Part 8

Romance Completed 9639

Irine mengeliat kecil. Mata di buka dengan tangan capai samsung bawah bantal. Pukul berapa dah ni? Lima setengah! Allah, dah nak masuk waktu subuh. Dia cuba bangun. Badan rasa menggigil. Eh? Dia pandang Ked yang tidur atas kerusi. Dia teman juga? Lama dia terdiam sebelum mengikut senyum nipis. So sweet...

"Awak...?" Dia memanggil perlahan.

Ked tak bergerak.

Mesti sakit badan tidur atas kerusi tu. Irine diserbu rasa bersalah. "Awak...?" Kali ni dia kuatkan sedikit suara.

Tiada reaksi.

Tangan menampung badan yang bergerak bangun duduk. Lena sangat tidur ni. Dia sandar penat. Macam mana nak pergi hospital hari ni, kalau baru bergerak pun dah letih. Dia mengeluh. Perlahan dia turunkan kedua kaki. Tangan kanan capai meja menahan diri kalau-kalau terjatuh masa bangun. Yeah! Akhirnya dapat berdiri.

"Awak..!" Dia menjerit kecil.Kali ni kalau tak bangun memang kena simbah air.

Huh? Ked pandang Irine yang berdiri di depannya. "Kenapa awak? Sakit?" Dia turut bangun.

Irine senyum. "Tak la. saya kejut awak dari tadi tak bangun-bangun." Dia menapak melepasi Ked. "Dah nak masuk waktu ni." sempat dia memberitahu.

"Subuh?" Ked pandang jam atas meja. Betul la. "Awak larat tak ni?" Dia tengok Irine berlalu capai tuala ke bilik air.

"Subuh dua rakaat je."

Ked mengikut dari belakang. Jalan pun macam orang duduk dalam kapal yang kena langgar ombak. "Okey tak ni?" Dia bekerut kening.

Irine berhenti depan pintu bilik air. Dia berpaling ke belakang. "Kalau saya tak okey pun, tak kan awak nak temankan saya mandi?" Terangkat kening.

Huh? Ked baru tersedar. "Eh.. tak...tak..."

"Dah... pergi mandi. Solat." Irine tutup pintu bilik air.

Lambat lambat Ked melangkah keluar bilik. Irine tak boleh pergi kerja macam ni. Kena berehat dekat rumah. Dia dah buat keputusan.

Sepuluh minit kemudian...

"Awak..." Ked ketuk pintu bilik Irine.

"Masuk je awak." Irine tengah bentang sejadah. Dia dah siap siap bertelekung. "Dah solat?" Dia tanya Ked.

Ked bentang satu lagi sejadah depan sejadah Irine. "Awak sembahyang dengan saya." Nanti pengsan, risau pulak aku. Dia buat muka selamba meski dalam hati dah rasa berdebar dengan pandangan Irine. Ninja ni buat dah....

"Awak sayang saya sebenarnya, kan?" Irine tahan senyum.

"Sembahyang." Ked dah bersedia angkat takbir.

-----------------------------------------------------

Irine capai beg tangan atas kerusi study. Dia pandang bilik sekilas. Okey dah kemas. Bagi doktor macam dia keadaan rumah dan bilik memainkan peranan penting. Sebab kalau dah seharian dekat hospital yang sesak tu, balik mesti nak tengok suasana yang mendamaikan. Baru la tak sakit kepala. Tombol pintu dibuka.

"Ked! " Irine terkejut. Ked berdiri depan pintu. "Awak... jangan la buat macam ni lagi. Terkejut saya." Dia betulkan lab cot dekat tangan.

Eleh... dia terkejut kan suami sendiri boleh pulak. "Awak tak payah pergi kerja hari ni."

"Saya sihat la awak." Betul. Jalan pun dah tak macam kelasi mabuk.

"No..." Ked bagi kata putus. Dia betulkan tai dekat leher dan berlalu pergi.

"Awak..." Irine mengejar dari belakang.

"Tak boleh." Ked capai beg pejabatnya dari kerusi tepi tangga.

"Mana boleh ambik MC, awak." Irine tak tipu. Dia dah lama cuti bulan ni sebab uruskan persiapan kahwin. Lagipun pesakit ada banyak lagi yang dia kena tengok.

Ked berhenti tengah tangga. Irine yang mengikut dekat belakang hampir mencium belakang badan Ked. Nasib baik sempat berhenti.

"Awak lawan cakap suami?"

Irine buat muka. Mana boleh situasi macam ni guna kuasa veto macam tu. Tak puas hati.

Ked senyum. Isterinya diam tu tanda dah tak boleh cakap apa. "Saya pergi pejabat dulu. Jangan lupa makan ubat." Dia sempat pesan sebelum turun tangga.

Eeee..... Irine menahan geram. Orang nak pergi hospital sekurang-kurangnya ada orang lain tengok kalau dia jatuh pengsan ke apa. Duduk rumah sorang-sorang, bosan!"

-----------------------------------------------------

"Ked, kau ni aku tengok baru kahwin dah teruk kerja." Aman tarik kerusi duduk depan Ked yang tengah fokus semak bukti-bukti yang dia dapat dari laporan polis. "Kau tak nak bawa dia pergi melancong?"

Laporan pertama diletak ke tepi. Dia capai laporan kedua sebelum angkat kepala sekilas memandang Aman. "Kau sendiri tahu aku sibuk dengan kes saman syarikat mentol tu kan" Dia kembali meneliti laporan. "Lagipun wife aku pun sibuk dekat hospital."

"Aku tak faham..." Aman geleng kepala. "Biasanya pengantin baru ni sibuk nak bulan madu ke sana sini." Dia capai kertas laporan dari tangan Ked. "Kau ni reti tak jadi suami?"

Ked buat muka. Mentang-mentang dah kahwin tiga tahun dan ada anak sorang. Kau nak tunjuk kononnya kau suami yang terbaik la. Dia rampas balik kertas laporan dari tangan Aman. "Wife aku tu masa dia bujang dah puas jelajah setiap negara luar. Tak ada maknanya dia rasa teruja kalau aku bawa dia pergi lagi."

"Mana sama pergi sorang dengan pergi bersama suami."

Ked angkat muka.

Aman terangkat kening. "Kau pergi la... Bercuti."

"Nanti-nanti la aku fikir. Lagipun dia tak berapa sihat ni."

"Tak sihat?"

Ked mengeluh. Kepoh la dia ni. Macam Irine tu isteri dia pulak. "Urmm.. Ada dekat rumah. Aku suruh dia rehat."

"Sorang-sorang?" Aman bulat mata.

"Dah tu..." Siapa lagi ada dekat rumah tu yang boleh tengok tengokkan wife dia.

Aman bangun dari duduknya. "Kau pergi balik sekarang."

Huh? Ked pandang Aman pelik.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience