Part 63

Romance Completed 9639

"Kita kena mengulangi hari pertama mereka berdua bertemu. Sebab.." Lee senyum dan memeluk tubuh.

"Apa?" Serentak yang lain teruja bertanya.

"Bagi wanita tempat kali pertama berjumpa adalah paling susah dilupai. Jadi abang Ked kena mengulangi pertemuan pertama tu untuk mengingatkan kak Irine pada abang Ked."

"Tapi tu dekat Korea. Tak kan abang Ked kena culik kak Irine bawa pergi sana?" Kim musykil.

Lee geleng. "Dalam kes ni, cara pertemuan tu yang menyedarkan."

Bahagian 1

Irine betulkan lipatan tudung. Mana pulak BND ni, janji nak keluar makan sama-sama.

"Assalammualaikum."

Irine pusing belakang dengan tangan terhenti dari betulkan tudung. "Waalaikummusalam." Ked?

"Saya ada hal nak cakap sikit ni. Boleh?"

"Erk..Apa dia?" Rasa lain macam je, lambat lagi ke BND ni...

"Saya bawa lamaran ni." Ked menyusun ayat baik punya. Gila tak cuak.

Irine terangkat kening. Menunggu Ked sambung bicara. Lamaran apa lagi? Bukan aku ni isteri dia ke?

Ked tarik nafas perlahan. Bismillah... "Sudi tak awak jadi teman hidup saya sekali lagi untuk selamanya?"

Huh? Irine kaku. Bukan ini cara pertemuan pertama masa dia melamar Ked ke?

"Umi!!"

Irine keras terkejut. Nabhan tarik tangan Irine. "Papa panggil, cepat la umi." Nabhan menarik tangan Irine tergesa-gesa.

Perlahan kaki Irine mengikut Nabhan tapi mata masih kaku memandang wajah Ked.

BND yang sembunyi di sebalik dinding pagar kem mengeluh geram. Kacau la budak kecik ni.

Ked menghampiri BND. "Macam mana?"

Lee tepuk tangan. "Kita guna strategi kedua."

Bahagian 2

Irine makan aiskrim sambil menarik sila. Apa la nasib kena ugut degan BND. Kena teman diaorang tengok movie sebagai ganti maaf sebab tinggalkan diaorang tanpa berita. Tapi yang tak bestnya kenapa ajak Ked join sekali. Mata Irine jeling Ked yang duduk di sebelah Wan. Dia mengeluh kecil.

Kim dan Vid saling pandang. Kemudian beri isyarat melalui mata.

Jebat terlanggar kerusi Irine. "Sorry kak..sorry."

Irine senyum je. "Sorry naik lo.. aaaaaaa!!!!" Irine melompat bangun dari duduknya. Sudu aiskrim masih dekat tangan. Bekas aikrim pula dah selamat jatuh dekat lantai.

Ked turut bangun melihat telatah irine. "Kenapa?"

"Kenapa kak?" Lee duduk dari baring memandang Irine.

Irine menampar angin di sekelilingnya. " Pepatung...aaaaa!!!" Kali ni dia tunduk belakang sofa. Binatang ni pun la, kenapa muncul masa ni?

Ketawa Ked pecah. "Dengan pepatung pun awak takut?" Sengaja dia buat-buat tak tahu.

"Takut la." Irine besuara cemas. Dia pandang ke atas. Pepatung tu bebas terbang ke sana sini dan.... "aaaaaaa!!!!awak....!!!" Irine bangun lari ke hujung sudut kabinet tv. Binatang ni memang binatang la. Bab nak takutkan orang juara agaknya.

"Pepatung tak makan orang la." Ked capai bantal kecik dari sofa.

"Memang la tak makan orang. Tapi pandai menakutkan orang." Dia tahan geram. Kenapa la pepatung ni nak memalukan aku depan Ked. Geramnya....

BND fokus pada movie hantu daripada fokus dekat senior yang tengah gelabah takut perpatung.

"Kau orang tolong la halau." Nada Irine seaakan nak menangis.
"Ala kak, pepatung je kot. Jangan la kacau kitaorang tengah fokus ni." AO pandang Irine sekilas kemudian kembali fokus pada conjuring.

Lagipun apa guna kita orang penat-penat cari dan tangkap pepaung dekat belakang kem semata-mata nak jayakan misi ni.

"Abang Ked kan ada. Minta tolong dia." Wan beri cadangan.

Huh? Tak boleh diharap punya adik-adik.

"Awak cepat la halau dia keluar ." Irine pandang Ked dengan wajah simpati.

Ked perhati pepatung yang terbang rendah menuju ke arah Irine.

"Aaaaaa....!!! Apa gila pepatung ni....!!!" Irine jerit takut sambil lari mendapatkan Ked.

Ketawa Ked pecah lagi. Kalut betul.

"Awak, saya suruh halau keluar bukan halau pergi dekat saya." Dia cubit pinggang Ked tanpa sedar. Mata memerhati sekeliling. Kenapa rasa makin bertambah pulak prpatung ni? Hari nak hujan ke?

"Nak halau la ni. Dia suka dekat awak nak buat macam mana." Ked capai bantal kecik yang jatuh hujung sofa dengan Irine mengikuti di belakang.

Genggaman tangan di pinggang Ked makin kuat.

Makin kuat ketawa Ked. Dia bergerak ke kanan kiri mencari pepatung dan baling bantal ke arah dua tiga ekor perpatung. Depan belakang mereka berdua mengejar pepatung. BND masih tak hilang fokus. Kalau abag Ked dan kak Irine menghalang TV, mereka bergerak ke arah lain.

Ked bergerak dengan diikuti Irine. Pepatung-pepatung tadi yang berjaya di tepuk dengan bantal kelihatan banyak di lantai.

"Dah... dapat dah semua ." Ked campak bantal dekat Vid. "Dah tak ada lagi perpatug."

Irine keluarkan diri dari belakang Ked.

"Awak ni buat saya teringat masa awak kena kejar dengan pepatung dlm rumah dulu. Macam ni la, sebijik sama kalutnya."

Irine buat muka.

Ked ukir senyum. "Kan dah berpeluh-peluh macam baru buat larian merentas desa." Dia lap dahi Irine.

Erk! Irine terkejut. Terketar-ketar tangan kanannya menyentuh dahi yang baru dipegang Ked tadi. Ini... Ini...

"Yea, saya tahu awak nak cakap awak sayang saya sangat-sangat, kan?" Ked kemudian berlalu duduk sebelah AO.

BDN tiba-tiba ketawa.

"Tak pernah tengok cerita hantu Best macam ni." Lee betulkan baring atas sofa. "Hantu' conjuring dah kena tangkap"

Yang lain tersenyum penuh makna.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience