Huh.
Hari yang memenatkan akhirnya berakhir.
Sapp menghempaskan badannya di sofa.
Nasib baiklah boleh balik awal macam biasa.
Penat.
"Puan, nampak penat sangat. Puan dah makan?"
"Belum."
"Saya siapkan makanan. Puan nak minum air panas?"
"Susu panas."
"Baik, puan. Nanti saya hantarkan dekat sini."
"Thanks, Naina."
.....
"Sapphire."
"Sapphire."
"Erm."
Terduduk terus Sapp.
"Nak tidur jangan sini."
"Puan, makanan dah siap."
Tertidur pula Sapp dekat sofa ni.
"Kau nak makan ke tidur?"
"Makan."
"Hilangkan mamai tu dulu. Ambilkan air."
"Baik, tuan."
Air yang diambil Naina diberikan pada Sapp.
"Minum dulu."
Sapp meneguk air dengan perlahan untuk menghilangkan mamainya.
"Dah tak mamai, kan. Makanlah."
Ditengoknya Sapp makan.
"Tak payahlah tengok-tengok. Aku tak buat mukbang dekat sini."
"Naina, dah jam 7 ni. Baliklah."
"Baik, tuan."
Badmood muncul bila terbangun dari tidur.
Dahlah penat.
"Banyak pelanggan kau hari ni. Takpe ke bos tolong buat semua tu?"
"Dah nak buat macam mana lagi. Takkan nak buat customer tertunggu-tunggu. Kena bagi pulak bad review untuk kedai aku."
"Berapa lama kau nak kerja macam tu?"
"Sampai ada pekerja baru. Kalau sibuk lagi, tambah pekerja lagi."
"Banyak bajet kau?"
"Bolehlah. Kalau tak cukup, tinggal ambil bajet dekat bakery."
"Kalau kau perlukan duit, bagitau je aku. Aku boleh tolong."
"Haha, tak payahlah. Nanti tak pasal-pasal ada yang menyibuk kata aku habiskan duit bf dia."
"Jangan risau pasal dia. Aku boleh handle dia."
"Hrmm, yelah."
Sapp berdiri ingin membawa bekas makanannya ke dapur.
"Takpe, bagi sini. Kau pergilah mandi ke, tidur ke."
"Takpe ke?"
"Takpe."
Hazel mengambil bekas makanan Sapp.
Dia cuma prihatin sikit.
Kesian dia nampak Sapp lesu macam tu.
~~~~~
Pekerjaan kini menjadi ringan bila mendapat 3 lagi pekerja untuk restorannya.
Serius laku keras makanan restoran dia.
Padahal dia tak buat promosi apa-apa.
Cuma kadang-kadang dia akan muat naik perkembangan restoran dia.
Setakat ni takde lagilah kena bagi bad review.
"Sapphire."
"Kau tak boleh panggil aku, Sapp je ke? Padahal singkat je."
"Aku terbiasa panggil Sapphire. Kau tak suka ke?"
"Bukan tak suka, macam formal pulak kau memangil aku, Sapphire. Takpelah, panggil jelah apa kau nak panggil. Kau nak apa?"
"Aku nak outstation. Better kau tinggal dulu dekat rumah family kau."
"Lama ke?"
"Mungkin seminggu, mungkin dua minggu."
"Lama juga tu."
"Ya, lama."
"Takpelah, nanti aku fikir nak tinggal rumah family ke tak. By the way, selamat jalan."
"Okay."
Lama Hazel ni outstation.
Makin bebas dia lepas ni.
Memang tak naklah dia balik rumah family dia.
"Jane."
"Nak cuti?"
"Tak. Malam ni free?"
"Free je. Kenapa?"
"Clubbing jom."
"Esok kerja ya, Puan Sapphire."
"So?"
"Kita ni baru je siap uruskan dekorasi kedai tau. Pelanggan pun tengah banyak nak datang. Takkan kita dah lengah pasal kedai?"
"Huh, kalau tak nak cakap jelah tak nak. Tak payah basa-basi. Okay-lah, aku nak bersiap."
"Sapp, aku-"
Tak tunggu Jane habis cakap, Sapp dah matikan telefon.
Sakit hati sikit.
Baik dia bersiap sekarang.
Nak sangat dia tak lengahkan, fine.
"Puan, sarapan dah siap. Saya siapkan teh susu."
"Boleh bekalkan je? Saya makan dekat tempat kerja je."
"Boleh, puan. Minuman pun?"
"Ya."
Bergegas Naina pergi bekalkan sarapan Sapp.
Sapp apa lagi, bersiap terus.
Disebabkan mood bergaya takde, dia pakai dress lengan panjang je.
Rambut ikat rendah.
Touch-up simple je.
.....
Ketika Sapp dalam perjalanan ke bakery, dia dapat menghidu sesuatu yang busuk masuk ke dalam kereta.
"Baunya."
Sapp memberikan signal untuk berhenti di tepi jalan.
Turun je dari kereta, ada asap keluar dari hadapan keretanya.
"Rosak ae kereta ni? Engkau ni kereta, masa-masa macam ni kau nak buat hal."
Sapp memgambil telefonnya lalu menghubungi seseorang.
"Hello."
"Akak. Eme pergi tandas. Jadi saya tolong angkatkan."
"Korang dah start belajar ke?"
"Belum tapi tak lama lagi mula. Kenapa, kak?"
"Takde apalah. Korang belajarlah elok-elok. Jangan sweet je ingat ya."
"Hehe, okay, kak."
Aduh.
Eme belajar pulak.
Call papalah.
"Hello, pa."
"Ya, Sapp. Kenapa call papa awal pagi ni?"
"Papa dekat mana sekarang?"
"Dekat office. Kenapa?"
"Sibuk?"
"Ya, tak lama lagi nak meeting. Kalau kamu ada masalah dengan Hazel, bincang elok-elok."
"Tiberr-lah papa ni. Mana ada Sapp kata Sapp gaduh dengan Hazel. Lagipun Hazel outstation. Okay-lah, tak best cakap dengan papa."
Ih, orang tak cakap apa-apa pun pasal Hazel.
Tiberr nak assume kita gaduh dengan husband kita.
"Sekarang nak call siapa pulak ni? Dekat tempat kerja tak banyak lelaki. Ermm, kalau aku call dia, takpe ke ae? Aku dah lambat nak pergi kerja ni. Aduh."
Dia kembali melihat senarai kenalannya lalu mendail satu nombor.
"Hello."
"Ermm."
Oh my god, garaunya suara.
Baru bangun ke?
"Eh, kau baru bangun tidur ae?"
"Hrmm. Tidur lewat semalam. Kenapa ni?"
"Erm, takpelah. Aku ganggu pulak kau tidur."
"Kalau ada nak dibantu, cakap je."
"Takpe ke?"
"Ya. Cakaplah kenapa dengan kau sekarang?"
"Aku tersadai tepi jalan. Kereta aku rosak. Aku tak kenal siapa-siapa yang kerja mekanik. Mungkin kau boleh suggest seseorang."
"Rosak? Kau share location kau sekarang. Kau alone je, kan?"
"Ha'ah."
"Bagi aku sampai sana dulu. Jangan off-call."
"Okay."
Padahal Sapp nak minta kenalkan mekanik je, bukan suruh dia datang.
.....
Akhirnya sampai.
Laju ya Shaun sampai.
"Kenapa kau sampai nak pergi sini?"
"Engkau tu perempuan, bila-bila masa ada yang nak kacau. Kau masuklah dalam kereta aku dulu sementara aku check kereta kau sekejap."
"Kereta pun kau tau baikkan ke?"
"Taklah, tahu cari masalah dia je."
Sapp menuruti Shaun yang menyuruhnya masuk ke dalam kereta.
Tak lama setelah Shaun memeriksa serba sedikit kereta Sapp, dia membuat panggilan telefon.
Mungkin orang yang boleh baikkan kereta ni.
"Aku dah call-kan orang nak baikkan kereta kau. Kau nak tunggu orang tu sampai?"
"Ya."
"Takpelah, tunggu je dalam kereta."
Shaun menyandarkan badannya lalu menekan dahinya.
Sakit sikit kepala dia.
"Sorry, aku kacau kau tidur."
"Takde hallah. Lagipun aku yang tidur lewat. Hazel mana?"
"Dia outstation."
"Jadi kau takde kawanlah ni dekat rumah kalau malam."
"Macam tulah."
"Bagus kau tinggal dulu dekat rumah mama kalau macam tu. Sementara kereta kau rosak, aku boleh tolong hantarkan kau pergi kerja."
"Takpelah, aku nak tinggal je dekat rumah Hazel. Lagipun aku tak nak susahkan kau. Aku boleh je guna grab."
"Daripada kau ikut orang yang kau tak kenal, baik aku je yang hantarkan. Demi keselamatan kau juga."
"Tapi-"
Shaun lantas keluar.
Kawannya dah sampai.
Sapp turut turun setelah itu.
Mereka berbincang soal kereta lalu Sapp diminta memberikan kunci kereta.
"Ada barang yang kau nak ambil lagi? Kalau ada, ambillah."
Sapp bergegas mendapatkan barang kerjanya dan bekal yang disediakan Naina tadi.
Share this novel