Part 44

Romance Completed 9639

Ked pandang Irine yang leka makan aiskrim.

Irine lap hujung bibir dengan belakang telapak tangan. Tiba-tiba teringat masa dia makan aiskrim dengan Ked dan ada pepatung jadi 'tetamu' rumah mereka malam tu. Aiskrim con coklat diturunkan dari mulut.

"Apa yang jadi tadi?"

Uh? Irine beralih pandang Ked.

"Awak buat apa sampai baju ada darah?"

Irine betulkan duduk pandang Ked. "Tadi masa saya tunggu awak, ada pasangan suami isteri ni dalam umur 50 lebih. Diaorang baru sampai sini dan sesat. Masa pak cik tu tengah tanya dekat saya jalan ke rumah anak dia, tiba-tiba isteri dia batuk berdarah. Sebab tu terkena dekat baju saya."

"Batuk berdarah?"

Angguk. "Rasanya mak cik tu ada masalah dalaman. Bila terlalu banyak berjalan, menyebabkan haba panas dari dalam badan." Dia pandang depan. "Lepas tu saya telefon kecemasan. Mereka hantar ambulans, lima minit lepas tu awak sampai."

Ked terangkat kening memandang wajah Irine.

"Kenapa?"

"Awak ni dulu belajar medik ke?"

Huh? Irine kaku sebelum dia ketawa paksa. "Saya kan berkawan dengan doktor, mesti la tahu serba sikit pasal medik ni."

Pandangan Ked masih tak beralih.

"Jom, saya lapar." Irine bangun berdiri.

"Awak tak makan lagi?" Ked pun turut bangun.

"Bila masa saya nak makan?"

Ked soalan kau pun. Dia habiskan aiskrim yang tinggal sikit. "Awak nak makan apa?" Anggap la ni sebagai tanda minta maaf sebab marah dia tadi.

Irine habiskan hujung aiskrim con. "Saya nak makan makanan korea." Lapar sushi dengan bibimbap. Argh! Fikir je pun dah terliur.

"Dekat mana tu?" Aku ni mana la reti makan makanan Korea ni.

"Awak drive je, saya tunjuk jalan." Irine melangkah menghampiri kereta Ked.

Ked mengeluh. Untuk malam ni je, Ked. Lepas ni kau dengan ninja dah tak ada berhutang apa-apa dan boleh tamatkan hubungan yang kurang pasti ni. Kawan bukan, kekasih jauh sekali.

"Awak?"

Matanya berpaling pandang Irine. Lama sebelum dia turut berjalan ke arah kereta.

Dalam perjalan kedua-dua nya senyap. Hanya tangan Irine berfungsi sebagai petunjuk arah. Sedang dia leka memandang ke luar, dia terpandang court bola keranjang tempat dia selalu lepaskan tension dengan Ked bila masing-masing tertekan dengan kerja. Selalunya malam la yang jadi rutin pun.

"Dulu, kali pertama saya jumpa lelaki yang saya suka dekat court UKM." Irine buka cerita. Dah sibuk sangat nak tahu kan. Kedua tangan masih memegang bola keranjang.

Ked berpeluk tubuh memandang Irine yang berdiri tak jauh darinya.

Pantas bola dekat tangan Irine melayang ke arah Ked. Dan disambut cekap oleh suaminya itu. "Macam tu la kali pertama saya jumpa dia." Irine menghampiri. "Lelaki tu baling bola ke arah saya dan datang ajar saya"

Bola dekat tangan Ked dilantun atas court dan dibawa ke depan sebelum Ked melompat dan masukkan bola dalam jaring. Ked pusing ke belakang dan sambut bola dengan satu tangan. "Tapi saya lagi hebat kan"

Irine senyum. "Yea, suami saya lagi hebat." Dia akui itu ..

----------------------------------------------------------------------------------------------

"Saya nak pesan bibimpap dua, tapi yang satu tu tak nak letak sotong jeruk." Irine masih pandang menu atas meja. "Tambah satu set sushi." Dia angkat wajah memandang pelayan.

"Minum?"

"Carrot laici" Ked bagi menu pada pelayan.

"Sama." Irine pun turut hulur menu pada pelayan sebelum dia pandang Ked.

Ked perasan pandangan ninja depan ni, tapi dia sengaja buat tak tahu. Sibuk dengan iphone di tangan.

Irine tongat kepala memandang suaminya. Teringat masa kali pertama mereka keluar bersama. Dekat restoran ni la, sengaja dia bawa Ked datang untuk menarik perhatian. Waktu tu...

"Awak memang suka buat muka comel ea?"

Uh? Irine berhenti mengunyah sushi dalam mulut. "Mana ada." Dia menarik senyum. "Saya comel ke?"

"Awak buat gaya ni dengan lelaki yang awak suka dulu?"

Irine hampir tak tertelan sushi dalam mulut. "Apa?"

"Mesti awak dah tunjuk kecomelan awak pada dia." Ked masih bersandar pada kerusi memandang wajah Irine.

Tangan kanan menepuk mulut. "Kalau saya tahu nak jadi macam ni, saya tak patut cerita dekat awak." Kalau bukan sebab Ked desak dia nak tahu pasal kisah silam, dia pun asyik sangat bercerita, sampai tak sedar suaminya itu tak selesa. "Jangan la risau, lelaki tu tak tahu pun saya suka dia."

"Tapi saya tahu awak suka dia."

Irine letak sudu dalam pinggan. "Awak..."

"Kenapa mesti awak cerita pasal lelaki tu beria-ria sangat?"

Ini nak cari gaduh ke kenapa? Memang la dia akui ada la juga tambah cerita, nak bagi Ked cemburu. Tapi tengok tak ada reaksi pun. Ke baru hari ni, Ked luah apa yang dia pendam pasal cerita dia suka lelaki dekat universiti dulu tu? "Okey, saya sebenarnya nak buat awak cemburu." Jujur.

"Tapi saya tak cemburu." Dengan wajah tenang.

Irine pandang wajah Ked. "Awak suka saya tak?"

"Mestilah suka."

"Kenapa awak tak cemburu langsung?"

"Sebab awak pun suka saya." Ked pandang mata Irine.

Tergamam sebelum bibir Irine menarik senyum. Lega dengar komen Ked.

"Awak dah sampai mana?"

Irine tegakkan kepala memandang Ked. Jauh dia mengalamun rupanya.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience