Part 68

Romance Completed 9639

Irine memberi salam solat istikharah. Dia duduk berteluku depan sejadah. Tasbih dekat tepi dicapai dan ayat-ayat suci serta kalimat istifar berlagu di bibir. Lama matanya merenung surat pemberian Ked yang dah dibaca atas meja.

'Saya hanya seorang suami yang menunggu isterinya. Saya hanya seorang suami yang ingin memiliki cahaya mata dari kebahagiaan isterinya. Saya hanya seorang suami yang masih dan akan tetap mencintai isterinya."

Air mata Irine mengalir perlahan. Ya Allah, berdosa ke hamba mu ini bila mula pentingkan diri sendiri. Bukan tak kasih pada Ked, tapi kasih sayang lagi tebal pada Nabhan yang dijaga dari kecik. Untuk dekat dengan Nabhan, mustahil dia kembali pada Ked. Dan untuk mencintai Nabhan, dia perlu jadi yang halal pada Jazz. Kembali pada Ked memungkin kan diri sendiri akan dilukai lagi sekali.

Tangan kanan perlahan memegang dada.

Ked menadah tangan. "Ya Allah, biarkan Irine saya gembira di mana saja dan dengan siapa saja dia berada. Saya tak mahu apa-apa lagi Ya Allah."

Mata Irine pejam perlahan. Kata orang doa bukan permintaan. Doa merupakan kerinduan jiwa. Itu adalah pengakuan atas kelemahan seseorang. Adalah lebih baik jika dalam doa kita memiliki hati tanpa kata-kata daripada kata-kata tanpa hati. 'Ya Allah, dia kata saya seorang isteri yang dicintai. Tunjukkan saya jawapan. Tolong tunjukkan saya jawapan pada soalan yang bermain di minda saya."

Perlahan Irine membuka mata. Nampak bayangan Ked dari jauh menghampirinya. Irine terkebelakang akibat terkejut. Ya Allah.. Tangan memegang dada dan mengucap panjang. Bayangan tadi hilang serta merta. Dada berombak laju dia memandang sekeliling memastikan dia bukan bermimpi.

"Irine, kau okey?"

Irine berpaling ke belakang. Nampak Julia bangun dari baringnya dan menegur.

"Aku okey, kau terganggu pasal lampu ke? Sorry."

Julia kembali baring. "Tak ada hal la. Kau tu jangan tidur lewat sangat. Doakan aku jumpa jodoh aku sekali." selimut ditarik sampai menutupi kepala.

Bibir Irine mengukir senyum. Julia, sahabat yang banyak membantunya di sini. Ya Allah, kabulkan permintaannya. Amin.

Sinar pagi dipandang lama. Lab coat dekat tangan dibetulkan.
"Kau dah bersedia nak balik?" Julia bertanya berdiri di sebelahnya. Mereka baru lepas sarapan pagi.

"Aku sendiri masih tak pasti." Adakah keraguan ni dari syaitan?

"Umi!" Nabhan berlari mendekati. "Umi, jom la. Kata nak bawa Nabhan jumpa atuk dengan nenek."

Irine pandang wajah mulus Nabhan. Macam mana dia sanggup nak tinggalkan si kecik ni?

"Dah siap?" Jazz menegur menyentak lamunan Irine.

Angguk. "Dah." Dia kemudian memandang Julia. "Aku balik Kl dulu. Teguhkan khidmat kau dekat sini, in sha Allah. Doa yang kah selalu minta tu suatu hari nanti Allah akan tunaikan."

Julia menarik Irine ke dalam pelukan. Mata rasa hangat pedih menahan nangis. Selama tiga tahun ni mereka dah rapat macam adik beradik, tak pernah berpisah jauh. Untuk biasakan ketiadaan Irine dekat sini mungkin makan masa.

Tangan Irine menepuk belakang Julia. "Ada rezeki turun Kl, jumpa aku. Nanti kalau aku tak buzy, aku sendiri turun dekat sini." Nada memujuk.

"Bagitau aku doc mana yang tak buzy?"

Ketawa Irine meletup. Memang menipu kalau cakap life seorang doktor tak buzy. In sha Allah, mana tahu jumpa masa kau naik pelamin?"

"Amin..." Julia menadah tangan menjawab doa Irine.

"Jom, you layan Julia ni sampai lewat malam la kita dekat Kl nanti."

"Daripada layan kau.." Julia buat muka. Dia kemudian memandang Nabhan. "Bye baby Nabhan, jangan lupa auntie Julia ye."

Nabhan angguk. "Rindu auntie nanti." Dia peluk Julia yang mencangkug didepanya.

"Auntie lagi banyak rindu dekat Nabhan."

Dalam kereta masing-masing diam. Irine masih belum beri jawapan atas permintaan Jazz semalam.

Jazz pandang Irine sekils. "You okey?"

Angguk. "I letih sikit, mungkin sebab semalam tidur lewat kemas barang." Dengan jamuan lagi yang dibuat untuknya.

"You tidur la. Nanti sampai KL I kejutkan."

Irine kemaskan duduk Nabhan di riba. Dia memeluk erat anak kecil yang dah lena tu. Dan matanya sendiri dipejam rapat cuba untuk lena dan tak fikir pasal hal yang serabutkan kepala.

Radio Jazz tukar volume rendah. Sekilas dia pandag ke cermin sisi sebelum kembali memandag depan.

"Aku kalah, kawan. Aku mulakan ni untuk buat Irine gembira. Untuk mencipta kisah cinta aku tapi ia dah jadi pengakhiran." Jazz meluah rasa pada Hizami.

Hizami letak cawan plastik tepi kerusi di sebelah. "Aku tak faham kenapa kau saanggup buat macam ni."

"Cuba kau fikir betapa sedihnya dia dalam perkahwinannya. Memang betul dia tak mencintai aku, tapi dia memilih anak aku. Jadi bukan kewajipan aku ke untuk penuhi naluri seorang ibu yang kehilangan anak?"

"Kau bukan cinta Irine, tapi kau bersimpati dengan dia." Hizami geleng kepala. "Irine jatuh cinta dengan hati Ked. Pada Nabhan tu hanya kasih sayang sebagai seorang ibu. Itu je, dia masih dalam keliru."

"Tak. Kalau dia jatuh hati pada Ked kembali, dia pasti dah faham ada apa dalam hati dia sebenarnya tentang Nabhan."

"Aku tak nak kau ambil kesempatan dalam situasi Irine macam ni." Hizami cuba menerangkan.

Jazz angkat kepala memandag Irine dan Nabhan yang tengah makan di hujung sudut khemah. "Aku dah putuskan, untuk jumpa keluarga Irine."

"Kau dah gila, kau memang dah gila sepenuhnya."Hizami sandar ke belakang kerusi. Mujur hanya mereka berdua yang lepak dekat sini.

"Ingat tak kau pernah cakap dengan aku, yang Allah menulis kisah cinta. Jadi biarkan pengakhiran kisah cinta ini kepada takdir Allah."

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience