Part 10

Romance Completed 9641

Ayam masak lemak cili api. Sayur kacang buncis campur carrot goreng. Sambal belacan dan air sirap ais. Ked pandang makanan tengah hai tu tak berkelip. Kali pertama Irine masak untuknya. Perut dah keroncong lepas bangun tidur tadi. Bau dia.... terangkat selera.

"Tak nak makan ke?" Irine letak pinggan nasi depan Ked. Tak ada ciri-ciri masakan yang dia suka ke?

Ked tersedar. Dia alihkan sudu. Makanan macam ni kena nikmati dengan tangan. Tak payah nak jadi orang putih sangat.  "Saya makan." Dia cedok ayam gulai dan sayur. Dia angkat kepala. "Awak tak makan sekali?"Dia tengok Irine yang duduk di depan.

Geleng. "Awak makan la." Siapa ada selera nak makan kalau orang yang penting dalam hidup nak rasa masakan yang dimasak buat pertama kali? Dada ni macam dah nak meletop sebab risau. Kepala pulak dah fikir macam-macam. Apa tanggapan Ked?

Dengan lafaz bismillah, Ked makan.

Irine tengok je wajah Ked yang tak beri riak. Sekurang-kurangnya buat la muka senyum kalau sedap. Kalau tak sedap buat la muka bekerut.

"Awak..." Ked minum air.

"Kenapa?" Dia bangun mengejut.

"Kenapa masakan awa...."

"Maaf." Irine bersuara dulu. Kedua tapak tangan digosok tanda minta maaf. "Saya tahu tak sedap. Nanti saya belajar betul-betul." Dia tak berani angkat wajah.

Ked mata bulat terkejut dengan tindak balas Irine. "Awak...?"

Irine angkat wajah.

"Awak kenapa?"

Muka kesian.

"Awak..." Ked tahan gelak. "Saya tak habis cakap lagi. Kenapa masakan awak ni sedap sangat?"

Huh?

Ked angguk. "Sedap. Awak berguru dengan siapa?"

Dan wajah Irine yang tadi keruh kini mengukir senyum nipis segaris. Alhamdulillah. Dia duduk sambil menarik nafas lega.

"Drama betul." Ked menggumam sebelum meneruskan makan. Dia menarik senyum tanpa sedar. Dalam diam bersyukur dapat isteri pandai masak ni.

"Awak....?"

Ked angkat wajah.

"Esok saya kerja, boleh? " Bosan duduk rumah. Kalau hari ni boleh tahan lagi sebab Ked ada. Itupun pagi tadi dah macam kutu gatal. Tak reti duduk diam. Tak tahu nak buat apa.

"Urm.."

Irine senyum. "Sayang awak sangat-sangat. "

Ked hampir tersedak dengar ungkapan tu. Mujur air dah lepas menuruni kerongkong.

----------------------------------------------------

"Betul ni awak okey?" Ked memandu tenang. Malam tadi dia dapat maklumat tentang kes yang dia tengah siasat. Jadi terpaksa pergi ke Kuantan. Faham je la tugas pendakwa raya macam dia ni sentiasa sibuk.

Irine angguk. "Bila awak pergi?"

"Petang lepas habis kerja." Ked pandang Irine sekilas. "Saya hantar awak pergi rumah mama. Awak duduk sana nanti saya datang ambik."

"Tak apa la, awak. Saya duduk rumah je." Tak nak la susahkan mama.

"Tak." Ked geleng. "Petang ni awak siap-siap kemas baju. Saya hantar sebelum terus pergi Kuantan.

Nak cakap apa lagi bila Ked dah keluarkan arahan macam tu.

"Lagi satu..."

Irine angkat wajah dari fail di tangan memandang Ked.

"Awak...." Rasa macam bersalah pulak cakap macam ni. Lagipun dia betul belum bersedia. Rasa ngilu lubang telinga dengar.

"Apa?"

Ked pandang wajah Irine. "Tak ada apa la." Tak sampai hati nak luka kan Irine dengan permintaannya. Lagipun dia isteri. Dan isteri berhak nak panggil 'saya sayang awak' kan? Dia geleng. "Saya datang ambil awak awal hari ni." Dia berhenti depan pintu utama hospital.

"Okey." Irine keluar dari perut kereta. Dia hulur tangan nak bersalam.

Ked sambut huluran tangan tu.

Irine tutup pintu kereta. Dia melambai ke arah Ked. Eh! Lupa... Dia buka balik pintu kereta.

Terangkat kening Ked bertanya. Hairan.

"Lupa nak cakap." Irine senyum. "Saya sayang awak."

Dan Ked kaku tak bergerak walaupun Irine dah tak kelihatan depan mata.

-----------------------------------------------------

Irine ketawa. Dia menekan perut menahan senak sebab banyak gelak.

Muka Ked ketat semacam je. Di bahan gelak ke aku.

"Awak ni...." Irine geleng. "Bukan mati pun saya cakap saya sayang awak." Dia rasa lucu. Tak ada rasa nak marah pun sebab Ked tak bagi dia cakap 'saya sayang awak' lagi.

"Saya takut awak tahu tak." Ked tak nak kalah. Dia ingat lepas bagitahu macam ni Irine akan marah. Ewah, elok gelakkan aku.

"Awak takut apa?" Huh? Irine pandang sebelah. Dia cuba nak serius dengan perbualan ni.

Ked balas pandangan Irine lama sebelum kembali memberi tumpuan pada pemanduan. "Saya..."

Irine menunggu. "Saya...?"

"Saya takut awak menaruh harapan tinggi pada saya." Bukan ke mereka berdua dah berbincang tentang soal hati dan perasaan ni. Dia minta Irine bagi dia masa. Lagipun... Telefon dalam saku tiba-tiba bergetar dan berbunyi tanda ada panggilan.

"Jawab la dulu panggilan tu." Irine masih memandang wajah Ked.

Ked keluarkan iphone5. Tertera nama Ina. Dia menimbang sama ada nak menjawab atau tidak.

Ina? Irine pandang skin telefon Ked.  "Tak nak jawab?"

"Tak penting pun." Ked matikan panggilan.

"Mana tahu ada hal mustahak ke?"

"Perbincangan kita lagi penting." Ked membelok ke kanan. Dah masuk taman perumahan mama.

Irine senyum. Maknanya dia lagi penting dalam hidup Ked. Suka... suka.... suka... nak lompat tinggi sampai langit boleh?."Tak nak." Dia berpeluk tubuh. "Saya tak buat salah pun. Saya dapat pahala ada sebab saya sayangkan awak." Suami sendiri kan.

"Awak..." Ked berhenti depan rumah.

"Saya tak nak." Irine capai beg tangan. "Tolong keluarkan beg?"

Ked buat muka. Sejak bila kau mula berlembut dengan perempuan ni? Sejak gadis ninja nama Irine ni jadi isteri. Dia merungus sambil keluar kereta.

Irine tahan senyum. Ala comel buat muka macam tu... Dia ikut Ked ke bonet kereta.

Bagasi beroda tu diletak ke bawah. "Sebagai denda...." Ked pandang Irine.

Uh?Irine terangkat kening. Apa?

Beg beroda tu ditolak ke bawah bukit. "Sebab lawan cakap suami."

"Awak...!!!" Irine menjerit geram tengok begnya meluncur perlahan menuruni bukit.

Ked ketawa. "Jumpa nanti." Dia masuk kereta.

Irine mendapatkan beg. Mujur la bukit ni tak tinggi. Dia berpaling sambil ketap bibir memandang kereta suaminya berlalu pergi. Eeeee.....

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience