Part 6

Romance Completed 9640

kedengaran pintu bilik dibuka. Irine masih dekat tempat yang sama. Tak bergerak untuk mengetahui siapa yang masuk ke bilik. Kalau perangai kurang adab macam ni memang tak ada orang lain.

"Oii...ucu, kau buat perangai pelik kau dah kan"

Irine malas layan. Jari masih dekat dinding.

Daus lompat duduk atas katil. "Kau cerita apa pulak dekat semut tu?" Bantal yang menghalang antara dia dan Irine dicapai dan diletak dekat riba.

"Uda.. kau diam boleh tak." Irine pusing kepala ke belakang sekilas dengan isyarat senyap.

Daus tak layan. Dia tolak bahu adiknya tu. "Kenapa, putus cinta?" Tembaknya.

Irine buat muka. Dia pusingkan badan menghadap Daus. Pantas bantal dekat riba abangnya dirampas dan dibuat untuk tolak kepala manusia depanya. "Kacau ar." Dia mengeluh.

"Sakit doh." Daus tahan bantal dari melayang ke kepala. Dah elok kemas rambut baik punya nak jumpa bakal mak ayah mertua.

"Tak ada apa la." Irine memaksudkan yang dia okey. Dia sandar ke kepala katil. "Uda.."

"Apa?" Tangan dekat kepala betulkan rambut.

"Uda kahwin je la dulu. Ucu rasa belum bersedia pulak." tiba-tiba dia meluahkan. Mata masih pandang siling kosong.

"Mana boleh. Dah janji kan nak naik pelamin sekali." Daus pandang Irine. "Ucu ada jumpa tak lelaki tu dekat korea?" Dia tahu adiknya ke sana semata-mata nak menjejaki lelaki misteri dalam solat istiqarah katanya.

"Dia dah ada orang lain la." Malas dia menjawab. Kecewa sikit. Eh tak.. kecewa banyak. Tapi dia tak salahkan Allah. Tak salahkan lelaki tu. Yang salah diri sendiri.

Daus baru nak bukak mulut, mama mereka ketuk pintu sambil memanggil ucu.

"Mama masuk." pintu bilik dibuka. "Eh, ada uda sekali. Tadi kata nak keluar jumpa keluarga Wawa?"

"Nak pergi la ni." Dia pandang Irine. "Uda balik nanti kita sembang lain. Kau jangan keluar berjalan pulak." Dia bangun dan keluar bilik.

Irine buat muka. Dia pandang Daus keluar bilik dan tengok mama pakai lawa. "Nak pergi mana , mama?"

"Jom. Teman mama shopping." Puan Rozana letak beg tangan atas katil.

Irine angkat kepala dari sandar. "Shooping?" Hai... gembira rasa dalam hati.. tiba-tiba lagu P-Ramlee bergema dalam kepala. Dan tiba-tiba juga dia tarik senyum. Macam malas je. Kalau terserempak dengan lelaki tu macam mana? Kl ni bukan besar sangat pun. Kalau setakat muka dah kenal tu, duduk belakang lorong pun boleh jumpa. Nanti buat malu je. " Malas la." Dia letak kepala kembali.

"La... kenapa pulak?" Biasanya kalau sebut shopping dengan anak sorang ni tak pernah nak menolaknya.

"Tak ada mood."

-----------------------------------------------------

Ked berdehem kecil. Dia tak senang duduk bila berhadapan dengan gadis depan ni. Dekat dalam dah riuh bunyi gelak ketawa. Hamboii... riang gembira macam kanak-kanak ribena gelagat kedua orang tua mereka. Senang hati dapat jadi besan. Senang hati bakal dapat menantu. Dia pandang lagi gadis depan ni. Senyap je. Tak nak cakap apa-apa ke? Cawan tea dicapai dari meja. Masa ni la tekak nak kering tengah gurun.

"Kita putuskan je perikatan ni."

Uhuk....uhuk... Ked tersedak. Tea dalam mulut laju turun menuruni kerongkong. Dia letak cawan dan tepuk kepala. Tadi minta sangat gadis depan ni bersuara. Sekarang bila orang tu dah bercakap, kenapa gelabah pulak. Dan permintaan gadis tu berbaloi kan?

Suasana sepi lagi.

Ked keluarkan sapu tangan dari saku dan dibuat lap mulut. "Awak..." Macam mana nak cakap ni. "Awak...minum dulu." Dia hulur cawan gadis tu ke depan. Biar tenang sikit. Memang la bagus permintaan tu. Tapi...

"Saya puasa." Jawab gadis tu selamba.
"Awak... saya buat pilihan ni sebab saya tak nak hancurkan hubungan orang lain semata-mata demi kebahagian sendiri. " Dia pandang Ked sekilas sebelum kembali tunduk memandang jari jari tangan yang sedang menguis daun. Mana nak letak muka, bahang dari panas matahari ni. Walau hakikatnya cuaca redup petang ni.

"Apa awak cakap ni?" Ked tak faham. Dia betulkan duduk. Baru dia teringat sesuatu. "Awak dah salah faham ni."

Irine angkat kepala. "Salah faham apa pulak. semalam awak sendiri kata awak dah ada pilihan sendiri.Siap suruh saya terima perasaan saya ni sebagai ujian dari Allah."

"Ma...mana ada." Tergagap-gagap Ked bersuara. Dia pegang belakang tengkuk.  "Saya tipu je..." Dia pandang Irine sebelum membuang pandang ke kolam ikan depan mereka. "Sebab... sebab saya ingat awak orang lain. Yang awak pun tak cakap dengan saya terus terang kenapa?" Terkejut dia tadi bila nampak Irine turun tangga masa mamumy nak kenalkan bakal isteri dia. Rupanya gadis ninja. Elok pun panggil ninja, kejap muncul kejap hilang macam tu je..Ni ada depan mata pulak.

"Mamumy awak kata awak dah tahu?" Irine tak nak mengalah. Lagi pun dia berani ambil kata putus untuk terima lamaran ni sebab gambar yang mama tunjuk. Rupanya bakal suami dia lelaki misteri yang selalu muncul dalam doa solat istiqarahnya. Sebab tu dia pergi ke Korea nak jawapan sendiri daripada Ked.

Ked alih pandang dari ikan berbelang merah putih ke wajah Irine. "Siapa tak terkejut tiba-tiba awak buat lamaran macam tu." Patut la gadis ni berani sangat. "Lupakan kan la. Lagipun benda dah lepas."

"Kalau macam tu tak jadi batal. Saya tarik balik kata-kata tadi." Irine betulkan selendang. "Saya nak kahwin dengan awak."

"Kau ni biar betul?" Muka dia blur. "Kau muktamad?" Bahasa dari saya awak terus jadi aku kau. Terkejut punya pasal.

"ini betul-betul. Bukan cubaan." Lagipun dulu siti khadijah yang melamar nabi. Mungkin la cara aku ni nampak kurang sopan sikit. Eh tak.. kurang sopan banyak.

Ked garu kepala yang tak gatal. Gadis ni dah buat keputusan.

Irine kecilkan mata sambil berpeluk tubuh memandang Ked. "Jadi betul ni awak tak ada awek?"

Ked geleng. Huh? ala... gadis ninja buat muka seram pulak. Dia tertolak kerusi ke belakang.

"Maknanya saya boleh kahwin dengan awak la ni?" Dia angkat kening bertanya.

Kena la. Sebab aku dah berjanji dengan mummy dengan daddy. Dia bekerut kening. "Yea..." teragak-agak dia menjawab.

"Baik!" Irine tepuk meja sambil bangun.

"urgh..!" Ked jatuh ke belakang. Terkejut. Hari-hari perangai macam ni masa dah jadi isteri boleh dapat sawan aku.

Eh! Irine terkejut. "Awak..."

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience