Part 41

Romance Completed 9639

"Eh! Awak ni..." Ked dah jadi tak betul.

"Awak ni cepat sangat sentap. Sepatutnya kalau ada orang cakap nak kahwin dengan awak, awak patut tanya kenapa. Bukan jauhkan diri. Makin awak jauhkan diri, makin kerap la awak kena kejar."

Huh?

"Cuba awak tanya saya kenapa."

"Kenapa?"

"Sebab saya sayang awak la." Irine tarik sengih.

Ked rasa nak ketuk kepala dekat dinding. Kenapa la aku pergi ikut tanya soalan ninja ni? Dah kena pukau ke apa.

"Jadi, boleh la awak. Saya nak belanja minum je." Irine buat muka comel.

"Sekarang ni awak nak cakap awak sayang saya sebab solat istiqarah?" Dia ingat lagi waktu ninja tu cakap wajah dia muncul dalam jawapan istiqarah.

Angguk.

"Bukan awak nak jadi isteri saya sebab saya kaya dan tampan?"

Geleng.

"Wah!" Ked bercekak pinggang. "Memang cara pendekatan yang baru ni."

Irine geleng. "Bukan la."

"Dah tu awak ni siapa?" Ked memang dah lama simpan soalan ni. Dia jadi hairan dengan identiti ninja depan ni.

"Saya manusia la." Irine jawab bersahaja.

Ada yang kena gelek dengan tayar kereta kejap lagi. Aku tahu la kau tu manusia. Ke bukan? Dia pandang Irine atas bawah. Pijak lantai, manusia... manusia.

"Okey. Awak dengar ni. Meskipun ada gadis yang kaya nak dekat saya, saya masih belum bersedia nak berumah tangga."

"Jadi awak pandang saya sebagai gadis miskin yang cuba menggoda lelaki kaya?"

Ked dapat tangkap maksud ninja depan ni. Bukan macam tu. Dia rasa bersalah pulak sekarang ni.

Irine tunduk sebelum kembali memandang Ked. "Jadi saya tak kisah cuba jadi salah seorang gadis yang memikat awak." Dia senyum.

Uh? "Hanya kerana awak cuba nak jadi macam gadis-gadis tu, awak fikir boleh dapatkan saya?"

Angguk yakin. "Sebab saya matahari bagi awak."

"Matahari?"

Irine sengih.

"Kalau awak matahari, saya tak akan pernah nak melihat pagi lagi." Ked melangkah pergi. Aku ni melayan orang gila memang aku pun boleh jadi gila.

"Matahari akan terbit. Dan saya akan tetap berada di samping awak." Dia melaung.

Ked geleng kepala menghampiri ke kereta. Dia berpaling sekilas ke belakang. "Aku tak sepatutnya datang sini" Dia manggumam kecil sebelum masuk dalam kereta.

Dan senyum Irine tak dapat dihentikan. "Aja-aja fighting!" Dia melompat gembira. Kemudian dia capai air chocolate dan menyeberang jalan.

BND yang asyik memerhatikan dari balik dinding kemudian tarik nafas lega. Kak Irine, okey. Dan mereka pun melangkah balik setelah pasti kak senior tu masuk ke dalam rumah atas kedai.

----------------------------------------------------------------------------------------------

"Dah lambat!!!" Irine keluar dan menutup pintu. Kasut sneaker merah pantas dicapai dan dipakai sambil berjalan ke tingkat bawah. Macam mana boleh lambat ni. Dia berhenti depan kedai dan melihat penampilan lagi sekali di pantulan cermin.Okey, macam ni pun dah okey. Dia pusing dan berlari ke seberang jalan lepas memastikan kenderaan berhenti di trafiq light.

"Kak Irine nak pergi mana tu?" Kim terkejut dengan kelakuan kak Irine. Bukan sepatutnya dia masuk kedai ke?

Wan yang duduk dekat kaunter menekan loceng tanda makanan dah siap. "Kak Irine kan buat kerja separuh masa dekat sana."

"Apa?" Vid, AO, Jebat terkejut. Kenapa diaorang tak tahu.

Lee yang baru lepas hantar makanan datang menghampiri. "Kerja sebagai cleaner."

"Cleaner?"

----------------------------

Lepas Irine menukar baju dan berpakaian seragam dia menolak troli mop ke ruang depan. Dalam keadaan macam ni, pekerja dalam syarikat tak kenal dia. Siapa yang nak bagi tumpuan pada seorang cleaner, kan? Dapat kerja ni pun sebab Aman yang tolong. Kalau tak memang mustahil. Lagi satu, kalau ayah mentua aku tahu menantu dia kerja macam ni, memang kena sekena kenanya.

Dia mulakan mengemop. Kerja separuh masa, dari pagi sampai tengah hari je. Petang dia kena ke kedai pulak. Sedang dia leka dengan lagu rancak dari mp3 yang tergantung di leher, dia di datangi seseorang. Irine angkat wajah.

"Memang mengejutkan dan menakutkan." Ked spontan bersuara.

Irine senyum pada Ked dan juga Aman.

"Apa yang awak buat dekat sini?"

"Tengah mop lantai."

"Kenapa dalam banyak-banyak syarikat, awak perlu datang ke sini?" Bukan ke ninja ni kerja dekat kedai depan tu?

"Sebab awak ada dekat sini." Irine tak boleh berhenti senyum. Rasa kelakar, baru sekarang dia nampak sisi Ked yang lain.

"Awak ni memang bekerja keras kan. Selalunya gadis akan mendekati dengan cara kerja di tempat yang sama, ajak makan dan juga bercuti." Ked pandang Aman. "Dan dia memang tengah berusaha."

Aman tahan ketawa.

"Saya tahu apa yang awak fikirkan, tapi saya bukan nak dengan awak sebab harta atau cuba jadi isteri yang dikenali."

"Apa-apa je la." Ked kemudian memandang Aman. "Jom, kita dah lambat."

"Nanti." Irine menghalang laluan. "Saya boleh tolong awak."

Ked bekerut dahi.

"Saya boleh kenalkan awak dengan doktor yang boleh bantu awak dalam kes kali ni."

Wajah Ked nyata terkejut. Ninja ni tahu berapa banyak tentang diri dia. Sampai kes yang dia tengah siasat sekarang pun, ninja ni tahu juga. "Mana awak tahu ni?" Memang dia perlukan doktor yang berkemahiran dari biasa dalam situasi macam ni.

"Saya dengar orang-orang dekat sini cakap." Irine cuba berselindung. Erk! Dia tersedu. Cepat-cepat dia menekup mulut. Jangan la kantoi sebab menipu. Sebenarnya Aman yang bagitahu dia pasal Ked mencari seorang doktor yang berkebolehan.

Ked pandang Irine atas bawah. Boleh percaya ke?

"Eii!" Irine tahu maksud pandangan Ked. "Ingat saya macam ni saya tak ada kawan doktor? Kawan saya banyak lagi kerja besar-besar tau."

Ked pandang Aman.

"Terima je. Lagipun kita dah tak ada masa nak cari doktor dalam waktu macam ni." Aman memujuk.

Ked memandang memandang Irine dan Aman bersilih ganti.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience