Part 59

Romance Completed 9641

Ked perlahan membuka mata. Terasa silau bila lampu betul-betul kena tepat di anak mata.

Irine berdiri tegak dan menutup lampu suluh kecil miliknya. Dia terangkat kening memandang Ked sambil berpeluk tubuh. "Dah bangun?"

Ked pandang sekeliling. Tiada budak kecil mahupun mamat muka macam anak Apek mata sepet. Tadi semua tu hanya mimpi kan? Dia bangun duduk dan memandang Irine. "Tadi saya mimpi kan?"

"Awak berehat la." Irine simpan lampu suluh dalam saku lab coat. Dia berpaling nak pergi.

Tangan Ked capai tangan Irine.

Terkejut dengan tindakan Ked, Irine berpaling ke belakang.

"Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf." Kalau itu semua tadi hanya mimpi dia nak tebus segalanya. Dia nak bermula dari awal balik. Dia tak nak dah Irine hilang dari pandangan. "Jika awak masih benci saya, hingga buat awak rasa penat. Tak boleh ke awak tinggal dekat di sisi saya?"

"Ked, lepaskan tangan saya." Irine tak berani pandang wajah Ked. Serba salah dibuatnya.

"Saya merasa seolah-olah saya kehilangan semua kehidupan saya dengan dunia." Ked kemaskan pegangan tangan Irine.

"Saya rasa awak kena balik. Sebab pasukan awak dah lama bergerak balik tadi." Irine tolak tangan Ked dengan tangan kiri melepaskan diri.

"Awak?" Ked merenung wajah Irine.

Dan kaki Irine melangkah keluar khemah.

"Selagi awak tak maafkan saya. Saya akan duduk dekat depan pagar kem. Biar orang tahu yang saya jadi tugu manusia depan kem perlindungan. Bukan setakat orang perak, satu dunia akan tahu saya mencatat sejarah."

Ugutan Ked dibiar berlalu dan Irine masih terus meninggalkan khemah rawatan ke khemah miliknya.

Irine buka loker dan capai baju sejuk. Hujan lebat turun tiba-tiba. Dia sarung baju sejuk dan duduk dekat meja. Si julia masih bercakap dalam telifon di hujung katil. Pen biru dalam laci dibawa keluar. Malam ni ada masa senggang nak sambung menulis.

"Ui, kau biar je Ked dekat luar?"

"Dia ada lagi ke dekat sini?" Irine muka pelik. Tadi dah suruh balik kan.

Julia geleng. "Hujan lebat ni. Demam pulak nanti mamat tu." Julia baring dan sarung selimut ke badan. Tidur best ni.

Irine pandang ke luar khemah. Hujan lebat macam tak ada tanda nak berhenti. Ked tu dah la jenis kalah dengan hujan. Memang cepat demam. Ish, risau pulak.

Aish! Irine garu kepala yang tak gatal. Mata terpandang payung tepi loker. Dia mengeluh sambil pejam mata. Sekali ni je la tolong. Irine bangun capai payung dan berlalu keluar.

'Ini tak mungkin. Dan benda ni sangat kelakar.' Irine geleng kepala. Dia berjalan keluar dari lorong barisan khemah kanak-kanak menuju ke tapak depan kem. 'Kenapa mesti aku terus memikirkan tentang Ked'. Perasaan yang sangat sukar untuk dihindar.

Kaki berhenti melangkah. Dari jauh nampak Ked duduk tepi pagar tanpa payung. Seolah merelakan hujan menimpa dirinya. Irine melepas nafas rendah dan teruskan berjalan ke arah Ked.

Ked angkat kepala bila terasa ada sesuatu yang menghalang hujan menimpa dirinya. Wajahnya menangkap wajah Irine yang berdiri di depannya dengan payung melindungi mereka berdua.

"Ini memang gila." Irine pandang wajah Ked yang terketar-ketar menahan kesejukan. Ini memang tak masuk akal. Irine tunduk duduk depan Ked dan melepaskan payung ke tepi. 'Aku memang tak dapat lupakan Ked.' Air matanya beranak sungai. "Apa yang saya boleh buat dengan awak ni?"

Ked capai payung dan memayungi mereka berdua. Matanya tak lari dari pandangan mata Irine yang menatap wajahnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------

"Ini" Irine baling tuala bersih ke arah Ked. Mereka sekarang berada dalam bilik istirehat kem di sebelah khemahnya.

"Awak punya?" Ked lap kepala dan menghampiri Irine yang tengah pasang pemanas.

"Saya akan bersihkan diri dekat khemah saya." Irine basuh tangan dan bawa keluar selimut dari laci almari sebelah meja.

Ked duduk dekat sofa.

"Kenapa mata awak merah?" Selimut diletak depan Ked.

"Saya tak boleh tidur sejak awak hilang. Saya fikir ini insomnia."

"Bukan awak biasanya tidur dengan lena." Langsir dibawa turun dari ikatan. "Macam mana awak boleh dapat insomnia? Awak stress ke?"

Tiada jawapan.

Irine berpaling ke belakang. Ked dah terbaring di sofa. "Hey, awak dah tidur?" Irine sengih. "Awak cakap awak ada insomnia."

Tiada reaksi.

Urm. Irine mengeluh. Dia tarik tuala dari pegangan Ked dan kedua kaki Ked yang berjuntai diangkat ke atas sofa. Membetulkan keselesaan untuk suaminya. Selimut dicapai dan Irine selimutkan badan Ked. Kepala Ked perlahan diangkat dan diletak bantal supaya tak sakit tengkuk.

Irine duduk di tepi kaki Ked dan kedua tangan menongkat dagu sambil memandang Ked yang lena tidur. Lama dia menilik wajah suami yang dah lama dia tak jumpa. "Kenapa baru sekarang awak datang?" setelah tiga tahun.

Tangan perlahan mendarat di kepala Ked membetulkan anak rambut yang menutupi sebahagian dahi. Lama dia merenung wajah yang dirindui tu. "Masih ada ke rasa cinta?"

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience