Part 43

Romance Completed 9639

"Alamak!"Irine tukar arah batang mop ke belakang. Macam mana boleh terserempak ni. Dia jalan laju.

"Irine?"

Aish!! Irine pejam mata. Katakan ni hanya mimpi.

"Buat apa dekat sini?"

Mata Irine terbuka memandang seseorang di depan. Bukan mimpi. Dia tarik sengih paksa. "Hai, daddy." Bapa mertua ku.

Dato Jalil memandang Irine atas bawah. "Apa menantu daddy buat dekat sini, dengan baju...."

Irine letak jari telunjuk dekat bibir isyarat suruh perlahankan suara. "Daddy, Irine dalam operasi ni."

Huh? "Operasi?"

Angguk.

"Sejak bila pula menantu daddy ni terlibat dengan ajen perisikan ni?"

"Bukan la." Irine pandang kiri kanan. "Ini operasi nak ambil hati anak daddy tu."

"Ked?" Terangkat kening Dato Jalil tak percaya.

Angguk kemudian dia senyum. Muka daddy kalau terkejut, serupa muka Ked. Hahahahha

"Tapi tak kan la sampai macam ni, Irine."

"Sebab Irine kerja macam ni la baru Irine rapat dengan Kes,daddy."

"Betul ke?" Dato Jalil rasa teruja.

"Betul." Irine angguk menyakinkan. "Daddy jangan risau."

Dato Jalil mengeluh. "Kenapa la Irine tak bagi tahu Ked terus terang je. Kan susah ni." Rasa kesian pada menantu sulung ni.
"Tak apa daddy. Susah sekarang, senang kemudian." Irine ukir senyum. Tak nak sesiapa risau akan keadaan diri dia.

"Kalau dah macam tu, daddy ikut je la. Tapi jangan lama sangat, takut orang lain pulak jadi menantu sulung daddy nanti."

"Daddy!" Irine tarik cebik.

Ketawa Dato Jalil meletus. "Daddy gurau je la. Tak ada orang boleh ganti tempat menantu daddy ni."

"Tau tak apa. Susah tau nak dapat menantu baik macam ni." Irine puji diri sendiri.

"Angkat bakul sendiri nampak." Daddy mengusik. "Bila nak balik rumah daddy? Budak tiga orang tu dah bising nk jumpa kak long diaorang. Mummy tu lagi la, hari-hari kalau tak berleter pasal menantu sulung dia ni, tak sah." Nasib la masa kejadian berlaku tu Ked tak ada.

"Ye ke, daddy?" Rindu juga dekat semua orang. Mama pun banyak kali suruh balik rumah mummy. Tapi dia tak nak bertembung dengan Ked. "Nanti la Irine pergi melawat mummy."

"Kalau macam tu, makan malam dekat rumah hari ni?"

Geleng. "Tak boleh."

"Kenapa pulak, Ked ada urusan malam ni. Kes baru yang dia dapat tu buat dia jadi busy."

"Malam ni Irine ada janji dengan Ked."

"Bukan ke..."

"Lepas Ked selesaikan urusan, kami nak keluar makan."

"Owh." Dato Jalil lega. "Kalau macam tu hampa lagi la harapan kami nak jumpa Irine dekat rumah.

Irine senyum. "Minggu depan Irine cuba cari masa sesuai balik. Okey?"

Angguk. "Kalau macam tu semoga berjaya." Dato Jalil senyum.
"Aja-aja Fighting."

Dato Jalil kemudian berlalu sambil memandang ke belakang "Jangan kerja kuat sangat. Lantai ni biar orang lain mop."

Irine ketawa. "Ai ai chip!" Dia angkat tangan tabik hormat tanda menerima arahan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jam dekat pergelangan tangan dipandang entah ke berapa kali. Irine tongkat dagu, mustahil Ked lupa dan mungkir janji. Kenderaan yang lalu di jalan raya mulai berkurang. Irine bangun berjalan ke kiri kanan. Kejap kejap dia pandang sekeliling mengharap Ked menghampiri. Namun hampir dua jam dia menunggu bayang kereta Ked pun tiada. Kedua tapak tangan digosok menghasilkan haba panas. Irine pandang langit, bintang memang cantik malam ni.

Sementara di rumah

Ked rebahkan diri atas sofa. Letih dan badan rasa lenguh. Dapat lelap mata ni sampai esok pagi tak sedar. Iphone ditarik keluar saku seluar belakang.

"Baru balik?" Dato Jalil turun dari tingkat atas.

Ked pusing belakang sekilas. "Yea daddy."

"Macam mana temujanji hari ni?"

"Keje la daddy."

Dato Jalil duduk sebelah Ked. "Kerja? Bukan ada temujanji ke?"

"Daddy..." Ked simpan iphone. "Nak temujanji dengan siapa pulak?" Kedua tangan selak rambut ke belakang.

"Habis tu..." Kata-kata nya terhenti. "Daddy dengar tadi orang dekat pejabat cakap yang along nak keluar dengan gadis depan kedai syarikat?" Mana mungkin dia tanya terus pasal Irine. Ini je la cara terbaik.

"Gadis kedai depan syarikat?" Ked memikir. "Astagfirullah." Terus tegak duduknya. Macam mana boleh lupa ada temujanji dengan Irine.

"Baru ingat?"

"Daddy, along keluar kejap." Kes bangun dan berlari keluar sambil membuka alarm kereta. Irine... ninja tu masih tunggu ke?

Depan syarikat.

Irine tarik nafas lega. Setelah pastikan ambulans dah berlalu pergi dia kembali duduk. Tapi baru perasan bajunya penuh dengan darah. Alamak! Tak kan nak jumpa Ked dengan keadaan macam ni. Irine berlalu ke bilik air dalam syarikat.

Ked parking kereta. Belum sempat dia matikan enjin terus kaki melangkah keluar. Berlari ke arah depan ruang syarikat mencari Irine. Awak? Nafasnya lelah kerana penat. Kepala pusing kanan kiri mencari kelibat Irine. Tiada.

Kedua tangan di pinggang. Ked tunduk mencari nafas. Ninja dah balik, betul tak? Untuk apa Irine nak tunggu dia, kan?

"Awak?" Irine senyum.

Ked berpaling ke belakang. Nampak Irine atas tangga ruang depan bangunan. Dengan baju berlumuran darah?

"Saya ingatkan awak tak datang."

"Awak? " Ked perlahan menghampiri. Bimbang dengan keadaan diri Irine. Apa dah jadi sampai berdarah ni?

Irine faham pandangan Ked pada pakaian nya yang penuh kesan darah. "Tadi ada..."

"Kenapa...?"

Uh? Irine lap hujung baju yang masih tak hilang tompok darah walaupun dah basuh.

"Kenapa awak tak balik? Ke awak ni tak reti nak balik?" Ked tinggi suara.

Terangkat kepala Irine dari tunduk.

"Dah kalau saya tak datang, balik la. Kenapa tunggu lagi macam orang bodoh?"

Irine tersentak dengan suara Ked.

"Awak buat kerja gila apa ni?" Pandangan Ked tak beralih.

"Saya..." teragak-agak Irine bersuara.

"Sampai berdarah, cuba bunuh diri? Sebab saya tak datang?"

Anak mata Irine beranak sungai.

"Awak buat saya bimbang macam orang gila."

Air mata Irine mengalir laju. Ked... ini memang betul suami dia. Kebimbangan yang sama. Kasih sayang yang sama.

Ked pandang lain cuba bertenang. Nafasnya ditarik hembus perlahan. Dia kembali berpaling pada Irine. Ninja tu nangis? "Saya.." Rasa bersalah menerjah. Sepatutnya bukan aku ke yang kena marah sebab lupa pada janji.

Irine duduk cangkung. Tangisannya makin kuat. Bukan sedih sebab Ked marah,tapi sebab dia rindu pada suaminya.

Ked panik. Dia turut duduk cangkung depan Irine. "Jangan la nangis."

Tangisan Irine tak nak berhenti. Dia tunduk menutup muka. Persis anak kecil yang merajuk lepas kena marah dengan ayah.

Apa kau dah buat ni Ked? "Okey saya belanja aiskrim?

Irine senyap dan angkat muka. "Ingat saya budak kecik ke?"

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience