"Eh!" Irine menjerit bila kaki terasa di hujung bangunan tempat Ked bekerja. Nak lari dari pergaduhan anak-anak buah Ked dengan samseng yang cuba melarikan diri. "Arhh!!"
Ked sempat menendang lelaki yang menghampiri dari depan dan memandang Irine yang hampir jatuh. Berlari dia mendapatkan Irine yang dah hilang dari pandangan. Tanpa fikir panjang dia turut melompat dan cuba dapatkan Irine.
'I guess we weren't meant for each other in life.'
Dtum!! Guruh berbunyi dan kilat sambung menyambung. Hujan masih lebat kedengaran.
Irine tersedar. Dia duduk dari baringnya. Astarfirullah, dia meraup muka. Kenapa kebelakangan ni selalu dapat mimpi yang bukan-bukan. Itu memang tanda dia tengah stress dengan masalah dalam kepala. Dikerling jam atas meja. Pukul tiga pagi. Tadi petang sampai rumah Jazz dan Nabhan belum jumpa papa dengan mama. Katanya nak datang esok, hari ni biar dia berehat dulu. Allah kejut solat tahajjud, kaki turun dari katil. Dalam situasi macam ni, diri lebih perlukan Allah daripada manusia.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ked masukkan kedua tangan dalam saku seluar. Hari tu dia ada pesan pada Uda, kalau Irine dah sampai rumah beritahu dia. Sebab mereka masih ada hal yang belum settle. Dan sekarang dia dah pun berada di rumah papa dengan mama.
Daus berpeluk tubuh berdiri sebelah Ked. "Kau dah fikir panjang?"
"Kalau itu pilihan ucu, saya akan tunaikan."
Sekarang ni dia memandag Irine dan Jazz yang duduk di pangkin depan laman rumah. Nabhan bermain dengan anak-anak Uda.
"Apa yang kau sedang lakukan ni, Ked?" Daus berpusing menghadap Ked.
"Saya sedang berikan harapan pada orang yang saya cintai." Ked berpaling memandang Daus.
"Kau memang rasa apa yang kau buat ni betul?"
Ked senyum kecil. "Pilihan betul dan salah adalah dalam kebesaran Allah." Kepala dia mendongak ke langit. Kuncinya cuma Thiqahbillah. Yakin pada Allah.
Daus turut memandang langit. Ya Allah, berikan keputusan yang tepat untuk kehidupan adiknya.
"I tak boleh ikut you, jazz."
Jazz angkat kepala dari tunduknya melihat ikan-ikan dalam kolam buatan manusia.
"Buat seketika cinta Nabhan buatkan I lemah dan pentingkan diri. I terlupa, Ked memegang tangan I bila I sendirian. I tak boleh lepaskan tangan dia sekarang."
Wajah Irine direnung lama.
Irine bangun dan berjalan menghampiri kolam. "Ked memang ada sakitkan hati I, dia memang ada buat salah dengan I. Dia pun kelihatan biasa dalam penampilan dan kerjanya. Dalam segala hal, dia seorang biasa." Berbanding dengan Jazz dia akui suaminya dengan Jazz memang jauh beza. "Tapi dia suami I."
Jazz kaku dekat tempatnya berdiri.
Perlahan Irine pusing ke belakang. "Ya, Jazz. I nampak suami I dalam jawapan istiqarah. Ada kemungkinan untuk tinggalkan orang lain yang tiada hubungan dengan kita, tapi siapa yang sanggup tolak jawapan dari Allah? Kemana saja I lari, Allah akan tetap berikan jawapan yang sama. Dan di mana ada suami I, Jawapan I akan berada di sana." Mata terasa hangat. "I tak boleh tinggalkan suami I, Jazz." Air mata Irine gugur juga akhirnya. "I am sorry, please forgive me."
Nabhan menghampiri Irine. Irine tunduk memandang wajah Nabhan, "Umi minta maaf sayang. I am sorry." Dia mencium kedua pipi Nabhan dan berlalu masuk ke dalam rumah.
"Umi!" Nabhan panggil Irine namun tiada balasan. "Umi..!!" Nabhan nak mengejar.
Laju tangan Jazz memegang lengan Nabhan. Air matanya sendiri bergenang. Dia memandang Nabhan dan menggeleng kepala.
Daus dan Ked yang dengar jeritan Nabhan berpaling memandang apa yang berlaku. Nampak Irine masuk ke dalam rumah, Daus mengejar dari belakang. Ked masih memerhati Jazz yang sedang memujuk Nabhan.
Jazz lap air mata dan dia berpaling memandang Ked sambil mendukung Nabhan. Perlahan dia atur langkah memasuki dalam rumah.
Nampak Irine dekat tangga sedang menangis dalam dakapan Daus. Semua yang lain masih tak faham situasi apa yang berlaku.
"Mak cik, Pak cik. Saya balik dulu. Terima kasih sebab bagi layanan yang baik pada kami." Dia memandang Nabhan sekilas kemudian kembali memandang mama dan papa Irine. "Terima kasih juga sebab bagi anak saya merasa ada seorang atuk dengan nenek." Yea, dia dan arwah masing-masing dari rumah anak-anak yatim. Jadi mereka membesar dan berkenalan untuk saling melengkapi.
Mama Irine mendekati Nabhan dan mengambilnya dari dukungan Jazz. "Nenek sayang kamu."
"Nabhan pun sayang nenek, atuk, papa. Umi pun lagiiii banyak sayang.."
Irine berpaling ke belakang. Terasa hati dengar Nabhan cakap macam tu. Ya Allah, kuatkan hati ini. Dia tahu, lepas ni untuk jumpa Nabhan mungkin ya atau mungkin tak. Nabhan akan jauh darinya di Sarawak.
Jazz memandang Irine. "You know Irine, I always wanted to see that love in your eyes...that i have in mine. Hari ni I dah jumpa, tapi itu bukan untuk I. You ni gila Irine, you selalu mencintai dia. Sejak you tahu bercinta, faham cinta. You hanya mencintai dia. Ked adalah cinta pertama you."
Ked muncul dan berdiri di belakang Jazz.
"Dan tiada sesiapapun yang akan faham tentang cinta pertama sebagaimana I faham." Macam kisah dia dengan arwah isterinya. "You nak tinggal Ked hanya sebab nak jadi ibu Nabhan?" Jazz geleng kepala. "I tak begitu kejam untuk tahan you dan Nabhan untuk berjumpa. Bagaimana I boleh jadi penghalang cinta seorang ibu pada anak?"
Air mata Irine tak berhenti mengalir dengar pengakuan Jazz. Rasa bersalah malah pada masa yang sama rasa terima kasih atas persahabatan ni.
Jazz pusing ke belakang memandang Ked. "Lagipun, ada ramai lagi orang di sekeliling I. Mana boleh I berseorangan, kan?"
Ked menghampiri Jazz.
"Aku minta maaf."
Ked geleng. "Kau dah jadi sahabat aku."
"Tengok you, I tak kehilangan seseorang. Tapi I dapat sahabat yang baru."
Bibir Irine mengukir senyum.
Ahli keluarga yang lain turut menarik nafas lega.
Nabhan berlari mendakap Irine. "Umi jangan nangis, nanti Nabhan dah besar. Nabhan belajar silat, Nabhan pukul siapa-siapa buat Umi nangis."
Ketawa pecah memenuhi ruang tamu mendengar celoteh Nabhan.
Irine menarik hidung Nabhan. "Ye la, dah besar kena la jadi hero umi."
"Macam Hulk?"
Ketawa Irine meletus. Dia menarik Nabhan dalam pelukan.
Jazz memandang Daus yang menghampirinya. Ked pulak menghampiri Irine.
"Terima kasih sebab buat keputusan yang betul." Daus menepuk perlahan bahu Jazz.
"Na.. Aku ingat, aku kalah dengan Ked. Sebenarnya aku telah kalah pada percintaan mereka."
Daus senyum. Cinta ucu yang diperjuang dari dulu.
Bersambung...
Share this novel