"Awak tinggal sini? Ked pandang tangga ke tingkat atas kedai Bakery Mango.
"Yup." Irine angguk.
"Awak tak rancang duduk sini buka kedai dan kerja dekat syarikat sebab nak jumpa saya kan?"
Irine gelak.
Ked senyum. Tak kan la, kebetulan je ni.
"Memang saya buat plan bagus pun, amacam?" Irine angkat kening dua kali.
Senyuman Ked mati. Dia pandang Irine yang menatap wajahnya.
Air mata Irine dah di hujung tubir. Pandangan Ked ni memang dia rindu. Sangat.... sangat rindu.
"Kenapa awak sayang saya?"
"Sebab awak dari tulang rusuk saya."
Irine tunduk betulkan beg di tangan. Mengelak dari bertentangan mata dengan Ked. "Terima kasih untuk makan malam tadi."
Ked sandar dekat bonet kereta depan. "Bila awak nak belanja saya makan?"
Huh? Irine angkat kepala memandang Ked. Dia salah dengar ke?
"Ye la, denda sebab buat saya bimbang tadi." Apa kau cakap ni Ked? Tapi mulut tak nak ikut fikiran akal.
"Denda?" Kening Irine bekerut.
"Awak ni memang suka lawan cakap saya kan?" Ked berpeluk tubuh membelakangkan peti ais.
"Apa?" Irine buat muka tak bersalah. Padahal dah berapa kali Ked larang dia minum ais lewat malam. Degil juga, sekarang kantoi depan mata.
"Awak ni kena denda."
"Denda lagi?"
"Sebab lawan cakap suami."
Air mata Irine gugur ke pipi. Cepat-cepat dia lap kedua pipi dan Irine memaksa ketawa. "Yea, mestilah saya kena denda."
Ked terkejut dengan air mata yang mengalir tu. Dia sendiri rasa sebak entah kenapa. Denda? Macam sesuatu yang sangat 'rapat' dengan nya. "Awak okey ke?"
Angguk. "Mesti la okey. Awak nak makan apa?" Peluang dah dapat kan. Bibir mengukir senyum nipis.
"Nanti saya bagi tahu. Awak naik la rehat." Ked berdiri tegak dan keluarkan kunci kereta dari saku seluar.
"Selamat malam." Irine ukir senyum sambil mengundur ke belakang.
Ked turut berpaling ke arah pintu pemandu.
"Saya sayang awak."
Tangan yang nak buka pintu kereta terhenti. Ked berpaling ke belakang.
Irine dah berjalan menaiki tangga ke tingkat atas.
'Saya sayang awak?' Ked kaku. Dia ketawa kemudian sambil geleng kepala. Eh? Kau dah kenapa suka Ked? Ada perasaan lain ke? Ked, jangan buat hal. Pintu kereta dibuka.
Irine pandang dari tingkat atas kereta Ked berlalu pergi. 'Saya sayang awak. Sayang sangat... sangat.'
Pintu bilik dibuka. Beg tangan dicampak atas katil. Irine terus ke peti ais dan keluarkan kotak soya. Gelas dicapai dan kotak air batu dibuka, baru nak cedok terhenti.
"Awak jangan minum ais lewat malam."
Suara dan arahan Ked masih bergema tepi telinga dan terfikir dalam kepala. Kotak ais ditolak masuk dan peti ais ditutup. Kepalanya rebah di pintu peti ais. 'Awak, awak ada depan mata saya. Tapi awak tak kenal saya.' Rasa sayu hati sangat tanpa sedar air matanya mengalir deras.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ked keluar dari bilik air dengan tuala masih tersangkut di bahu. Hujung tuala dibuat lap rambut yang basah. Dia kemudian berlalu duduk di katil sambil sebelah tangan capai iphone.
Pandangannya kaku pada wajah ninja yang mula beranak air mata. Ninja nangis? Masa tu rasa hati macam pedih sangat.
'Terima kasih untuk makan malam tadi'
Masa dia dengar kata-kata tu, rasa macam separuh dari luka jadi makin dalam. Entah kenapa. Lepas tu...
'Bila awak nak belanja saya makan?' Ajakan itu memang spontan. Diri sendiri terkejut dengan apa yang dibuat. Aku suruh ninja belanja makan? Bukan sebelum ni cakap tiada pertemuan lain? Apa ni Ked?
Wajah Ninja terkejut tapi nampak gembira dan hati pun suka.
Ked campak iphone ke belakang dan dia rebahkan diri baring dengan tuala dibuat tutup muka. Tidur la Ked, mata di pejam rapat.
'Saya sayang awak.'
Darah rasa menyerbu ke muka. Panas tiba-tiba. Esok kerja Ked!!! Tangan capai bantal dan tuala dekat muka diganti dengan bantal atas muka.
Wani dengan Nasrul perlahan menutup pintu bilik Ked. Penat mengintai. Keduanya saling pandang kemudian joget gembira.
"Kak long berjaya pertama kali." Wani hampir je nak menjerit.
Nasrul sandar dekat tangga. "Kak long kawasan kan." Dia angkat kening sambil tersenyum.
"Macam mana?"
Serentak Wani dengan Nasrul berpaling ke belakang. Daddy dengan mummy pun tak tidur lagi?
Daddy masih dengan muka berteka teki.
"Ada perkembangan?" Mummy bertanya risau.
Sebenarnya semua tak boleh tidur bila daddy bagi tahu pasal Abang long Ked keluar makan dengan kak long Irine.
"Bereh." Nampak gaya abang long tak tidur lena malam ni.
Dan senyuman mereka menandakan sesuatu yang baik akan berlaku seperti sedia kala. Sebab bila Ked dah mula suka dekat Irine, settle la masalah.
Pintu bilik tiba-tiba terbuka.
Hampir je Nasrul jatuh tangga lepas nampak abang long Ked di muka pintu.
"Ada mesyuarat apa ni?" Ked bekerut kening.
"Mana ada mesyuarat apa, kami baru lepas tengok movie salman khan selamatkan budak perempuan Pakistan."
Daddy tukang cover line.
"Hah? Tak nampak ada dekat depan pun tadi?" Betul, masa dia masuk rumah tak ada pulak dengar suara tv. Pelik.
"Mana nak perasan, kalau balik terus je jalan masuk bilik." Mummy tolong bantu.
"Argh!" Nasrul menguap dan menggeliat. "Masuk tidur dulu." Dia berlalu melepasi Ked ke biliknya.
"Daddy dengan mummy pun." Mereka berlalu ke bilik yang pertama.
Wani sengih pandang abang long Ked. "Kenapa tak tidur lagi?" Sebab teringat dekat kak long Irine ke? Dia tahan senyum.
"Along nak buat susu tadi."
"Tak apa, Wani tolong buatkan." Wani turun tangga. "Wani pun nak buat Nescafe. Malam ni nak siapkan menaip."
Kening Ked terangkat. Lain macam je, ke perasaan aku?
Bersambung...
Share this novel