Part 33

Romance Completed 9640

"Macam mana rasa hari ni, okey?" Tina bertanya sambil memandang Irine yang capai stiker note dari meja pejabat. Mak cik sorang ni la, boleh pulak dia berjalan macam ni dalam pejabat. Dengan baju pesakit pulak tu.

"Alhamdulillah. Aku dah sihat." Dia senyum. "Petang nanti aku dah boleh keluar kan?" Serius bosan duduk atas katil pesakit.

Tina angguk. "Kau nak aku hantar balik?"

"Tak apa. Uda datang nanti. Aku nak singgah rumah ambil baju lepas tu balik rumah mama."

"Tak apa ke?"

"Ked tak akan balik rumah tu. Dia tak ingat pun dia ada beli rumah. Lagipun aku dah minta tolong dengan keluarga dia untuk rahsia kan pasal hal ni."

Folder biru bertindih buku budak-budak praktikal Tina ambil dari meja. "Kalau macam tu, aku gerak pergi bilik meet. Nanti aku suruh Suzy atau Mat uruskan pasal kau nak daftar keluar."

"Thanks."

"No ha la." Tina tolak pintu keluar pejabat. "Bye."

Irine angkat tangan melambai dekat Tina. Hilang bayang Tina, dia duduk sekejap dekat kerusi mejanya. Rindunya nak bertugas. Mampu ke dia lepaskan semua ni. Lab coat putih yang tergantung di dinding dipandang. Lama. Banyak sangat kenangan dengan baju ni.

Lepas dia lama berfikir masa balik dari bilik Ked, ini adalah keputusan yang terbaik. Walaupun pada mulanya agak berat, tapi pengorbanan ni tak akan sia-sia. Dia bangun dan simpan stiker note dalam saku baju kemudian botol air di tepi meja dicapai.

Dia ambil keputusan untuk tak kenalkan diri pada Ked sebagai isteri. Tetapi sebagai orang asing. Dia nak buat semuanya dari mula, memandangkan Ked dah tak ingat. Biar dia buat Ked jatuh cinta pada dia lagi sekali. Ini perjuangan dia.

Pintu bilik pejabat dibuka dan dia berjalan melalui koridor untuk ke biliknya. Ya Allah, permudahkan urusan ku. In sha Allah dengan bantuan kedua belah keluarga, strategi nya akan berjaya. Botol air dibuka "kau boleh buat Irine, aja-aja fighting!" dia minum sambil berjalan menghilangkan dahaga.

"Awak...?"

Irine berpaling ke belakang dengan botol air masih di mulut.

"Awak yang melamar saya tu kan?" Ked berdiri dengan kedua tangan dalam saku baju pesakit. Dekat Korea, dia ingat lagi.

Mata irine bulat dan air di dalam mulut yang belum sempat menuruni kerongkong tersembur keluar kerana terkejut.

Ked tergamam. Air hujan yang datang tiba-tiba tu tak tahu nak dibuat reaksi macam mana. Gembira? Sedih?

"Erk!" Irine berganjak ke belakang perlahan. Alamak!

Ked ketap bibir menahan geram. Perlahan dia keluarkan tangan dari saku dan dibuat lap muka yang basah. "Awak ni..." Nak di marah anak dara orang.

Irine tarik sengih. "Hai?" Dia angkat kening. Serba salah.

Memang betul ninja gadis depan ni. Boleh hilang muncul depan bila-bila masa. Siap ada kuasa pertahanan air kalau kena serang dengan musuh. Dahsyat. Dia geleng. "Awak buat apa dekat sini?"

Huh? Irine baru perasan. Ked mungkin hanya ingat dia sewaktu dia melamar tu dulu. Adui! Dalam banyak-banyak kenangan yang dia ingat, kenapa kenangan yang memalukan tu yang muncul? Dia buat muka.

Ked petik jari di depan wajahnya. "Hello?"

"Saya ikut awak la." Laju dia menuturkan.

"Apa?"

"Saya ikut awak la. Awak tak bagi lagi jawapan pada soalan saya."

"Jawapan...?"

Irine tahan senyum yang menarik di pinggir bibir. "Jawapan untuk setuju kahwin dengan saya?"

Ked bulat mata terkejut.. Memang ninja ni gila. Dia perlahan pusing ke belakang dan berlari ke biliknya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ked bekerut kening cuba ingat. Sudu dekat tangan masih tak bergerak. Ninja tu.. macam seseorang yang dia kenal sangat lama.

"Oi! Makan pun dah tak lalu ke?" Aman letak cawan atas meja. Botol air diletak dalam bakul tepi katil.

"Kau ingat tak aku pernah cerita pasal perempuan yang melamar aku tu?"

"Ninja?" Aman duduk dekat sofa depan katil.

"Ha.. ninja tu. Aku jumpa dia tadi."

"Owh."

"Owh je? Kau tak terkejut ke dengar dia ada dekat sini?"

Aman berdehem kecil. "Terkejut." Tak terkejut sebab ninja tu isteri kau. Dah macam kakak ipar aku. Dia garu kening. "Dia cari kau ke?"

Ked letak sudu dalam mangkuk sup. "Dia betul-betul cari aku. Dia betul-betul nak kahwin dengan aku."

"Dah tu kahwin je la." Aman buat muka tenang.

"Kau gila?" Ked geleng. "Entah normal ke budak tu..." Ked sandar ke belakang."Tapi kan..."

"Apa?"

"Kenapa ninja tu pakai baju pesakit juga?"

"Dia derma darah dekat kau kot. Kau kan banyak kehilangan darah, demi cinta semua benda boleh buat." Aman memberitahu sambil merenung wajah Ked.

"Uish! Kau ingat ni drama melayu?" Kalau betul susah pulak dia kena balas jasa.

Aman ketawa. "Kau tu yang fikir lebih. Entah dia tu kebetulan sakit ke. Kau terserempak dia dekat sini."

"Macam tu?" Dia tak yakin lagi.

Aman jongkit bahu. "Mungkin."

Ked angguk. Cuba tenangkan diri sendiri. Bersangka baik. "Eh? Tapi kenapa sejak aku sedar dari koma, aku rasa macam kosong dekat satu tempat. Rasa kehilangan. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?"

Aman renung wajah Ked. "Memang kau kehilangan pun." Perlahan dia menuturkan.

Pintu bilik terbuka. "Ked, kau dah okey?"

Ked dan Aman memandang seseorang yang baru bersuara tu. Ina.

Bersamabung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience