Part 73

Romance Completed 9639

Ked masih tak lepaskan pandangan dari mata Irine.

Stetoskop diambil dan dia berdiri di belakang Irine. "Kak long."

Teragak-agak Irine berpaling.

Naila senyum kepadanya.

"Naila..." Seaakan tak besuara Irine buka mulut.

"Kak long ingat Naila ada apa-apa yea?" Naila mendekati Irine selangkah. "Macam tu la Naila risau bila kak long tiba-tiba menghilang tanpa khabar berita. Macam mana Naila rasa bila fikir akan keadaan kak long. Macam mana..."

Irine menarik Naila dalam pelukan. "I'm sorry." Air matanya bergenang. "Kak long minta maaf."

Naila yang berada dalam pelukan turut mengalir air mata. "Tak.. Naila tak nak maafkan."

Ked yang memerhati sekadar tersenyum. Alhamdulillah. Bukan senang nak pujuk Naila yang keras macam batu hatinya, tapi mungkin sebab berkat doa keluarga dan juga kesungguhan membuatkan Naila terbuka hati nak mengikutinya balik ke KL dan berjumpa dengan Irine.

"Yea.. Yea.. Jangan drama sangat. Kita orang penat tunggu dekat sini."

Irine berpaling. BND? "Macam mana..." Dahinya berkerut memandang wajah-wajah di depanya.

"Kan kak Irine ada hantar mesej beritahu dah sampai KL. Jadi kami pun berkumpul la nak ajak kak Irine keluar." Kim angkat kening.

"Eh! Kak Irine kerja la. Mana boleh sesuka hati keluar. Tengah on call ni." Gila ke nak pakai redah je ponteng kerja. Baru je tadi membebel dekat pelajar praktikal, sekarang sendiri mahu buat? Oh! Nak pengsan rasa.

"Jangan risau. Vid dah beritahu kak Tina tadi." Vid berjalan berdiri di sebelah Ked dan kunci kereta diserahkan.

Huh? Irine hampir ternganga. "Bila masa pulak kau orang beritahu dia ni?"

"Ala.. Jangan banyak cakap. Ikut je kita orang." Wan serahkan sapu tangan dekat Naila.

Naila pusingkan Irine dan menutup mata kak longnya dengan sapu tangan. "Kak long hari ni kena dengar cakap kita orang."

"Nak pergi mana?" Irine bertanya lagi.

"Ikut je la." Lee beri arahan dekat Naila untuk bawa Irine masuk ke dalam kereta.

Naila angguk menerima arahan. Yang lain menarik sengih sebelum turut menaiki kereta dan follow dari belakang.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ked pimpin tangan Irine.

"Awak? Kita nak pergi mana ni?"

Senyuman terukir. "Awak ikut jea."

BND dekat belakang dah bersedia. AO tolong bukakan pintu kedai Bakeri Mango.

Kaki Irine melangkah berhati-hati. Tapi bau dekat sekeliling ni macam kenal. Secara automatik dahi dan kening berkerut. Dia berhenti melangkah.

Ked beralih pandang ke arah Irine.

Semua yang ada dekat situ turut terdiam memerhati.

"Awak?" Ked menegur.

Di sebalik kain tutup mata tu air mata mula bergenang. Irine lepaskan tangan Ked dan menekup mulutnya.

Naila bagi isyarat mata ke Ked untuk buka ikatan yang menutup mata Irine.

Lee yang berdiri di sebelah Naila berpeluk tubuh sambil tersenyum. Kak Irine... Naluri dia kuat betul.

Perlahan ikatan dekat belakang kepala Irine dileraikan. Mata Irine buka dan wajah pertama yang dia nampak dekat depanya adalah Nabhan!

"Umi!" Nabhan berlari ke arah Irine dan memeluk kaki 'uminya'.

Irine tunduk membalas pelukan Nabhan. Sudah seminggu dia tak dengar celoteh Nabhan. Sudah seminggu dia tak dengar ketawa Nabhan dan sudah seminggu juga dia tak dapat dengar suara anak angkatnya tu melalui telefon. Ingat lagi perbualan dua hari lepas dengan Jazz...

'Nabhan tak nak cakap." Jazz pandang Nabhan yang duduk dekat tepi sofa bermain kapal terbang. Namun dia dapat meneka yang anak lelakinya merajuk.

Irine mengeluh kecil. "Demam dia dah kebah?" Risau dia tak payah cakap. Cukup la Nabhan demam depan matanya dulu, sekarang bila dah jauh. Ertambah tak tentu arah hatinya.

"Alhamdulillah dah. I bagi makan ubat ikut yang you pesan. Jangan risau la."

Angguk laju. Air mata mula nak mengalir. Ked dekat sebelah memeluk Irine sebelah tangan sambil menggosok perlahan bahu isterinya memberi semangat.

"Bila I dapat jumpa Nabhan lagi?" Tertahan suara Irine bertanya.

Jazz senyum pahit. Dia tahu perasaan Irine, tapi dia sendiri tak boleh buat apa. Memandangkan dia baru kembali bertugas di Sarawak jadi makan masa untuk dia kembali ke KL. "Maybe three month or four."

Irine lap air mata. "Tak apa la Jazz, I faham. Nanti kalau I ada masa I ajak Ked pergi sana." Dia berpaling ke sebelah meminta persetujuan suaminya.

Ked angguk. "Boleh je."

Sekarang anaknya dah ada depan mata. Irine angkat Nabhan dan mendukungnya. "Kenapa anak umi ni dah kurus?"

"Rindu umi" Nabhan lap mata yang terasa berair.

Irine ketawa tawar. "Yea sayang, umi ada ni." Dia memujuk kemudian memandang sekeliling.

Baru perasan yang semua orang ada. Mama, papa, keluarga mertuanya, BND dan juga kedatangan Jazz dan si kecil ni cukup buat dia.

Wani ambil Nabhan dari dukungan Irine.

"Ada lagi sorang merajuk dengan kak Long." Naila besuara sambil beri isyarat mulut ke arah pintu dapur.

Lee dekat sebelah pandang Naila. "Comel sangat buat macam tu."

Naila bekerut kening pandang Lee.

Gaya Naila tadi Lee ajuk kemudian sengih.

Naila turut tarik sengih dan angkat tangan tunjuk penumbuk.

Mata Lee bulat terkejut. Perlahan dia begerak ke sebelah Jebat.

Pandangan Irine turut ke arah yang sama dengan semua. Perlahan dia menghampiri dan bibir mengukir sengih serta merta. "Eii! Huduh la lelaki merajuk." Dia menegur.

Hadi bepaling ke belakang dan serta merta membaling sesuatu ke arah Irine.

Huh? Irine terkejut bila wajahnya penuh dengan tepung.

"Selamat hari jadi!" Jerit semua kemudian ketawa.

"Hadi!!!"

Hadi dah bersedia pegang telinga macam budak kecik kena denda.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience