Part 9

Romance Completed 9639

Ked pandu kereta dengan perasaan tak tenang. Teringat kata-kata Aman tadi.

'Kau balik sekarang'

"kenapa?"

'kau tak tahu ke yang kawasan perumahan kau tu ada berlaku jenayah baru-baru ni?" Aman tolong kemaskan fail atas meja.

"Kau..kau cakap apa?"

"Tak payah cakap banyak. pergi balik tengok wife kau." Aman pegang tangan kanan Ked menyuruhnya bangun. "Dengar cakap aku."

Dan dia terus balik lepas dengar kata-kata tu. Jangan la apa-apa yang tak baik berlaku pada isterinya. Kereta diparking dekat laman rumah banglo tingkat satu.

"Awak...?" Dia masuk rumah dengan perasaan curiga. Pintu rumah dibiar terbuka macam ni. Penjenayah nak masuk pun senang.

"Awak...?" Dia mencari di ruang dapur pun tak kelihatan isterinya tu. Mana pulak dia pergi? Dia menaiki tangga ke tingkat atas. Diperiksa setiap bilik. Tak ada.

"Awak...!!" Serius. kalau toreh muka dia sekarang memang tak berdarah sebab terlalu takut fikir tentang kemungkinan yang berlaku pada isterinya.

Dia turun tangga sambil menelifon isterinya. Tak berangkat. Allah.... mana awak ni, Irine...

Pang...!!!

Ked berpaling ke arah dapur. Bunyi barang jatuh. Dia perlahan melangkah ke ruang yang memisahkan meja makan dengan dapur.

Irine betul-betul tersungkur depan ruang tengah. Belum sempat dia berdiri sepasang kaki yang lengkap berkasut kulit hitam betul-betul dekat mukanya. Kaki tersebut mengundur setapak ke belakang. Irine angkat kepala untuk lihat pemilik kasut tersebut. Serta merta dia mengetap bibir serba salah.

"Irine?"

Habislah aku... Irine mengeluh perlahan sambil bangun dari jatuhnya. Dia tarik sengih teragak-agak.

Ked merenungnya dengan kedua tangan berpeluk tubuh.

Ini semua salah lipas. Kalau la dia tak terbang dekat bahu aku tadi.... rasa nak menyumpah je. Tapi sekarang ada benda lagi penting. Dia balas pandangan Ked takut-takut.

"Saya minta maaf."

Ked masih memandang dengan wajah yang dikekalkan sama macam tadi.

"Tadi saya ada dekat luar masa awak balik. Tak sempat nak tegur awak dah lari masuk rumah jerit-jerit panggil saya." Irine tunduk dengan kedua tangan dekat belakang macam orang bersalah. "Saya saja je nak kenakan awak." Dia ketap bibir kuat. Mesti kena marah teruk ni.

Tiada reaksi.

"Kalau bukan sebab lipas... sa..." Irine pandang wajah Ked. Buat main lagi Irine. Tahniah la... sebab mengundang kemarahan. TAHNIAH. "Sorry..."

"Awak tahu tak saya risau?" Nada sarkistik tapi tegas.

Angguk.

"Awak ni..." Ked mengeluh berat. Nak dimarah nanti menangis pulak. Aku ni mana reti pujuk. Dia geleng. "Dah la, saya nak balik pejabat." Syukur yang isterinya tak ada apa-apa.

Uh? Tu je? Tak kena marah? Irine muka pelik. Kalau dengan orang lain ni aku rasa dah berbakul kena sumpah seranah.

"Awak cari saya kenapa tadi?"

Ked tak jadi melangkah. Betul la, aku balik sebab amaran Aman. Dia berpaling ke belakang. "Tak ada apa la."

La.... Irine bekerut kening. Tadi cari macam ada hal penting sangat. Sekarang dah tak ada apa nak cakap? tu cara tunjuk marah ke?

"Saya tak jadi pergi pejabat." Ked sempat bagitahu sebelum ke ruang tamu.

"Kenapa pulak?" irine mengikut dekat belakang.

"Saja." Selamba dia menjawab sebelum hempaskan diri dekat sofa. Lagipun tak ada mood nak ke pejabat lepas dengar kata-kata Aman. Baik dia seharian dekat rumah hari ni. Esok Irine dah pergi kerja,kira okey sikit.

Irine buat muka. Tahu la kerja dekat syarikat daddy sendiri. Sesuka hati masuk kerja ikut mood dia. "Awak..?"

"Urm.." Ked sandar kepala dekat kepala sofa. Letih memandu laju tadi. Letih bermain dengan emosi juga.

"Kasut tu pakai dekat luar rumah."

Ked baru perasan dia tak sempat tanggal kasut. Dia tunduk dan cabut kasut kulit hadiah mamumy awal tahun ni.

"Awak...?"

Apa lagi la ni. Ked berpaling.

"Saya masak tengah hari. Awak makan dekat rumah?"

Lambat lambat dia mengangguk sebelum bertanya. "Awak dah okey belum ni?" Lupa yang isterinya baru lepas pengsan semalam.

Irine senyum. Dia angkat tangan tanda okey.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience