Part 14

Romance Completed 9639

"Irine selalu balik lewat ke mama?" Ked duduk dekat sofa depan tv. Sepuluh minit tadi baru sampai dari Kuantan. Dah siap mandi pun.

"Macam tu la Ked. Kamu tak ada ni memang dia selalu balik lambat dari hospital."

Ked pandang jam yang tergantung atas tv. Pukul tujuh lima minit. Dah nak masuk maghrib. Telefon tak berangkat. Dia kemudian pandang ke luar melalui pintu yang terbuka.

"Mama naik atas dulu."

Ked memandang mama mertuanya. "Yea mama. Ked tunggu Irine sekejap."

Setelah mama hilang ke ruang atas. Ked bangun berlalu ke arah pintu. Memerhati jalan menunggu kereta Irine. Dia balik dengan kereta tadi, tapi Aman telefon kata nak pinjam kereta. Elok dia sampai rumah mama, Aman dah berdiri luar pagar. Maknanya malam ni kena tidur sini.

Suara azan menyentak lamunannya. Dia berdiri tegak dari sandarnya ke pintu. Jalan masih lenggang. Tak ada tanda Irine balik. Dia tutup pintu. Nak naik atas solat dulu. Nanti dia nak pinjam kereta Daus pergi hospital. Risau pulak.

Dia melangkah ke tangga dan bertembung dengan Daus. "Uda, kejap lagi pinjam kereta."

"Irine tak balik lagi?" Dia dari dapur.

"Itu la. Telefon tak berangkat. Ingat nak cari dekat hospital."

Angguk. "Pergi la. Uda tengok isteri kau tu dah banyak hari tak lalu makan. Risau pulak pengsan ke apa."

"Dia tak makan?" Ked terangkat kening bertanya.

Daus bergerak naik tangga. "Kau ni pun macam la tak tahu.Suami tak ada rindu la tu."

Alahai Irine.... Ked masih kaku dekat tangga.

----------------------------------------------------

Selesai berdoa. Ked bangun simpan sejadah tepi almari. Dia duduk atas katil dan cabut kopiah. Iphone dicapai. Nombor Irine di dail sekali lagi. Mana tahu kali ni angkat. Rasa serba salah menyerbu diri. Dah macam suami yang zalim pada isteri je dia ni. Talian tak bersambut.. Arghh! Dia garu kepala. Iphone dicampak ke belakang.

Lagu teri meri dari filem bodyguard tiba-tiba berlagu dri radio tepi tv memenuhi ruang bilik. Eh? Dia berpaling ke belakang. Ni lagu kegemaran Irine. Macam mana dia boleh tahu, Dah kalau boleh dikatakan setiap hari isterinya tu tengok cerita tu. Mana la dia tak berjangkit. Tapi kan... Dia bangun. Siapa pulak bukak radio ni?

Mata Ked terpandang Iphone yang dibalingnya betul-betul bertindih atas remote radio. Pintu bilik terbuka. Dia berpaling terkejut. Irine....

Wajah Irine sunggul. Dia tutup pintu dan terduduk belakang pintu. Air mata ni dah banyak keluar. Bila nak berhenti? Dia lap kedua matanya.

"Awak?" Ked menegur.

Perlahan Irine angkat wajah. Terkejut, bila masa Ked ada dalam bilik? Dia berhalusinasi lagi ke.

Mata Irine merah. "Awak okey tak ni?" Ked menghampiri dan tunduk duduk di hadapan Irine.

"Ked...?" Antara terdengar dan tidak suaranya terkeluar.

"Awak, kenapa ni?"

"Ked?" Dia masih mencari kepastian. Antara percaya dan tidak. Sungguh Ked ada depan mata? Macam mana?

"Awak bagi la tahu kenapa..." Ked pegang kedua belah bahu Irine.

"Ked?" Kalau betul depan ni Kes, dia nak peluk erat. Betul la, saat macam ni dia perlukan suami untuk tenangkan diri dia. Dia nak berkongsi apa yang terjadi dekat hospital hari ni.

"Tak kan la awak tak dapat jumpa saya, awak jadi macam ni." Risau pulak aku dibuatnya.

"Ked?"

Ked bekerut kening. "Awak...." Jangan-jangan ada sesuatu berlaku dekat Irine masa di hospital tadi?

"Ked?"

"I'm here."

Dan air matanya jatuh terus tanpa diseka lagi. Dia memeluk Ked yang berada di depan nya.

---------------------------------------------------

"Mak cik Leha...dah..."Anak sungai di wajah Irine menderu makin laju.

Innalillah.... Ked memejamkan mata sejenak. Dia buka mata dan merangkul bahu Irine. "Doakan yang terbaik." Dia kenal arwah pun melalui cerita dari Irine.

Irine tenggelam dalam perasaan. Dia tahu sebagai seorang doktor tidak sepatutnya terikat dengan emosi. Namun, mungkin begitu terasa kerana hubungannya rapat dengan mak cik Leha. Mungkin kerana dia sendiri nampak mak cik Leha rebah di depanya saat dia melangkah keluar pejabat. Mungkin kerana mak cik Leha di bawah jagaan dan tanggungjawabnya di sini. Kepalanya masih di bahu Ked.

"It' s not your fault." Ked memujuk. Ditepuk perlahan tangan Irine di ribanya.

Irine menggigit bibir bawah. Dia mengangkat kepala dari bahu Ked. Ditarik tangannya dari genggaman tangan lelaki itu. Apa aku dah buat ni? Irine kaku. Tersedar ni kali pertama dia dalam pelukan Ked. Sayang-sayang juga... kalau dah macam ni... Ngee...

"Sorry." Ujur Irine antara dengar dan tidak sambil merenung bahu tee yang lecun dengan air matanya.

"Feeling better?" Nada suara Ked datar tak berperasaan.

Angguk. Darah dah terasa berderu turun dari muka. Baru perasan juga lagu my heart will go on dah sampai korus memenuhi ruang bilik.

"Good." Tanpa kata lain Ked bangun dan terus ke pintu. Dia senyum tawar. Terasa macam mimpi. Peluk isterinya. Pegang tangan... Kalau macam ni hari-hari boleh jatuh cinta dibuatnya. Ina lalu depan mata sumpah tak pandang dah. Mungkin sebenarnya ada rasa yang bertanda. Aaahh sudah!!! Ked geleng kepala sendiri. Tader....tader...tipu...tipu... Otaknya cuba menafikan.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience