Part 50

Romance Completed 9641

Irine lari keluar dari bilik air ke belakang koridor stor. Macam mana ni? Kenapa la cepat sangat balik. Mana nak lari? Kepala dah pandang kiri kanan cemas takut-takut terkantoi.

"Kereta siapa dekat luar tu?" Ked duduk dekat ruang tamu. Letih rasa badan. Aman ni pun macam tak ada hari lain nak ajak keluar. Nasib la bufday member tu, kalau tak memang melekat dekat rumah juga ni.

Daddy letak remote control dekat atas meja. "Kawan Wani ada datang." Cuba berlagak biasa.

"Siapa?" Lewat macam ni tak reti balik lagi. Dia pandang jam dekat pergelangan tangan kanan. Dah pukul sebelas lebih.

"Kawan yang nak daftar sama universiti tu la." Mummy keluar dari dapur dan duduk sebelah Ked.

Owh. Ked sandar kepala ke sofa. Kedua tangan meraup muka keletihan.

Irine dekat belakang dah tak keruan. Cepat la suaminya tu naik ke bilik, senang sikit dia nak lari keluar.

"Pergi la masuk tidur." Mummy tolak bahu Ked. "Mandi, solat Isyak. Lepas tu terus tidur."

"Kejap lagi la." Ked menjawab malas. Nak menapak ke bilik sendiri pun rasa tak larat dah.

Mummy dengan daddy saling pandang. Macam mana nak buat ni? Nanti kantoi kalau Irine keluar senyap-senyap macam ni.

Wani jalan jengket menghampiri Irine. "Kak long!" Perlahan dia panggil.

'Macam mana?' Irine buat isyarat tangan bertanya. Tak boleh bersuara nanti kena tangkap terang terangan. Tahu la suara sendiri tahap berapa level dia. Ahahhaha.

"Kejap." Wani balas isyarat tangan suruh tunggu. "Nasrul settle kan." Dia bagi jaminan.

"Abang long!" Nasrul turun tangga panggil Ked.

"Urm?" Malas nak buka mata.

"Tengok kejap laptop Nas tu. Buat hal pulak, dah la banyak benda penting dalam tu." Nasrul jeling laluan ke koridor belakang sekilas.

"Jadi macam mana?" Ked buka mata pandang Nasrul. Dia tegakkan duduk.

Jongkit bahu. "Tak tahu. Benda apa melekat kat skrin tak boleh nak buang. Kacau sistem betul." Nasrul garu belakang kepala yang tak gatal.

"Virus la tu. Ada masukkan apa-apa ke dalam laptop?" 

"Mana ada. Tadi buka tiba-tiba dia jadi macam tu." Nasrul tarik muka. "Along belikan laptop baru la."

"Banyak duit! Ingat abang long daddy boleh minta sesuka hati?" Dia bangun. "Mana biar abang long tengok dulu."

"Dekat bilik la." Nasrul tolak badan Ked. "Cepat la sikit abang long. Kerja banyak lagi tak siap." Dia merungut.

Wani pandang Irine sambil angkat kening. "Abang long dah naik atas." Dia keluarkan kepala sekilas ke ruang tamu sebelum kembali memandang Irine. "Line clear."

Irine angguk. Dia sarung beg sandang melepasi kepala. Senang nak lari. Heee

Mummy dengan daddy dah bangun berjalan ke arah pintu luar. Ked dah selamat ditolak Nasrul ke bilik.

Berlari Irine keluar dari  tempat persembunyian macam lipas kena kejar tikus. Sempat dia bersalam dengan kedua orang mertuanya sebelum dia bolos ke dalam kereta.

Dadddy dengan mummy geleng kepala sambil tersenyum. Wani dah ketawa berdekah-dekah, serius rasa kelakar. Takut nak jumpa suami sendiri. Guana gaya tu?

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ked sangkut sejadah dan letak songkok dekat atas meja. Dia renggangkan badan sebelum baring atas katil. Bantal ditarik dan dibuat alas kepala. Tak sampai beberapa saat dia bangun mengejut. Bau wangi lain macam? Sejak bila pulak aku pakai minyak wangi perempuan ni? Dia pandang sekeliling, tapi bau ni memang dia kenal.

Ninja?

Geleng kepala laju. Tak kan la. Kau ni Ked agak-agak la kut nak buat andaian pun. Datang mana ninja masuk bilik kau? Rumah aku pun tak tahu.

"Awak tahu tak apa beza awak dengan hujan?" Irine tarik sila atas katil.

Ked beralih pandang dari buku dekat tangan ke wajah isterinya di sebelah. "Kenapa?" Menceriakan isteri ni satu kewajiban.

Irine senyum "kalau hujan jatuh ke tanah, awak jatuh ke hati saya." Sambil buat muka comel.

Ked pegang kepala. Sakit berdenyut dah rasa kepala macam kena cucuk dengan seribu jarum. Bayangan ilusi tadi tu samar-samar kelihatan. Yang dia tahu itu memang suara dia dan wanita tu.. dahi Ked bekerut menahan sakit. Pegangan kepala makin kuat. Allah! Dia mengucap panjang, memori dia yang hilang tu dah nak kembali ke?

Irine tutup rapat tingkap bilik. Hujan lebat tiba-tiba menimpa bumi. Langit menangis kerana apa itu? Dia ke meja solek dan capai toner dan bersihkan wajah.

Bunyi ketawa tu...

Ked bangun berdiri. Kepala rasa kena hempap dengan batu bata yang jatuh dari lori tiga tan.

"Awak sayang saya tak?"

"Sayang sangat-sangat" Ked peluk Irine dari belakang.

Irine rasa dada berdebar tiba-tiba.

"Awak tahu apa beza awak dengan toyol?" Ked pandang mata Irine.

"Toyol?" Irine bekerut kening. "Mana boleh samakan saya dengan toyol." Tarik muka.

"Ala, ini perumpamaan." Ked tarik kerusi duduk depan Irine. "Cepatlah, tanya apa bezanya." Dia angkat kening.

Irine berpeluk tubuh. "Okey, apa bezanya?"

"Kalau toyol curi duit, awak curi hati saya." Ked letak tapak tangan dekat bibir Irine sebelum kembali letak di dadanya.

Ked pegang dinding. Rasa pitam dan pandangan semua dah mula gelap. Bukk! Kaki dah lemah dan Ked jatuh lepas sempat buka pintu bilik separuh terbuka.

Pang! Botol toner jatuh dari meja. Serentak itu telefon Irine dekat atas katil berbunyi. Irine bangun mengejut. Astagfirullah....

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience