Part 18

Romance Completed 9639

Macam biasa, kalau dalam situasi yang mencemaskan macam ni. Memang dia akan cari hobi yang satu tu. Irine pandang keliling bilik mencari 'sesuatu'. Dia tunduk melihat tepi katil. Tak ada. Dia pusing ke arah meja study. Tak kelihatan juga. Dia mengeluh berat sambil duduk sandar dekat kaki katil. Pandangan ya terus ke arah pintu gelongsor balkoni depanya. Dia mengecilkan mata. Mengamati betul-betul dan perlahan dia merangkak ke depan.

Dia tarik senyum. Jumpa pun. Mana kau menghilang ha, semut? Dia tarik cebik. ' kau nak tahu tak semut, tadi kan aku dah buat salah la. Tapi aku bukan sengaja.' Perlahan dia memegang kaca pintu gelonsor tu. Kelihatan beberapa ekor semut hitam sedang 'berehat ' seolah-olah memang menunggu dia meluahkan rasa.

'Dia yang mulakan dulu. Malu tahu tak bila dia ungkit balik pasal aku cari dia dulu.' Irine rasa nak je tampar pipi sendiri sebab rasa hangat. Ha ha ha, kau memang dah tak betul Irine. Dulu bukan main berani. Sekarang dah jadi suami sendiri boleh pulak malu. Apa kes?

'Semut, kau nak tahu? Aku pun tak tahu kenapa perasaan aku  dekat dia makin mendalam.' Dia mengeluh lagi. 'Yea, aku tahu la dia suami aku. Memang la tak salah. Tapi... aku tengok dia macam tak ada feel je dengan isteri dia ni.' Lebih-lebih lagi bila semalam dia dapat tahu yang suaminya itu keluar dengan Ina. Yea, dia tahu juga Ina tu rakan sekerja. Tapi isteri mana yang tak curiga kalau crush suaminya ada depan mata?
'Mesti kau pelik kan semut macam mana aku boleh tahu pasal Ina tu.' Dia bercakap lagi seolah-olah memang betul semut tu tengah berbicara dengan ya. 'Aku tahu dari Aman. Hari tu masa dia tak ada. Aku ada pergi pejabat daddy, kebetulan jumpa Aman. Mamat tu memang tak reti simpan rahsia agaknya.' Dia beralih pandang ke lantai.

'Tapi kan semut...' Dia angkat kepala. 'sekarang ni itu bukan isu. Yang lagi besar ni, dia kata nak bagi pengajaran sebab aku dah tendang kaki dia.' Irine berkelip mata meminta simpati pada semut yang sedang memandangnya.. 'mana nak lari?'

"Patut la uda cakap hobi isteri saya ni memang pelik."

Irine terkejut dan kepalanya terhantuk dekat pintu gelongsor. Habis kawan-kawan semutnya bertempiaran lari. Dahi digosok perlahan. Aduii!!! Suami aku ni kan....

Ked berpeluk tubuh di belakangnya. "Awak cakap dengan semut tu, dia faham ke"

Alamak! Dia dengar ke aku membebel tadi? Habislah habislah.... "Bila awak masuk ni?" Dia berpaling ke belakang memandang Ked.

"Baru je masuk." Ked tunduk duduk depan Irine. "Ingatkan nak curi dengar orang tu mengadu. Tapi macam pelik pulak bila tengok awak tertonggeng."

Aish!!! Pipi memang rasa kena simbah minyak cap kapak botol besar. Hangat doh! Serta merta Irine bangun. "Awak ni...." Nak mencarut suami sendiri. Kalah lagi....

Ked tarik sengih. "Awak ni dulu bukan main berani dengan saya. Bila dah jadi isteri, kenapa jadi pemalu pulak ni?"

Irine tak jadi nak bersuara. Tahu, dia memang akan kalah kalau lawan cakap dengan suami sendiri. Dia mendengus kasar dan berlalu melepasi Ked.

"Awak."

Kakinya berhenti melangkah.

"Mummy tunggu dekat bawah. Ada benda nak cakap katanya." Ked bangun berdiri belakang Irine.

"Nak keluar la ni." Irine capai lenovo atas meja solek. Siap la, Ked. Ada ubi ada batas. Ada hari boleh balas. Ceh! Ada hati nak lawan suami sendiri.

Senyum segaris Ked bila lihat Irine tak dapat menjawab kata-kata nya. Dia berlalu keluar bilik mengikuti Irine.

---------------------------------------------

"Mummy ingat nak minta tolong Irine ni."

"Apa dia mummy?" Irine tarik bantal kecil belakang sandar ke riba.

"Mummy nak suruh awak izikan saya kahwin lagi satu tu." Ked tiba-tiba bersuara dan duduk dekat sofa depannya.

Mummy gelak je. Irine buat muka. Berani kahwin lagi satu, kalau nak tengok isteri dia ni jadi manusia tak normal.

Ked angkat kening seolah-olah tak ada apa. Dia kemudian memegang remote control.

"Along ni.." mummy tepuk bahu Ked. Buat main pulak. Dia beralih pandang ke arah Irine. "Kembar tu dah nak balik Malaysia. Jadi diaorang sibuk kata nak kenal dengan kak long...nak tanya macam-macam."

Irine terangkat kening. Kembar.....? Dia berfikir. Owh, baru teringat. Ked ada adik kembar sepasang. Masa majlis kahwin dulu budak berdua tu tak ada memandangkan kena ambik exam penting dekat Itali. Dengar cerita kembar tu duduk dengan nanny sebelah daddy dekat sana. "Bila balik sini?" Dia okey je kalau nak buat kawan baru ni.

"Minggu depan." Mummy pandang Ked kemudian beralih pandang Irine. "Boleh ke diaorang duduk sini seminggu dua?"

"Apa pulak tak boleh nya. Boleh sangat. Tapi itu pun kalau diaorang tak rasa sunyi. