Part 57

Romance Completed 9641

Kotak ubat yang baru sampai bersusun bertingkat tu Irine angkat salah satu dan di bawa ke dalam khemah perubatan.

"You angkat sorang meh I tolong bawakan." Jazz muncul entah dari mana menarik kotak dekat tangan Irine.

"Eh, tak apa la." Irine pandang sebelah. "Bukan you kena standby dekat sempadan?" Pelik juga sebab tiga hari lepas baru je mamat dekat sebelah ni kena hantar pergi sabah jaga kem pelarian kanak-kanak dekat sana. Ini dah ada depan mata balik?

"Macam mana I nak buat kerja kalau asyik teringat dekat umi Nabhan ni je?" Jazz muka serius.

"Urgh! Romeo kelas satu." Irine geleng kepala. "Nah! Bawa masuk dalam." Kotak diserah pada Jazz.

Dan ketawa Jazz senang hati sebab dapat mengusik.

"Irine!"

Irine tak jadi melangkah masuk ke dalam khemah. "Borang cuti dan juga pertukaran dah keluar. Kau nak?"

"Gila tak nak. Dah ada peluang depan mata kita rebut." Dia senyum segaris.

"You nak pergi mana?" Jazz menyampuk.

"Nak balik tempat asal la."

"Tempat yang dah buat you terluka tu?" Jazz sengih. "You cari nahas kalau you balik sana." Maknanya Irine akan jadi seperti dulu. Dia cukup risau.

Senyuman Irine mati tiba-tiba. Yea, macam mana dia boleh lupa peristiwa tu.

Hizami tumbuk bahu Jazz sebelah kanan. "Kau ungkit kisah lama kenapa?"

"What? Aku bagi tahu benda yang betul. Aku tak nak dia sakit lagi sekali." Jazz tegakkan pendirian.

Kaki Irine melangkah perlahan menuju ke khemah sendiri. Sakit... yea, sakit yang makan masa untuk dia sembuh.

"Kau ni mulut lain kali pakai gam uhu. Biar ada sempadan sikit bila nak bercakap." Hizami bercekak pinggang.

"Elok kau duduk je dekat sabah tu. Damai sikit hati Irine tu." Julia besuara sambil lalu dekat sebelah mereka berdua sambil angkat kotak ubat.

"Apa benda la kau ni." Hizami heleng kepala.

"Diam kau." Kotak diserah pada Hizami. Dan kaki melangkah ke arah khemah Irine.

Irine letak barang dalam loker.

"You dah buat keputusan?"

Angguk. "Dah tiba masa I balik. Family I dah lama tunggu, kawan-kawan.."

"Ked?" Jazz angkat kening.

"Umi!" Nabhan datang dengan kapal terbang mainan di tangan.

"Yea sayang." Irine tunduk balas pelukan Nabhan dekat kaki.

"Hari ni papa ajak pergi makan dekat luar. Jom?" Nabhan dengan pelat tiga tahunya. Kapal terbang mainan di awang awangan.

"Umi banyak kerja la sayang." Itu je la satu satunya alasan kenapa dia tak nak keluar dari kem ni. Kerja banyak.

Nabhan tarik muka. "Umi asyik sibuk je"

"Tak lama lagi umi Nabhan...."

"You!" Irine angkat kepala memandang Jazz. Dia geleng kepala beri isyarat supaya jangan beritahu apa-apa pada anak kecik ni.

"Lambat laun dia akan tahu juga." Jazz berpeluk tubuh tak puas hati dengan keputusan Irine.

"Biar I yang beritahu dia sendiri. Lambat ke atau cepat. Titik!" Irine serius dalam kata.

Jazz mengeluh. "Jom Nabhan, papa bawa pergi tengok kapal terbang betul. Umi memang sentiasa buzy." Dia tarik tangan Nabhan dari pelukan Irine.

Nabhan melambai ke arahnya sambil mengikuti Jazz.

"You, jaga Nabhan elok-elok." Dia titip pesan.

Dan kaki Jazz terus melangkah tanpa berpaling ke arahnya.

Nabhan. Tak sampai beberapa minit hilang dari pandangan mata memang boleh buat dia risau tahap kronik.

"Kau okey tak ni?" Julia masuk ke dalam khemah.

"Okey." Irine angguk kemudian duduk atas kerusi.

"Nah." Borang diletak atas meja kerja Irine. "Borang tukar." Julia betulkan kedudukan tudung. "Kau dah fikir betul-betul?" Siapa yang tak tahu kisah Irine datang ke sini tiga tahun dulu. 

"Dah dua tahun aku tangguh nak balik, Julia." Irine capai borang dan tenung lama. "Mungkin dah sampai masa aku balik."

"Betul kau okey?" Julia memastikan.

"Okey tak okey aku kena juga balik. Lagipun sampai bila aku nak menjauh macam ni." Lagipun dia dah nekad dengan keputusan ni bila mama call minggu lepas. Seminggu tu juga buat dia berfikir.

"Ucu bila nak balik?"

"In sha Allah mama, ucu akan balik." Irine capai baju yang baru dilipat dari atas katil. Dan berjalan ke arah loker dan simpan baju."

"Ingat, jauh mana pun ucu lari Ked tu masih suami ucu."

"Uii?"  Julia petik jari depan muka Irine. "Menung apa?"

Irine tersentak. Dia tarik senyum dan geleng. "Tak ada apa."

"Aku gerak dulu, shif bahagian depan hari ni." Julia bangun dan sarung lab coat.

"Aku nak rehat kejap. Nanti on call je aku kalau ada apa-apa kecemasan"

Angguk. "Selamat buat taik mata."

Hahahahaa Irine gelak geleng kepala melihat Julia keluar dari khemah.

"Ingat, jauh mana pun ucu lari Ked tu masih suami ucu."

Kata-kata mama tu masih bergema tepi telinga. Yea, dia akui dia masih isteri Ked walaupun dah tiga tahun berlalu. Sebab sampai hari ni dia menerima duit nafkah dari Ked tiap-tiap bulan. Irine tongkat dagu memandang ke luar khemah, kelihatan kanak-kanak berlari ke sana sini menikmati waktu zaman kanak-kanak yang sebelum ni mereka tak punya.

Seminggu lepas dia sampai ke sini, dia beranikan diri menelifon mama dan beritahu keadaannya. Dan seminggu kemudian juga suaminya itu mula masukkan duit ke dalam akauannya. Mama kata Ked ada tanya tentang dia berada di mana. Tapi mama tak beritahu sebab permintaannya tak nak sesiapa tahu. Dia masih perlukan masa.

Dan mama kata sejak Ked tahu tentang diri dia selamat, Ked hanya mampu bertanya khabar dirinya melalui mama. Pernah abang Daus tanya kenapa tak cari ucu dan jawapan Ked "Aku terlalu kejam untuk muncul depan Irine dalam keadaan macam ni. Aku hanya akan jumpa Irine atas kerelaan dia sendiri."

Bukan dia tak tahu retaknya hati seorang suami. Tapi hati sendiri masih perlu diubati. Dan rasanya tiga tahun tu cukup untuk hati ni belajar untuk kuat menerima takdir Ilahi.

Dia masih ingat sampainya ke sini atas bantuan abang Hizami. Yang bawa dia untuk hilangkan segala lara di hati. Kali pertama dia jejak kaki ke sini itulah pertama kali juga dia kenal Jazz dan Nabhan yang masih baby. Waktu itu naluri seorang ibu masih menebal dalam diri hingga dia mengambil tindakan untuk jadikan Nabhan sebagai anak angkat. 

Jazz, seorang lelaki kacukan chinese sarawak kehilangan isteri selepas sehari melahirkan Nabhan. Kem ini juga jadi saksi kematian isteri Jazz. Mereka berdua sama-sama ahli jawatankuasa perlindungan kanak-kanak. Kiranya takdir membawa dia kesini untuk membahagi kasih kepada Nabhan yang kehilangan ibunya. Pada masa yang sama untuk merawat hatinya yang luka akibat kehilangan anak dalam kandungan. 

THUFF! bunyi tembakan saling berbalas kedengaran menyentak lamunan. Irine berdiri terkejut dan kelihatan di luar khemahnya anggota sukarelawan dan para doktor berlari menyelamatkan kanak-kanak untuk perlindungan. 

Bersambung... 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience