Alunan lagu yang tenang berkumandang di dalam dewan perkahwinan.
Sepasang pengantin sudahpun disahkan menjadi suami isteri di depan para hadirin yang diundang.
Sesi pengesahan ikatan suami isteri tersebut diakhiri dengan sebuah ciuman daripada pasangan suami isteri tersebut.
Teriakan teruja daripada para hadirin bergema di ruangan dewan.
Namun ada mata yang memberikan tatapan cemburu adegan ciuman tadi.
Upacara perkahwinan sudah selesai.
Kini, semuanya berpindah ke dewan yang lebih besar lalu menikmati hidangan yang disediakan.
Sapp yang ditinggal pergi oleh suaminya pergi ke tempat duduk kawannya.
"Sapp."
Mendayu pula kawan yang satu ni memanggil.
"Kau dah kenapa, Aerin?"
"Aku tak percayalah kau dah kahwin. Asal tiba-tiba kau kahwin ni?"
"Eh, kau ni. Bukan aku dah bagitau awal-awal ke aku nak kahwin. Kau tu je fikir aku main-main. Hah. Terkejut beruk kau."
"Ih, aku mana tau keseriusan kau masa tu."
"Heh. Dahlah. Ni kenapa tak makan? Makanlah."
"Kau?"
"Aku nanti. Tak lapar lagi."
"Laki kau pergi mana? Tiba-tiba menghilang."
"Adalah tu dia jumpa kawan. Sama macam aku."
"Eleh. Untunglah ada suami handsome."
"Dah tu, suami kau buruk ke?"
"Taklah. Tapikan, kenapa aku rasa macam pernah nampak dia ae?"
"Entah. Mungkin sebab dia anak orang kaya. Senang masuk dunia popular."
"Jap. Aku pernah nampak artikel muka dia. Serius. Kalau tak silap, berita pasal dia ada girlfriend. Uish, kau ke tu?"
"Taklah. Ex-girlfriend dia tu."
"Oh, yelah kot. Lagipun benda dah lama aku nampak."
"Dahlah, korang makan dulu. Aku pergi tengok keluarga aku dulu."
"Okay."
Tak nak lama-lama.
Takut mulut dia celupar nak bagitau pasal kontrak dia dengan Hazel.
"Kak, kau pergi mana?"
"Aku jumpa kawan kejap. Kenapa?"
"Takde apa. Aku saja cari. Tiba-tiba kau menghilang."
"Ingatkan rindu aku. Dahlah lepas ni aku ikut suami aku."
"Terus kenapa kalau kau ikut suami kau? Takde rindu-rindu "
"Temberang kau sekarang, awas kau cari aku nanti."
"Janganlah sensitif pulak."
"Diamlah. Nak merajuk dengan kau."
"Eh, kak. Janganlah. Susah nak pujuk sekarang."
"Nak merajuk juga."
Saja je Sapp ni nak main-main, kan?
"Sapp, sinilah. Mari makan."
Mama panggil.
"Hazel mana, ma? Tak nampak langsung batang hidung dia."
"Eh, mama pun tak nampak dia. Haish, seronok betul dengan kawan dia."
"Hehe, Hazel memang sibuk dengan kawan dia ke?"
"Macam tulah dia. Kalau dah dengan kawan, benda lain tak ingat. Jangan dia lupa dah ada isteri, sudah."
"Hehe."
"Sapp. Ni mama kenalkan Carla. Dia dari kelmarin tak sabar nak jumpa kamu."
"Hai, kakak. Cantiklah akak ni."
"Hehe, ada-ada jelah. Awak pun cantik. Identik betul awak dengan Hazel."
"Kan. Banyak orang cakap saya Hazel versi perempuan. Akak dah jumpa Shaun? Abang kitorang?"
"Belum lagi."
"Muka dia pun dah nak sama dengan muka kitorang."
"Wah. Rasa nak tengok muka dia."
"Nanti dia datanglah. Oh ya, kak. Saya ada rasa masakan akak, sedap sangat."
"Baguslah kalau sedap. Boleh saya buatkan lagi."
"Hehe, nak. Masak banyak-banyak tau."
"Boleh boleh."
Ramah juga adik Hazel ni.
Tak macam Hazel nak dingin memanjang.
Cis, cis.
"So, nilah Sapphire Vincent tu? I means Sapphire Benz."
Wah, maskulinnya.
Terpikat kita yang tengok.
Tapi jangan terpikat.
Tu abang ipar Sapp sekarang.
"Hah, kak. Nilah Shaun, abang kitorang."
Sapp menganggukkan kepalanya.
Senyuman di bibir tidak lekang sejak tadi.
"Selamat berkenalan, saya Sapphire."
"Ya, aku Shaun. Tak payah sopan-sopan sangat. Guna aku-kau je."
"Okay."
"Pergi mana dah suami kau?"
"Tak tahu, menghilang dari awal."
"Kau kena perhatikan laki kau tu. Takut perangai playboy dia muncul balik."
"Oh, jadi sekarang ni dia dah tak playboy?"
"Ya."
"Hehe. Sejak bila dia jadi playboy?"
"Sejak dekat U."
Uish, Shaun ni rancak nak buat aib Hazel.
"Ye ke? Sejak sekolah menengah lagilah."
"Kau tau dari mana?"
"Dulu kami satu sekolah, aku kenal rupa dia dari cerita yang dia playboy. Ingatkan main-main je tapi betul rupanya."
"Hazel kenal kau?"
"Macam tak. Aku pernah bercakap dengan dia tapi tak lama. Mungkin dia dah lupa. Shh. Ni rahsia, jangan bagitau dia ya."
"Hrm, okay."
Rancak je berborak diorang ni.
"Sapp. Dah siap makan?"
"Dah, ma."
"Pergilah tukar baju. Nak bersanding lagi. Nanti kalau terjumpa Hazel, ingatkan dia. Mama masih cari dia ni."
"Okay, ma."
"Baju ada dekat bilik pengantin. Ingatkan orang nak ambil."
"Okay."
Sapp meminta diri untuk ke bilik persalinan.
Sebelum tu, dia ke bilik pengantin dulu.
Terus ambil baju pengantin dia.
'Klack'
Oh my god.
Membuntang mata dia tengok.
Tak sengaja ya, tak sengaja.
"Sorry, aku nak ambil baju. Tak lama lagi nak bersanding."
Rasa bersalah pula kacau aktiviti diorang.
Masuk je ke dalam bilik, Sapp dijamah permandangan menggiurkan daripada pasangan kekasih tu.
Asyik berciuman diorang tu.
Sapp tak nak ganggu lama.
Dia cepat je ambil dua-dua baju bersanding dia.
Salah diorang juga tak kunci pintu kenapa?
Nasib baik dia yang nampak.
Sebelum keluar, dia tekan kunci bahagian dalam pintu.
Supaya takdelah yang tiba-tiba masuk.
Terganggu nanti aktiviti diorang.
"Puan Benz, kenapa bawa baju ni sorang-sorang? Berat ni. Puan boleh je suruh kitorang ambilkan."
"Takpelah. Dah alang-alang saya lalu bilik pengantin tadi."
"Kalau macam tu, kami tolong tanggal baju pengantin ni. Kami nak ganti mekap puan lagi."
"Okay."
Semua proses tersebut dibantu oelh orang yang ahli.
.....
Hari yang memenatkan.
Majlis di malam hari sudahpun berakhir.
Dan Sapp berterima kasih untuk berakhirnya majlis.
Dia dah tak sanggup nak melayan tetamu.
Mementingkan kepenatannya, dia pergi ke bilik lebih dahulu sebelum Hazel.
Hazel masih sibuk dengan kawan-kawan dia.
Tapi baguslah juga.
Tak payah dia nak hadap sangat muka Hazel.
Sapp membersihkan badannya sebelum berbaring di sofa.
Kain selimut ada dibawa dari rumah.
Dia dah fikir awal-awal nak tidur dekat sofa.
Biarlah Hazel yang tidur dekat katil tu.
Dah dia tak dapat nak booking bilik dekat-dekat.
Pilih bilik jauh kang, kedapatan dengan orang pulak dia tak tidur sebilik dengan Hazel.
Share this novel