Part 69

Romance Completed 9641

"Do you still refuse to accept my love?" Jazz memandang Irine.

Geng samseng Jazz mengepung.

Irine geleng kepala. "There's someone else who resides in my heart. So i have no room in my heart for you, Jazz."

"Even if I Kill you?"

"Even if you kill me... There's nothing i can do."

Ked berlari dekat kereta dan berhenti memerhati keadaan. Nampak kelibat Irine yang terduduk di depan Jazz di sebalik dinding.

"Kamu semua dah sedia?" Ked bertanya setelah beberapa orang anak buahnya sampai di belakang.

"Yea, tuan!"

Ked berpaling memandang Irine dari jauh. "Irine, wait just a little while. I coming to save you."

Pintu gerbang ditolak kasar. Jazz dan yang lain terkejut melihat Ked dan juga bersama pengikutnya.

Irine berpaling melihat Ked. "Suami saya..."

Jazz menghampiri Ked dan aksi pergaduhan berlaku. Saat pergelutan tu Jazz dan Ked serentak berpusing cuba lepaskan diri dan Ked keluarkan pistol terus acu ke wajah Jazz.

Kaku.

Irine bangun dan menghampiri Ked dan Jazz.

"Kill me." Jazz mencabar.

Mata Ked memandang wajah Irine. Serta merta dia turunkan tangan dan pistol ke bawah. "It's time for you to back down."

"I'd rather that you kill me." Jazz turut berpaling memandang Irine. "Jika benar ada tujuh kehidupan, i cannot attain your love in this life... I will attain your love in the next life."

"Jika wujud tujuh kehidupan pun.. In this life or next.. I have no love to give you. The only one for me..." Irine berpaling memandang Ked. "...is my husband."

Ked memandang wajah Irine penuh kasih.

Jazz break mengejut.

Irine tersedar dari lena. Mengucap panjang dia bila terjaga dan cepat-cepat dia memandang sekeliling.

"You okey?" Jazz bertanya risau. "Sorry ganggu lena you, kereta dekat KL ni memang pakai jalan je. Tak sempat nak elak."

Dada Irine masih bedebar. Situasi dalam mimpi tadi macam dalam alam realiti.

"You?"

Irine berpaling ke arah jam di tangan. "You, kita berhenti solat zohor dulu."

Angguk. "Okey"

--------------------------------------------------------------------------------------------

Irine selesai berdoa dan dia melipat telekung. Rasa tenang hati lepas dapat mengadu dengan Allah segala masalah. Rasa sedih yang bertandang tu dah jadi pil kekuatan.

"Irine?"

Kening Irine bekerut. Tangan terhenti dari melipat sejadah. Suara tu macam kenal. Dia berpaling ke belakang melihat gerangan orang yang menegurnya.

"Betul la Irine." Dia besuara teruja.

"Ina..."

Ina hulur tangan bersalaman. "Lama tak jumpa Irine, apa khabar sekarang?"

"Alhamdulillah sihat." Matanya sempat memandang Ina yang ada perubahan ketara, terutama pada bahagian perut. "Mengandung berapa bulan?"

"Baru nak masuk lima bulan. Anak kedua." Ina duduk bersimpuh depan Irine. "Anak pertama dengan husband, kita orang gilir-gilir solat." Dia senyum. "Irine dari mana ni? Dengan Ked?"

Soalan Ina buatkan dia susah nak jelaskan. Dia hanya geleng, "Dari Perak nak balik Kl. Dah dapat tukar tempat kerja."

Nada Irine, Ina dapat tangkap ada sesuatu yang tak kena. "Irine masih dengan Ked?"

Kepala diangkat memandang wajah Ina. "Irine ada jumpa dia baru-baru ni.."

"Dia pujuk Irine?"

Angguk.

"Lepas tu kenapa..." Katanya terhenti bila Irine memegang tangannya.

Air mata Irine bergenang. Dia ceritakan segala masalah yang bermukim di minda.

Ina mendegar penuh perhatian.

"Perasaan ni hanya Allah je yang tahu, Ina." Irine lap air mata. "Rasa bersalah dan rasa berdosa pada suami sendiri." Air mata mengalir laju lagi. "Apa Irine nak buat sekarang?"

Tangan kanan Ina mendarat di pipi Irine. Dilap perlahan mutiara yang jatuh tu memberi semangat. "Irine jangan lupa kita ada Allah kan? Yang penting sekarang doa, doa tu kunci untuk segala jawapan. In sha Allah, Allah bantu."

"Terima kasih, Ina. Dan sorry sebab dah ambil masa you untuk dengar cerita I."

"No hal la." Ina menepuk-nepuk perlahan tangan Irine dalam pegangan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Bangunan dekat depan ni Irine pandang lama. Akhirnya dia kembali ke sini. Kembali untuk menabur bakti untuk sekian kalinya. Nabhan dan Jazz menunggu di dalam kereta. Dia singgah ke sini sebelum balik rumah papa sebab nak serahkan fail kembali bertugas dan nak jumpa Tina terutamanya.

Kaki melangkah masuk melepasi wad kecemasan. Dari jauh nampak kaunter dekat depan mata dah bertukar colour. Bukan setakat colour, dengan tuan yang jaga kaunter pun dah bertukar. Dan nampak...

"Pening la. Berapa kali nak pesan kalau bukan dalam situasi kecemasan jangan call. Ingat Doc suka-suka ke nak rehat?"

Irine senyum. Tina tengah membebel apa sambil mendekati kaunter.

"Lepas tu sikit-sikit tanya benda yang simple. Urgh" Tina letak kepala atas kaunter. "Cuba belajar yakin dengan diri sendiri."
"Doc Tina?"

"Apa lagi!" Tina berpaling ke belakang.

Senyuman Irine ukir pada sahabat dekat depan ni.

Tina kaku. Dia bukan bermimpi kan. Depan ni betul-betul Irine kan? Perlahan dia berjalan menghampiri Irine dan teragak-agak tanganya menyentuh bahu Irine.

"Aku la ni, Irine."

Air mata Tina bergenang. "Betul, Irine." Dia memeluk Irine erat. Rindu, tiga tahun tanpa khabar berita. Hari ni sahabat ni muncul depan mata.

Irine membalas pelukan Tina. "Rindu kau."

Kepala Tina angguk laju. "Rindu kau juga." Dia leraikan pelukan. "Kau memang jahat kan, tinggal aku tiga tahun tanpa berita."

"Sekarang aku dah ada depan mata kan." Dia memujuk.

Tina cebik. "Apa mimpi datang sini?"

"Ada kerja sikit, lepas tu mestilah nak jumpa sahabat aku ni." Dia ukir sengih. "Yang kau ni aku ingat sepanjang ketiadaan aku, kot la berubah sikit. Ini tengok makin banyak pulak membebel. Kau bebel apa tadi?"

"Mana aku tak mengamuk Irine. Budak-budak praktikal tu la punya hal. Ada ke hal kecik je dia call aku cakap kecemasan. Yang aku ni tengah syok berehat kat dorm kelam kabut berlari tengok apa masalah."

Ketawa Irine pecah. "Diaorang gabra la tu tak tahu nak buat apa. Kau ni pun, macam tak biasa jadi budak praktikal. Dulu pun kau sama je, kan."

"Aku lain. Budak-budak sekarang manja terlebih. Semua nak orang tolong, kena ketuk sekali baru jalan. Kalau tak..." Dia geleng dan berpeluk tubuh melepas geram.

"Manja sangat ke?" Irine terangkat kening. "Tak apa, lepas ni kita tengok manja diaorang jadi apa."

Tina bekerut kening. "Jangan cakap kau... "

"Yea, betul la tu apa kau fikir. Aku dapat surat tukar ke sini." Teruja dia memberitahu.

"Aaaaa!!!" Tina menjerit gembira.

Ketawa Irine pecah. Rindunya dengar kau jerit, Tina.

"Kita tengok sikit apa jadi pada budak-budak praktikal bila singa masuk kerja." Tina angguk yakin. Dalam kepala dah bayang apa yang akan terjadi.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience