"Hai. Orang baru sini ke?"
Lah, ada lelaki menegur pula.
"Tak."
Jawab Sapp.
Layan jelah, lagipun malam ni dia nak enjoy-enjoy.
"Macam first-time nampak."
"Mungkin sebab kitorang jarang datang sini. Ke kau ni orang baru sini?"
"Ya, kira baru. Sebab baru dua bulan ni kerap pergi sini."
"Oh, I see."
"Mood malam ni macam okay. Apa kata aku belanja korang?"
"Tak payahlah susah-susah. Kitorang boleh serve diri sendiri."
"It's okay. Mungkin lepas ni kita tak ada peluang nak jumpa lagi."
"Jane, kau macam mana?"
"Aku onz je. Jarang ada orang nak belanja ni." Komen Jane.
"Okay-lah kalau macam tu."
"Alright."
Lelaki tadi mengangkat gelasnya yang terarah kepada mereka berdua.
Jane dan Sapp turut melakukan hal yang sama.
'Cheers'
Minuman keras diteguk nikmat.
"Korang ni takde boyfriend ke? Takde pun yang teman korang."
"Ada je tapi tak bagi join." Dijawab pula oleh Jane.
"Ye ke? Ke curi-curi datang sini?"
"No, memang tak bawa je. Nak juga spend time dengan kawan sorang ni." Pandang Jane pada Sapp.
"Sweet friend. By the way, nama korang apa? Aku Fariz, panggil je Riz."
"Aku Jane, ni Sapphire."
"Wow, unik nama Sapphire ni. First-time dengar."
"Kau belum tau lagi nama siblings dia, Riz."
"Apa?"
"Amethyst, Emerald dengan siapa lagi satu tu, Sapp?"
"Amber." Jawab Sapp.
"Hah, tu. Cantikkan nama diorang."
"Cantik. Semua gegirl ke sibing kau, Sapphire?"
"Tak. Emerald tu lelaki."
"Ingatkan lelaki tapi 'Emerald' sesuai untuk lelaki dengan perempuan. Siapa namakan korang?"
"My mom."
"Pandai mama kau cari nama."
"Ya plus unik."
"Eh, jom. Minum lagi. Cair ais nanti."
"Jom."
'Cheers.'
Dengan beberapa tegukan je, Sapp dah habiskan 1 gelas besar bir tu.
Hebatnya.
"Gila. Kau habiskan macam tu je." Memujinya Riz ni.
"Easy, bro. Hahaha."
"One more tapi kita minum pelan-pelan. Kalau habis cepat, nanti kau mabuk awal pula."
"Chill. Aku boleh handle. Lagi."
'Cheers.'
Sapp meneguk bir hingga separuh.
Itu belum membuat dia sepenuhnya mabuk.
"Sapp. Teman aku pergi tandas, jap."
"Buat apa?"
"Lah, takkan itupun aku nak bagitau. Ish."
"Oh, ya. Jom."
Dah minum banyak sangatlah tu.
Sampai nak buang dah air dalam badan tu.
Kembalilah diorang lepas beberapa minum bertapa dalam bilik air tu.
"Sampai pun korang."
"Aiik, lama sangat ke kitorang dalam tandas tu?"
"Tak lama pun. Kot nak tinggalkan aku sendirian dekat sini."
"Alah, mengadanya kau." Dilayankan jelah Riz ni.
Takpe, Sapp mood baik malam ni.
"Dah membuang tu. Jom, isi balik. Menganggur dah minuman aku ni."
"Jom, Jane. Kali ni sampai habis, Jane. Sampai takde sisa."
"Challenge accepted. Go."
'Gulk'
'Gulk'
'Gulk'
Terdengar jelas bunyi tekak menelan tu.
'Haaah'
Nafas lega dikeluarkan.
Habis separuh gelas tadi.
"Nice."
"Gilalah kau, Sapp. Habis lagi. Aku tak sanggup habiskan."
"Setakat bir ni, Jane. Easy je untuk aku. Hahaha."
"Sapphire, kau ada boyfriend? Tadi Jane je jawab."
"Amboi, Riz. Kau minat ae dengan Sapp aku ni?"
"Ye kot."
"Hahaha. Ada-ada jelah pertanyaan kau ni."
"So, ada ke takde?"
"Ermm. Susah nak cakap. Hahaha."
Jane pandang raut wajah Riz.
Dia mula tak sedap hati.
Ditengok pula Sapp.
Dah kenapa macam cepat sangat mabuk ni?
TERSENTAK.
Sapp dan Riz memandang Jane.
"Eh, sorry. Boyfriend calling. Jap ae."
Jane pergi sedikit jauh dari kerumunan orang dan yang pasti masih boleh tengokkan Sapp.
"Sayang." Lembut je panggilan bf Jane tu.
"Sayang!" Lah, marah.
"Kenapa ni?"
"Sayang tak bagitau I pun nak pergi clubbing. Ni yang I tak suka ni."
"Sayang. I pergi dengan kawan I lah. Kawan perempuan."
"No. I tak kisah you nak pergi dengan siapa tapi kenapa tak bagitau I?"
"Kena ke bagitau?"
"Erm, tak."
"So? What's the problem? Nothing right?"
"Ya."
"Tapi bagus juga you call ni. You ambil I boleh?"
"Kenapa? Bukan kata pergi dengan kawan ke?"
"I rasa tak sedap hati. Kawan dah mabuk tu."
"Okay, send location."
"Okay."
Sementara diorang tak nampak dia ni, bolehlah call Eme.
"Eme."
"Kenapa?"
"Kau ambil kakak kau sini."
"Kenapa? Bukan kau yang ambil dia ke? Asal tak hantar balik?"
"Macam ni. Ada sorang lelaki ni usyar kakak kau. Risau aku tak boleh bawa dia balik."
"Call Shaun."
"Lah, kau jelah pergi ambik."
"Aku nak tengok apa Si Shaun tu buat kalau dia nampak kakak aku tu mabuk."
"Kalau dibuatnya bukan-bukan, macam mana?"
"Err, nak buat macam mana lagi tapi aku percaya dia takkan buat apa-apa."
"Kerja gilalah kau ni, Eme. Bagi no dia."
"Nanti aku chat."
"Ya."
Gila betullah adik Si Sapp ni.
Gila macam Sapp.
"Hello, ni Shaun-kan?"
Ditelefon terus.
"Ya. Siapa ni?"
"Aku, Jane kawan Sapp. Kau boleh tak ambil Sapp dekat club ni."
"Korang dekat mana sekarang?"
"Aku send location terus."
"Okay."
Terus nak tau alamat.
Cepat betul bertindak.
Okay-lah. Baik dia kembali ke meja sebelum benda lain jadi.
"Rancaknya borak. Sapp, kau dah habis berapa gelas masa aku angkat call ni?"
Ditunjukkannya 2 jari dan bertambah jadi 3 dan menjadi 4.
Akhirnya jari tu menunjukkan 5.
"Haih, kau ni Sapp. Dahlah tu, berhenti."
"Shhh. Malam ni enjoy. Nak minum banyak lagi."
"Bagilah dia chance, Jane. Dia kata jarang ada masa macam ni. Korang selalu sibuk kerjakan."
"Betul. Betul. Hahahaha."
Kuyu dah mata kau tu, Sapp.
Nak menambah mabuk lagi.
"Jane, kau lagi tak minum. Enjoy arr malam ni. Aku belanja ni."
"Yelah-yelah."
Diangkatnya gelas terus diteguk minum sendiri.
"Kau jangan minum je. Ni aku dah order-kan makanan lagi."
"Banyak lagi kau habis malam ni, Riz. Kitorang dua ni memang minum banyak."
"It's okay. Aku tak kisah pun. Minum je lagi."
"Minum! Minum! Jane kena habiskan 1 gelas terus."
Sorak Sapp.
Disahutnya cabaran Sapp tu.
"Sapp, kau lagi."
Riz menghulurkan gelas yang penuh bir.
"Easy."
Ditelannya habis.
Riz tersenyum dengan lebarnya.
Tangannya dengan sengaja membantu Sapp menyelitkan rambut di belakang telinga Sapp.
Rambut terurai Sapp menyukarkan Riz memandang keindahan wajah Sapp.
"Kenapa?" Tanya Sapp.
"Susahlah nak tengok muka kau kalau terlindung rambut."
"Oh." Sapp sambung pula dengan makan buah yang Riz ordered tadi.
Jane bingung.
Senang macam tu je Sapp bagi Riz sentuh dia.
Biar betul.
Riz kini duduk lebih menghadap Sapp.
Tanpa izin, dia memegang tangan Sapp.
"Kau ada bf ke? Kalau takde, aku nak cuba jadi bf kau?"
Share this novel