Part 32

Romance Completed 9639

"Tapi Irine..."

"Mummy, please?" Dia meminta kebenaran. Memang ni saja cara yang terbaik.

"Kak long?" Nasrul dan Wani serentak bersuara.

"Kak long tahu dan yakin kau orang akan bantu kak long." Dia pandang adik ipar kembarnya. Dia dah nekad lepas lama berfikir jalan penyelesaian.

"Mama ikut saja jika itu yang Ucu rasa terbaik."

Irine pandang mama di sebelahnya. "Mama..." Mama memang selalu tahu apa yang dirasakan anaknya.

"In sha Allah. Kami akan cuba." Naila bersuara mewakili keluarga Ked.

Irine tahan air mata. Dia tahu, semua orang menentang keputusan ni. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba dari tiada usaha. Walaupun cara ni belum tentu peratus kemenangan akan jadi miliknya.

"Kami ikut kata Irine." Mummy menepuk perlahan belakang Irine memberi semangat.

"Terima kasih mummy."

"Kalau macam tu, kami semua balik dulu. Esok kami datang melawat lagi."

Angguk.

Naila dan Wani memeluknya. "Cepat sihat kak long."

"In sha Allah." Irine mengukir senyum nipis.

Setelah semua pergi Irine memandang Tina yang masih tak berganjak. "Tina?"

"Kenapa mesti keputusan ni?" Dia berat sebenarnya untuk setuju.

Irine tepuk tilam yang dia baring, beri isyarat untuk Tina duduk di sebelahnya.

Tina menurut dan duduk.

Tangan Tina, Irine capai. "Kau kawan aku. Dan aku harap kau tolong aku. Bagi semangat dekat aku dan tak persoalkan keputusan aku."

"Tapi..."

"Aku tahu kau risau. Sebab tu kau kena doakan aku, agar keputusan ni adalah keputusan yang terbaik."

Angguk. Dah kalau tuan badan masih bekeras dengan keputusan, dia dah tak boleh buat apa melainkan berdoa agar sahabatnya ni dipermudahkan urusan.

Irine tarik Tina dalam pelukan.

"Kau kena kuat tau?"

"Mesti." Irine angguk. Dia kemudian leraikan pelukan dan lap air mata. "Sekarang, tugas pertama kau tolong bawa laptop aku, pensel case dan stiker note kat aku."

"Sekarang?"

"Ye la." Tak boleh lambat. Dia kena 'study' dari sekarang dan rangka strategi untuk sembuhkan penyakit Ked.

"Kau kan tak sihat lagi." Tina geleng. "Tak boleh. Esok la pun kalau kau nak bergerak aktif." Dia pandang wajah Irine merayu.

Irine tarik senyum. "Sekarang."

Tina buat muka. Dia bangun dan mengeluh berat. "Ye la.. mak cik degil!"

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ked bangun dari katil. Dia buka tingkap dan memandang ke luar. Kesibukan kota memang tak pernah hilang. Alhamdulillah dia masih hidup, Aman kata teruk juga dia kena langgar. Kuasa Allah kan, cuma itu la dia telah hilang memori untuk tiga bulan ni. Tapi tak ada apa yang berubah kan dalam tempoh tiga bulan tu?

Dia berpeluk tubuh dan menyerahkan pada angin menyapa. Mummy pun dah tak bising pasal kahwin lagi. Mungkin tak nak dia tertekan kot dalam keadaan macam ni. Ingatan dia hanya mampu sampai masa dia pergi ke Korea masa lari dari asakan mummy untuk kahwin. Entah bila dia sampai Malaysia pun dah tak ingat, macam mana dia kena handle kes pembunuhan bersiri. Aman kata dia perlu berehat dan tak payah risau tentang kes ni.

"Minta maaf."

Ked berpaling ke belakang bila mendengar seseorang menyapanya.

"Sekarang masa untuk fisioterapi. Sila ke bilik rawatan." Tina mengikut protokol. Ked, kau memang dah lupa pada kami? Lupa kenangan masa family day?

"Owh, yea. Terima kasih Tina."

Uh? Tina tergamam. Dia...

Ked angkat tangan dan tunjuk pada name tag yang tergantung di leher Tina. "Nama, Tina kan?"

Tina mengeluh dan angguk perlahan. Dia kemudian berlalu keluar.

Ked tengok Tina keluar dari bilik. Dia kenal aku ke? Memang la kenal, kau kan pesakit dekat sini. Dia tu doktor. Ked geleng  kemudian capai iphone atas meja dan berlalu keluar dari bilik ke bilik fisioterapi.

Iphone disimpan dalam saku baju hijau. Baju pesakit. Dia
kemudian pandang ke kiri kanan, dah kenapa doc dan nurse pandang dia semacam. Tak percaya sebab dia masih hidup lepas kemalangan hampir meragut nyawa tu?

"Tumpang lalu."

Ked berganjak ke tepi sampai tertekan pulas pintu bilik. Kaki dah separuh masuk ke dalam bilik pesakit lain. Dia pandang orang yang hampir melanggarnya tadi berlari tolak katil pesakit. Ada kecemasan la tu. Dia pusing ke belakang, baru sedar yang dia dah masuk bilik orang lain.

Gadis tu tertidur beralaskan tangan dan menutup muka di meja kecil atas katil. Ked menghampiri, tertarik dengan stiker note yang bertampal di meja, laptop yang terbuka dan juga di langsir. Ked tunduk melihat laptop.

'Ciri-ciri Amnesia dan rawatan.' Ked mengulang baca dalam hati. Gadis ni mengalami situasi sama macam dirinya. Dia berdiri tegak. Betul la, ujian Allah ni kita memang tak tahu kan. Pada sesiapa saja, sama ada sama atau berlainan.

"Encik Ked buat apa dekat sini?"

Ked berpaling terkejut. Nampak nurse tengah pegang barang rawatan.

Suzy memandang ke belakang Ked. Irine tengah tidur. "Bukan sepatutnya encik Ked ke bilik fisioterapi sekarang?" Bertanya pelik.

"Saya.. termasuk dalam ni tadi. Nak pergi la ni." Ked berlalu. "Maaf." Dia tunduk sedikit di depan Suzy sebelum melangkah keluar bilik.

Suzy hanya memerhati hingga Ked hilang dari pandangan. Dia dah ingat sesuatu ke?

Man menolak pintu bilik. "Kenapa Ked masuk sini?"  Dia pelik.

Geleng. "Tak tahu."

"Kau orang dah datang." Irine bangun pegang kepala. Tersedar lepas dengar suara orang bercakap.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience