50

Romance Completed 61517

"Shaun? Kau dah balik?"

"Ya."

"Kenapa kau off-phone hah? Kitorang ni tunggu-tunggu tau kau jawab kitorang."

"Aku banyak kerjalah."

"Tipulah kau. Kawan kerja kau cakap kau kerja macam biasa je. Masalah besar dah selesai awal lagi. Kau pergi mana?"

"Tak payah sibuklah, Carla. Sapp ada chat kau?"

"Dah kenapa tanya?"

"Ada ke tak?"

"Mestilah ada."

"Hari ni?"

"Takde. Kau ada masalah apa sebenarnya sampai nak lari macam ni? Kau nak Kak Sapp risau ke apa?"

"Nantilah aku cakap dengan kau. Kau ada nombor Eme?"

"Takde."

"Yelah. Mama papa mana?"

"Papa mestilah kerja. Mama tak tau."

"Hazel ada balik?"

"Takde. Dia pun hilang macam kau. Korang buat rancangan apa sebenarnya ni?"

"Aku tak ada rancangan dengan dia. Dia hilang sendiri. Esok kau sekolah?"

"Siapa gila nak sekolah hari Sabtu?"

"Jumaat ke hari ni? Takpelah. Esok kau teman aku jumpa Sapp."

"Sejak bila nak berteman pulak ni?"

"Kau jangan banyak tanyalah. Ikut je."

"Yelah."

~~~~~

Keesokkannya, awal pagi lagi Shaun dengan Carla pergi rumah Sapp.
Shaun tak nak lambatkan masalah ni selesai.
Dah elok-elok Sapp tu terima dia, tiba-tiba tak nak terima pulak nanti.

"Erm, korang nak apa datang awal pagi ni?"

"Sapp mana? Aku nak jumpa dia."

"Kau ada urusan apa nak jumpa dia?"

"Mustahil kau tahu. Aku kena jelaskan apa jadi."

"Datang nanti. Sekarang dia tak okay."

"Jadi apa-apa dekat dia ke?"

"Gara-gara kau, dia kena hadap demam. Sekarang tengah rehat."

"Bagilah aku jumpa dia."

"Nanti. Aku tak nak dia tambah sakit sebab kau. Baliklah dulu."

"Kalau macam tu, bagitau dia. Esok aku datang lagi nak jumpa dia."

"Okay."

Carla yang tak tahu apa-apa cerita bereaksi keliru.
Apa jadi ni?
Kenapa Sapp sakit sebab Shaun?

Shaun dan Carla kini beranjak pergi.
Seusai masuk dalam kereta, Carla menanyakan seribu satu soalan dan Shaun perlu menerangkan apa yang berlaku sebelum ini.

"Eme, siapa yang datang?"
Dengan lemah, Sapp bertanya.

"Shaun dengan Carla. Esok kata nak datang lagi, nak jumpa akak."

Sapp menghembus nafas berat, dia belum bersedia lagi ni.
Ditambah keadaan masih sakit.
Teruk juga dia menangis semalam.
Dia ada bangun, lepas je makan malam dia berkurung semula.
Masa-masa tulah dia menangis lagi sampai tertidur.
Bangun-bangun je dah demam.
Jane pun dah kena inform yang dia tak datang kerja.

"Kalau akak tak nak jumpa, aku boleh halang."

"Takpelah. Bagi je dia jumpa."

"Okay."

"Kau tak pergi U ke?"

"Belum ada kelas. Petang nanti baru ada."

"Yelah."

"Akak rehatlah dulu. Aku dekat luar."

"Ermm."

.....

"Shaun, apa sebab kamu hilang ni? Kamu nak kami semua semua risau ke?"

"Adalah, ma."

"Apa benda yang kanu nak rahsiakan sangat ni? Dengan adik kamu lagi satu hilang. Apa nak jadi dengan kamu ni?"

"Ini untuk Sapp juga, ma. Shaun cuma nak dia sedar kalau dia suka Shaun atau tak. Pasal Hazel tu, Shaun tak tau apa-apa."

"Kalau kamu ada rancangan apa-apa, kenapa tak bagitau je? Mama risau tau kamu buat macam ni."

"Tak payah nak risaulah, ma. Shaun bukannya kecil lagi. Kalau bagitaupun, nanti ada orang bocorkan. Carla tu bukannya pandai jaga mulut kalau dengan Sapp."

"Huh, suka hati kamulah. Yang penting kamu tak cederakan diri kamu."

"Ermm."

