"Ni, aku bawakan cef."
"Apa maksud kau?"
"Shaun kata dia cef, betullah kot."
"Tak nampak macam cef pun."
"Kita tengoklah dulu. Daripada masak guna ramuan kau tu, baik aku beli makanan aku sendiri."
"Eh, aku silap sikit je ae. Kau jangan nak melebih."
"Sapphire, kau buatlah. Tak nak aku makan apa yang dia buat tu."
"Eh, aku buat balik. Tak payah suruh orang lain."
"Awak, biarkan diorang berdua. Tak termakan kita kejap lagi." Disapa dengan wanita cantik.
Macam ayu ni.
Ditinggalnya dua orang tadi tu.
Setelah melihat jumlah makanan yang akan dibakar, Sapp memulakan tangannya untuk bekerja.
"Sapphire, awak betul ke cef?"
"Taklah. Shaun je lebih-lebihkan fakta tapi saya ada kedai makan sendiri. Kadang-kadang bolehlah tolong orang dapur."
"Wah, entah-entah desserts tadi tu dari kedai awak."
"Ya, dari kedai saya."
"Sedaplah. Shh, saya ada makan satu tadi."
Sapp tersenyum manis.
"Apa nama kedai-kedai awak tu, mungkin saya boleh datang kalau ada masa."
"Phire's Bakery dengan Apphi's Restaurant."
"Wah, uniknya nama."
"Saya ambil dari nama saya."
"I see. Awak pandai tak masak sos untuk spageti? Boleh kita tambah menu."
"Setakat ni saya pandai masak sos aglio olio, pesto dengan balognes je. Nak yang mana satu?"
"Jap, research dulu. Saya tak tau nama-nama sos ni. Selalu makan sos yang merah tu je."
"Tu nama dia, balognes ataupun satu lagi marinara."
"Apa beza?"
"Balognes rasa daging terus berlemak. Kalau marinara lebih kepada masam-masam manis gitu."
"Buat balognes jelah."
"Bahan ada ke?"
"Apa yang perlu?"
"Daging, bawang putih, lobak merah, mentega, air stok daging dengan susu cair."
"Banyak ae nak guna."
"Yup, banyak."
"Sempat tak kalau nak beli barang dulu?"
"Sempat agaknya. Masak barbeku tu dulu, baru masak sos."
"Okay. Tapi ada ke air stok daging dekat pasaraya?"
"Guna kiub pati je."
"Ya tak ya. Awak rehatlah dulu. Saya kirimkan barang dekat suami saya dulu."
"Okay."
Sapp kemaskan sedikit barang-barang yang patut.
Risau termasuk pasir pantai pulak.
Tak lupa lepas tu dia mencuci tangan.
"Dah siap?" Tanya Shaun.
"Dah."
"Nah, minum dulu."
Disuakan secawan teh panas.
Bagus sangatlah tu, kebetulan sekarang sangat sejuk.
Dah pakai kardigan pun masih sejuk.
.....
"Sapphire, barang dah sampai."
"Okay. Shaun, jagakan lagi ae."
"Bukan tadi dah siap ke?" Soal Shaun.
"Tadi lain, sekarang ni lain lagi."
"Yelah."
Sapphire lantas mengikut jejak wanita yang memanggilnya tadi.
Sapp melihat yang lain sudahpun mula membakar barbeku yang tadi diperap.
Banyak lagi tu nak dibakar, entah bila siapnya.
"Cukup tak ni kalau nak masak 2 periuk? Saya dah suruh beli lebih. Tak tau cukup atau tak."
"Bukan setakat cukup, lebih dah ni."
"Takpelah, biar lebih asalkan jangan kurang. Jadi awak nak buat apa dulu ni?"
"Saya nak potong daging dulu."
"Lobak ni nak potong macam mana? Biar saya tolong potongkan."
"Potong dadu tapi kecil-kecil."
"Okay."
Kawan-kawan yang lain turut membantu mereka.
Ada yang tolong kupaskan bawang, siapkan air stok dan tolong potongkan lobak.
Biar cepat sikit siap.
Beberapa lama kemudian, Shaun datang sepinggan makanan barbeku.
Awal-awal dah menjamu selera, tak menunggu yang lain.
"Lama lagi ke masak?"
"Tak lama lagi. Tinggal nak tunggu matang."
"Sambil tunggu, makanlah."
"Nantilah. Tangan aku kotor ni."
"Nah."
Tiba-tiba pula Shaun nak menyuap.
Sapp memandang dulu ketulan dagung tu sebelum dimasukkan ke mulut.
Wah, cukup rasa.
"Sedap?"
"Ermm" Sambil Sapp mengangguk.
"Makanlah lagi."
"Sabarlah."
"Alah, Shaun. Nak sweet pun carilah tempat. Sini tempat memasak."
Sakat wanita tadi.
"Kau ni, janganlah spoil, Clara."
"Kau bawalah kesayangan kau ni makan. Sapp, pergilah. Nanti saya jagakan sos."
"Takpe ke?"
"Takpe. Bukannya lama pun."
"Kalau macam tu, saya ikut Shaun dulu."
"Okay."
Mereka berjalan beriringan ke tempat makanan dibakar.
Riuh sungguh suasana diorang ni.
"Hah, dah siap masak ke, Sapphire?"
"Ya."
"Ni makanlah mana kau nak. Sorry-lah buat kau penat datang sini. Dahlah belanja kitorang desserts kau, kena masak pulak."
"Takpelah, okey je ni."
Sapp baru saja ingin mengambil makanan, sudah ditepis.
"Tepilah."
Dilanggarnya badan Sapp.
Untung disambut Shaun.
Kalau tak, memang berhamburan semua makanan ni
"Nak ambil tu, ambillah terus. Terhegeh-hegeh. Melambatkan orang je."
"Eh, kau apa pasal ni Yasmine? Langgar orang macam tu. Dah kebulur sangat ke nak makan?"
"Dah dia lambat, malaslah aku tunggu."
Cepat je dia pergi.
'Dah gila perempuan ni.'
Sapp yang berada dalam pelukan Shaun mendengar gumaman Shaun lantas memandangnya.
Vibes ni baru kali pertama Sapp rasa.
Macam marah gitu.
"Kau tak apa-apa kan?"
"Erm, okay je."
"Ambillah makanan dulu. Kita cari tempat duduk."
Sapp turutkan.
.....
Lega.
Hajat dah terkeluar, mungkin sebab banyak minum minuman panas tadi.
Tapi kalau tak minum, nanti kesejukan sangat.
'Yasmine, apa kau buat tadi tu?'
'Apa?'
'Kalau kau nak buli perempuan tu pun, tengoklah tempat. Nanti makin Shaun tak nak dekat kau.'
Oh, jadi betullah Yasmine sukakan Shaun?
Patutlah tak suka Sapp.
Haih, masa-masa dekat tandas ni jugalah nak bertembung dengan diorang.
'Yasmine, jagalah sikit perangai tu. Jangan buat malu.'
'Kau diamlah, Clara. Tak payah menyibuk.'
Clara?
Wanita ayu yang Sapp jumpa.
'Dah dahlah buat masalah tu. Sapphire tak buat apa-apa salah pun dekat kau.'
'Eh, suka hati akulah. Kau siapa nak urus aku?'
'Kau nak aku report Laurent dulu baru kau nak berhenti ke?'
'Kau-'
Bunyi pintu salah satu tandas dibuka.
Sapp dah siap buang hajat, tak nak lama-lama nak tunggu diorang siap bertekak.
"Sini rupanya perempuan tak tahu malu ni. Heh, kau buat apa dekat sini hah?"
"Eh, mana perempuan tak tahu malu tu? Kau cakap diri kau ke?"
Melayan pula Sapp kerenah Si Yasmine ni.
"Eh, perempuan. Sedar diri ae. Kau bukan siapa-siapa dekat sini?"
"So?"
"Kau! Apa sebenarnya yang kau nak dekat Shaun, hah!? Dah merasa Hazel, Shaun pun kau nakkan."
"Lah, bila masa aku nakkan sesuatu dekat Shaun? Dah dia yang datang dekat aku, aku terima je niat baik dia. Kenapa? Cemburu?"
"Eh, sialnya perempuan ni."
Cepat saja tangan Yasmine menampar pipi Sapp.
"Yasmine!"
Clara yang tidak sempat menahan Yasmine tercengang dengan kelakuan Yasmine.
Yasmine tersentak seketika.
Dia terkejut dengan perbuatan sendiri.
Sapp memandang tajam Yasmine sebelum tangannya laju mencium kedua-dua belah pipi Sapp.
Dengan serangan tanpa kesediaan, Yasmine jatuh terduduk.
Sapp menggenggam kasar leher baju Yasmine, membuat Yasmine terdongak.
"Sapphire, cukuplah."
Dua orang yang lain cuba menahan Sapp.
Risau perkara buruk yang jadi.
"Kau kalau rasa tersaingi lawan cara aman. Kau fikir kau kasar, aku takut ke SIAL!"
Dengan kasar Sapp melepaskan leher baju Yasmine tu.
Dia lantas keluar segera.
Tak nak masalah makin besar.
Share this novel