakitan namun tidak.
"Haha. Hrmm." Awalnya Shaun tertawa hambar kemudian tersungging sinis.
"S-Shaun. Kau okay ke?"
Walau Shaun tidak memandang tepat ke arah Sapp, dia dapat merasakan kalau Shaun kecewa terhadap sesuatu.
Kalau sebab ciuman tadi, sepatutnya kena fikir sendiri kalau diorang sebelum ni tak pernah pun sampai berciuman.
Bahkan pegang tangan juga jarang dan hanya di keadaan tertentu.
Dan ingin melakukan ciuman tiba-tiba adalah tindakan pelik.
"Huh. Entahlah, Sapp. Sekarang sah, kalau kau lebih sukakan Hazel daripada aku. Aku ni tak cukup layak ke untuk kau sampai rasa suka kau dekat aku tak melebihi rasa suka kau terhadap Hazel?"
"Apa kaitan pasal Hazel pula ni?"
"Jawab aku, Sapp. Jangan alihkan topik. Bagi aku sebab kenapa aku tak boleh nak menang hati kau?"
Dalam Shaun bersuara, Sapp dapat merasakan kalau Shaun merendahkan nadanya.
Sapp berfirasat kalau Shaun marah dekat dia.
Tapi Sapp nak cakap apa?
Dia tak confirm lagi dia suka Shaun atau tak.
Yang pasti, dia dah buang jauh-jauh perasaan untuk Hazel.
"Shaun. Aku tak tahu nak cakap apa tapi suka aku dekat Hazel memudar dah pun. Aku-"
"Takpelah, Sapp. Susah sangat agaknya soalan aku sampai kau tak dapat nak jawab."
"Shaun. Apa punca kau macam ni?"
"Dahlah, Sapp. Sampai sini jelah hari ni. Maaf, ambil masa rehat kau pula. Oh ya, aku tak dapat jemput dan hantar kau balik buat sementara."
"Kenapa?"
"Pasal kerja. Ada masalah lagi."
"Erm, okay."
"Jap. Aku nak peluk."
Shaun kekal tidak mampu memeluk Sapp erat seperti sebelum ini.
Entah mengapa kekuatannya hilang.
"Nanti aku rindu kau."
"Ermm."
Shaun meleraikan pelukannya dan membiarkan Sapp pergi.
Hati yang tidak keruan membuat Shaun berfikir banyak.
Dia memutuskan untuk pergi ke suatu tempat dulu.
.....
"Jane~."
"Sapp, kenapa ni? Lain macam je suara kau ni? Dah balik rumah ke belum?"
Sedikit manja di telinga Jane.
Apa lagi Sapp menelefonnya di waktu baru sahaja habis jam kerja.
"Bukan."
"Dah tu?"
"Tadi Shaun tanya kalau aku ada rasa suka ke tak dengan dia. Aku jawablah ada. Tiba-tiba pula dia nak cium aku, aku mengelaklah. Terus dia macam menyinis tapi tak tengok akulah. Kenapa ae?"
"Ermm, mungkin dia nak confirm-kan sama ada kau betul ada rasa suka ke tak dengan dia."
"Tapi kenapa nak mendadak macam tu?"
"Dia tak rasa perasaan suka kau kot. Sapp, kalau dah jadi macam ni, baik kau bincang dengan dia elok-elok."
"Nak bincang apa?"
"Tanyalah kenapa dia mendadak macam tu? Mungkin ada perbuatan kau yang buat dia ragu-ragu dengan kau."
"Lah, bila masa pula aku macam tu?"
"Mana kita tahu. Itulah sebabnya nak tanya dia. Tanyalah esok, kan jumpa juga. Baik jumpa depan-depan."
"Huh, dia tak dapat nak hantar aku lagi. Dia sibuk kerja."
"Kalau macam tu, chat dia."
"Nantilah aku chat."
"Takpelah, bagi dia masa dulu. Mungkin esok lusa, kau patut tanya."
"Yelah. Thanks."
"No problem. Okay-lah, bye-bye. Nak mandi ni."
"Okay, bye."
Sapp merisaukan kelakuan Shaun tadi, tak pernah Shaun macam tu dengan dia.
Siapa tak terkejut, kan?
Nasib baiklah ada orang yang boleh ditanyakan.
"Aikk, Shaun. Lama kau tak ke sini. Datang-datang je dengan muka muram, kenapa?"
"Aku tengah ada trust issue dengan Sapphire tu."
"Apa dia dah buat?"
"Huh. Adalah yang jadi. Yang pasti, dia masih tak lupakan Hazel."
"Bukan diorang dah lama cerai ke?"
"Baru nak setahun. Tak lama mana."
"Okay, so apa yang buat kau frust sangat ni?"
"Aku tak ada bukti jelas cuma dia macam layan aku baik sebab nak jaga perasaan aku je."
"Kau overthinking je ni. Masa kau bawa dia dekat reunion kita, aku tak nampak pula dia fake-kan perangai dia dekat kau."
"Apa-apa jelah. Aku nak rehat dulu."
Shaun membariingkan dirinya di sofa yang baru dia duduk tadi.
"Nak minum?"
"Minum apa maksud kau?"
"Minuman buat pening-pening."
"Bolehlah kali ni."
"Kuat lagi ke nak minum lepas berhenti ni?"
"Kuat tak kuat belakang cerita. Kau bawakan je seberapa banyak yang ada."
"Okay."
Di sinilah tempat Shaun melarikan diri daripada keluarga dia.
Jarang jugalah dia pergi sini.
Lagi pula hanya kawan-kawan dia yang tahu tempat ni.
Kawasan yang ditempati ini merupakan rumah sederhana yang dibeli oleh salah satu kawan rapat Shaun.
Rumah ni sengaja dibeli untuk dijadikan tempat pelarian.
Makanan mahupun barang dapur, bahkan minuman beralkohol dipastikan sentiasa disediakan.
Kebersihan rumah juga dijaga dengan mengerjakan orang membersihkannya.
Dan tadi George.
Memang selalu dia pergi sini, siap bawa awek lagi.
Nasib baik hari ni awek dia takde, kalau ada, memang dah balik Shaun tu.
.....
"Hello, Kak Sapp."
Walau hari sudah menjejaki tengah malam, Carla tetap memutuskan untuk menelefon Sapp.
"Ermm, Carla. Kenapa?"
Jam sebegini sudah tentu Sapp telah melelapkan mata.
Mamai masih ni.
"Tadi Shaun ada hantar akak balikkan?"
"Ada. Kenapa?"
"Dia ada bagitau dia nak pergi mana-mana?"
"Takde pula. Kenapa ni?"
"Dia tak balik lagi sampai sekarang. Saya dah chatted, dah called dia. Dia tak jawab satu pun."
"Sibuk kerja kot. Dia ada cakap dia tak dapat nak hantar saya buat sementara ni."
"Mustahillah, kak. Dia tu, sibuk macam mana pun, kalau dapat chat daripada keluarga dia, dia akan online. Lepas tu, dia tetap akan balik rumah walaupun sibuk kerja. Tapi sekarang ni dia tak balik-balik lagi. Dahlah tak inform apa-apa."
Sapp mengingat kejadian sewaktu dia sampai ke rumah.
Shaun betul-betul marah ke sebab dia tolak ciuman tu?
"Ada cuba tanya kawan-kawan dia?"
"Saya ada tanya sorang dua kawan dia tapi diorang pun tak tahu."
"Orang tu kawan rapat Shaun ke?"
"Ada yang rapat, ada yang tak."
"Ermm, macam nilah. Esok, kalau takde apa-apa berita daripada Shaun, kita report polis. Kot-kot dia tengah buat hal dia sendiri."
"Yelah, kak."
"Mama papa awak tau tak ni Shaun tak balik lagi?"
"Tahu."
"Awak tenangkan mama awak ae. Mesti tengah risau tu."
"Okay, kak. Sorry tau ganggu tengah malam ni."
"Takpe. Nanti kalau Shaun ada chat saya, saya inform ae."
"Erm. Thanks, akak."
"Takde masalah pun."
Komunikasi mereka diputuskan.
Sapp sempat mengeluh berat sebelum dia mulai menghantar mesej dan cuba menelefon Shaun beberapa kali.
Namun hampa, tiada satu pun yang dibalas atau diangkat telefonnya.
Sapp kemudian memikirkan hal yang mungkin membuat Shaun ragu-ragu terhadapnya sehingga mendadak ingin melakukan ciuman.
Tidak sempat berfikir banyak, dia kembali tertidur tanpa sedar.
Share this novel