~~~~~

Hari kini berganti.
Shaun kembali datang ke rumah Sapp seperti yang diucapnya kelmarin.

"Dia dekat beranda."

Sesampai saja di rumah Sapp, Shaun disapa Eme memberitahu keberadaan Sapp.
Lantas, Shaun segera ke beranda untuk menemui Sapp.

Shaun melihat sosok tubuh Sapp yang membelakanginya.
Terlihat selimut kecil membungkus tubuh Sapp.
Patutnya rehat dalam bilik je.

"Sapp."

Tiada reaksi daripada Sapp.
Shaun beralih untuk berada di hadapan Sapp.
Sapp pantas mengalihkan anak matanya ke lain arah.
Seperti Sapp tidak ingin melihat Shaun.

Shaun mengambil tempat untuk duduk di hadapan Sapp, kemudian mengambil tangan Sapp lalu dielus lembut.
Terasa hangat menerpa tangan Shaun.

"Sapp, kau dengar aku kan? Aku anggap kau dengar."
Shaun menjedakan niatnya untuk menjelaskan apa yang terjadi.
Dia perlu kuatkan hatinya dulu.
"Sapp. Aku dengan Yasmine takde apa-apa hubungan langsung. Sebenarnya masa tu ada Clara, cuma dia pergi tandas."

Tangan Sapp yang dipegang sejak tadi dibawa ke wajah.
Pandangan Shaun menjadi redup.
"Aku tak jahatlah. Aku takkan cari perempuan lain bila aku sendiri tak nak kau cari lelaki lain. Aku jumpa dia pun sebab nak minta dia handle surprise yang aku nak buat untuk kau. Sapp, Yasmine takkan kacau aku lagi. Abang dia dah bagi amaran. Jadi, janganlah marah dengan aku."

"Kenapa?"
Sapp kini memandang tepat ke mata Shaun mata yang berair.
Ketara dia ingin menahan air matanya jatuh.

"Kenapa apa?"

"Kenapa mesti kau hilangkan diri?"

Shaun tersenyum sebentar.
"Mestilah sebab aku sakit hati."

Jatuh.
Setitik dua air mata Sapp mengalir.
Sapp menganggap Shaun berlebihan untuk hilang macam tu.

"P-pasal apa? Takkan se-sebab aku tak bagi kau c-cium aku."
Tersedu-sedan dia bercakap.

"Itu salah satunya. Tapi aku lagi sakit hati sebab kau biarkan Hazel cium kau berbanding aku. Aku nampak Sapp. Korang bercium dekat sini."

Terkedu Sapp dibuatnya.
Dia tak sangka Shaun ternampak masa tu.
Tapi masalahnya masa tu Sapp terpaksa.

Sapp ingin melepaskan dulu tangannya dari genggaman Shaun, namun ditahan Shaun.

"Jangan lepaskan."

Dia nak lap air mata je pun.

"K-kenapa tak tanya dulu? Masa tu aku terpaksa ja. Dah Hazel tiba-tiba peluk aku, memang tak dapat lepaslah."

"Betul ke?"

"Ermm. Lagipun aku dah cakapkan aku nak move on daripada Hazel."

"Tapi tak semestinya kau suka aku, kan?"

"Aku dah nangis macam ni pun, kau kata aku tak suka kau lagi ke? Sebab kau tau aku sakit macam ni."

Tersenyum lebar pula Shaun.
Ditariknya Sapp ke pelukannya.
Erat pelukannya namun kekal nyaman buat Sapp.

Sapp yang membalas pelukan Shaun memukul lembut beberapa kali di belakang Shaun.

"Lain kali tanyalah dulu. Jangan hilang lagi. Aku risau tau."

"Eh, ada orang risaulah."
Dipermainkan pula Sapp.

"Ih. Aku seriuslah."

"Ya. Aku tahu kau serius. Terima kasih dah risaukan aku."

"Dahlah. Nak masuk, sejuk dekat sini."

"Masuklah."

Huh.
Masalah dah settled.
Tenang dah hati Shaun.
Nasib baiklah Sapp tak merajuk lama-lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience