Part 53

Romance Completed 9639

Air mata Irine mengalir perlahan. Kepalanya diletak tanpa alas bantal dan dihujung tepi katil. Badannya baring mengiring dengan kedua kaki dibawa hampir ke perut. Tangan kanan pegang perut penuh kasih. Bukti tanda cinta umi dengan abi dah tak ada.

"Nanti kalau kita ada anak, awak nak baby kita panggil apa?" Ked peluk bahu Irine sebelah tangan. Sambil mata tak lepas pandang dari rancangan masakan.

"Urm." Irine berfikir. Ha! Dia pandang Ked. "Abi dengan umi?"

"Abi, umi?" Ked cuba menilai sama ada sesuai ke tak nama tu. "Kalau macam tu... umi nak makan apa? Abi masak kan."  Ked beralih pandang ke arah Irine.

Bibir Irine menarik senyum.

Irine lap air mata dengan sebelah tangan. Dia tahu, rezeki Allah mungkin sampai sini saja. Tiga bulan je dia rasa perasaan untuk menjadi seorang 'umi'. Tapi kenapa mesti Ked... nak menerima tu bagai kena sembelih diri sendiri hidup-hidup.

Dia ingatkan kalau ingatan Ked dah pulih sepenuhnya, boleh la dia bagi tahu yang suaminya itu bakal jadi abi. Tapi...

"Dan aku harap kau tak tunjuk diri kau depan aku lagi"

Esak tangis Irine makin kuat. Sungguh! Dia tak dapat menahan air mata perih. Allah, besar sungguh dugaan mu pada hamba yang hina ini.

Dan bilik wad 09 tu bergema dengan tangisan sayu Irine.

Tina tak jadi menolak pintu wad, dia sendiri tak kuat. Perlahan air matanya mengalir dan kaki dibawa pergi jauh dari Irine. Tak sanggup rasa nak melihat Irine dalam keadaan macam ni.

Malam tu Ked duduk termenung memandang langit yang tidak berbintang. Kilat sabung menyabung tanda langit nak turunkan hujan. Amarah mummy tadi masih bergema di cuping telinga.

"Selagi abang long tak bawa pulang menantu mummy, jangan harap nak mummy maafkan abang long."

Pasal Irine berbadan dua tu dia sendiri tak tahu. Tindakan tadi hanya spontan sebab terkejut dengan apa yang berlaku. Dan kalau benar apa kata mummy tadi, yea! Dia telah jadi seorang pembunuh. Pembunuh anak sendiri yang bakal lahir. Allahuakbar! Dia meraup muka.

"Tapi saya isteri awak"

Dan kata-kata nak menjelaskan tu dia hanya buat tak tahu? Ked!!! Tapak tangan menepuk kepala sendiri beberapa kali.

Ketawa Irine memenuhi ruang tamu rumah mereka.

Lintasan suara dan gambaran tu buatkan Ked memegang tingkap bilik. Dia pejam mata saabil bekerut dahi cuba mengingati.

"Saya sayang awak sangat-sangat" Irine angkat kening sambil gaya muka comel.

"Dan saya pun sayang awak sangat-sangat." Ked kucup dahi Irine penuh kasih.

Penumbuk dilepaskan ke arah tingkap. Shitt! Ked marah diri sendiri. Kenapa baru sekarang dia rasa nak sedar tentang semua tu?

Dan gambaran sewaktu Irine cuba menarik ingatanya kembali muncul dalam kepala satu demi satu. Terjumpa secara tak sengaja dekat hospital, kedai bakery mango, Pertemuan dalam lif, Irine menangis dan dia belanja aiskrim, date kali kedua dan  pertemuan di lobi syarikat daddy, cleaner tingkat tiga. Semuanya bagaikan satu cerita sedang di tayangkan dekat pawagam. Bezanya cerita itu berlaku depan mata sendiri tanpa perlu melihat dari jarak jauh.

Perlahan Ked memegang dadanya. Rasa sesuatu, Irine... Bila dah jadi macam ni baru tahu dekat mana letaknya perasaan sendiri. Ina dengan Irine? Masakan dia boleh lupa pada ninja kesayangan tu. Kejam bila dia cuba nilai perasaan sendiri pada isteri yang buat kan diri dia rasa disayangi. Sanggup dia bandingkan Ina dengan Irine. Dia geleng kepala menyesal sendiri.

"Sebab saya sayang awak, awak kena sayang saya dua kali ganda." Irine peluk lengan kanan Ked.

Irine? Ked pandang belakang bila dengar pintu wad ditolak. Bukan Irine tapi Wani.

"Abang Long, Wani ada bawakan makan malam." Diletak bekas makanan yang dibawa dari rumah atas meja.
Masak sup ayam jea.

"Kak long mana?" Ked terangkat kening bertanya.

"Kak long..." Wani teragak-agak nak beritahu. Bukan apa, itu pesan kak long. Tak nak jumpa abang long buat sementara waktu.

Ked menghampiri. "Kak long ada dekat wad mana?" Sebab kalau masih baru lepas urukan masalah pengguguran, mesti Irine kena tahan wad buat beberapa hari.

"Erk..." Wani garu kepala yang tak gatal. Mata cepat-cepat  pandang ke luar. "Eh! Hujan la" Dia cuba alih perhatian.

Perlahan tangan Ked menarik lengan Wani supaya menghadapnya. "Kak long mana?"

Anak mata Ked direnung Wani lama. Sungguh! Abang long memang menyesal dengan  apa yang dah jadi. Tapi bukan mudah nak ucap maaf macam tu jea. Dia sendiri rasa marah dengan kelakuan abang long. Bila difikirkan balik macam tak logik, dua kali fikir rasa memang tak ada salah siapa-siapa.

"Please..." Nada suara Ked seaakan merayu.

Wani mengeluh perlahan. "Tingkat lima wad melor bilik 6." Kalah betul bila tengok muka kesian abang long.

Ked pegang kepala Wani. "Thanks" bibir cuba ukir senyum dalam pahit. Dia kemudian berlari keluar wad menuju ke tingkat lima.

Pintu wad ditolak dan kaki melangkah laju menuju ke bilik  nombor enam. Nampak katil dekat hujung tingkap tu kosong. Dan ada seorang nurse. Mana Irine?

Nurse Nanie yang sedang susun barang atas troli memandang belakang terkejut. "Yea?"

"Mana pesakit dekat sini?"

"Doktor Irine?" Nanie berdiri tegak. "Doc dah balik." Dia sendiri terkejut dengan permintaan doc tu. "Sepatutnya doc tak boleh keluar wad lagi, tapi dia kata ada kecemasan dan perlu pergi segera." Bila dah libatkan doc Tina dia sendiri tak boleh kata apa. Sebab dia pelajar praktikal je dekat sini. Ikut hanya bila disuruh.

"Balik mana?"

Angkat bahu tak tahu.

Irine... Ked memandang lama katil tempat isterinya baring.

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience