Part 58

Romance Completed 9641

Irine berlari keluar khemah. Jeritan meminta tolong dan tangisan kanak-kanak yang ketakutan kedengaran di sana sini. Dalam situasi kelam kabut tu mata sempat menangkap sekumpulan pengganas bersenjata berbahaya mula memasuki ruang tapak kem. Anggota pasukan penyelamat turut kelihatan cuba untuk menghalang.

"Takut!!! Takutt!!" Jeritan tak jauh dari tempatnya berdiri kedengaran.

Suara tu... Irine berpaling ke kanan. Nampak Kila masih menyorok di belakang tong air yang tak seberapa besar. Dengan wakah yang pucat dan lecun dengan air mata. Ya Allah! Selamatkan kami. Kaki Irine laju melangkah menghampiri tong biru yang terletak di sebelah khemah sukarelawan.

"Kila, jangan takut. Kita lari ke tapak khemah sebelah belakang. Okey?" Irine memujuk Kila yang baru darjah Empat.

Angguk. Dia masih memeluk pinggang Irine.

Irine memerhati sekeliling dan setelah memastikan situasi agak selamat dia bangun dan menarik Kila untuk ikut berlari.
Tufff! Tembakan secara rambang kedengaran hampir di telinga.

Irine tertolak ke depan dan serta merta pandangan matanya gelap kerana ditutup dengan tangan. Kila dah terasa terlepas dari pegangan. Betul ke hari ni adalah penamat hidupnya? Kaku dia tak bergerak sebab terasa seseorang masih berdiri di belakang.  Perlahan Irine berpaling ke belakang dan kedengaran lagi sekali bunyi tembakan dan sepantas kilat waktu tu kepalanya di sembamkan ke dada orang di hadapanya.

Hidung cekap menangkap bau seseorang yang cukup dikenali. Tak mungkin... dia masih kaku tak bergerak. Tak berani nak angkat kepala. Tapi bau ni memang selalu... Perlahan Irine angkat kepala dan matanya menangkap wajah seseorang yang cukup dikenali. "Ked?" Teragak-agak dia bersuara.

Ternyata Ked turut terkejut dengan pertemuan tak sengaja ni. Lama mata Ked merenung wajah Irine. Ninja kesayangan.

Pandangan tu sukar untuk Irine mengerti. Namun mata Irine menangkap bahu Ked yang masih mengalir darah merah pekat. "Awak kena buat rawatan kecemasan." Menggigil tangan Irine meraba bahu kanan Ked. Air matanya bertakung. Dia tak pasti air mata ni kerana apa. Bersalah? Rindu? Marah?

Bunyi siren dari anggota polis menyatakan bahawa situasi  dalam keadaan selamat kedengaran. Namun Ked dan Irine masih tak lepas pandangan antara satu sama lain.

"Irine! Kau okey?" Nampak abang Hizami dan Julia berlari mendapatkannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kedengaran ruang tapak khemah perlindungan masih bising dengan kekecohan yang berlaku sejam tadi. Mujur kanak-kanak tak ada yang terluka teruk. Kelihatan kotak kotak ubat dari hospital separuh sudah dimusnahkan dalam kejadian tadi. Mujur masih ada beberapa kotak ubat yang sempat diselamatkan. Suasana malam ni agak berlainan bila tapak kem mereka sedikit tak terurus. Anggota sukarelawan dan juga doktor masih ke sana sini melayan kanak-kanak yang masih ketakutan. Turut kelihatan para pasukan anggota badan berunifom masih berjaga di luar dan dalam. Namun di dalam khemah sini hanya kedengaran bunyi kipas elektrik dari sebelah belakang mengisi sunyi.

Kedua-duanya bisu. Hanya tangan Irine bergerak merawat luka tembakan di bahu Ked. Nasib baik hanya sipi terkena peluru.

Ked duduk tegak dengan pandangannya kosong ke hadapan. Irine masih berdiri di belakang sedang meletakkan cecair menghindari kuman, mungkin.

"Saya tak apa-apa." Irine besuara memecah sunyi. "Saya dalam keadaan baik."

"Mana awak tahu saya risau?"

Naluri saya cakap macam tu. Namun kata-katanya hanya diluah dalam hati. Irine menarik sarung tangan getah dari tangan dam membuang ke dalam bakul sampah. Dicapai sarung getah yang baru.

Diam. Masing-masing seolah janggal untuk menyapa antara satu sama lain. Seolah-olah orang asing yang baru kali pertama berjumpa.

"Awak tahan sikit, saya perlu buat beberapa jahitan." Sarung tangan yang baru dah siap dipakai.

Tiada jawapan.

"Kenapa awak selalu buat kerja yang berbahaya?" Bukan ni tugas seorang pendakwa raya. Pendakwa raya kerjanya hanya di dalam mahkamah. Kenapa perlu bersusah payah mengikut anggota polis membuat serbuan dan tangkapan.

"Sebab saya memang dah berada dalam situasi bahaya. Saya tak tahu apa lagi yang lebih bahaya dari kehilangan orang yang disayang."

Jahitan Irine terhenti.

"Saya minta maaf."

Irine meneruskan jahitan. "Tak ada apa yang perlu di maafkan." Kalau Ked minta maaf untuk kehilangan anak dalam kandungan itu bukan salah Ked. Itu memang takdir sudah tertulis rezeki anak mereka hanya sampai situ. Kejadian tu hanya sebagai penyebab saja.

"Saya minta maaf untuk buat hati awak terluka. Saya minta maaf untuk kehilangan hak awak sebagai umi. Saya minta maaf sebab saya tak kuat untuk berhadapan dengan awak setelah apa yang terjadi. Saya minta maaf." Suara Ked sayu mengakuinya kesalahan.

Gunting diletakan dalam tray. Dicapai kapas dan juga pembalut dari meja belakangnya. "ini hanya sebahagian kecil  ujian dari Allah untuk mendidik hati kita supaya kuat. Lupakan apa yang dah jadi."

"Lupakan?" Maknanya mereka berdua kena bawa haluan masing-masing selepas ini? Begitu kecewa kah hati isterinya hingga tak sanggup untuk hidup bersamnya lagi?

"Umi!" Nabhan berlari dari jauh dan memeluk Irine.

"You okey tak ni? I dengar tadi ada pencerobohan." Jazz memandang Irine atas bawah melihat kalau-kalau ada luka. Wajahnya tampak risau.

"Sayang umi tak apa-apa?" Irine memegang kepala Nabhan penuh kasih. Di lihat badan Nabhan untuk memastikan tiada luka.

"Umi, Saya okey la." Nabhan besuara sambil menepuk dada. "Umi jangan risau, papa kan ada." Tangan kecilnya mengusap lembut pipi Irine.

Ked bangun terkejut dan memandang lelaki di hadapanya. Kemudian memandang anak kecil yang memanggil Irine, umi. Papa? Umi? Mereka dah kahwin ke?

Irine memandang Ked dan Jazz. "Jazz, I kenalkan ini Ked."

Jazz memandang Ked.

"Dan Ked, I kenalkan ini..."

'Ini suami Irine...' Dtum! Ked jatuh pengsan.

"Awak?" Irine terkejut melihat Ked tumbang di hadapanya.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience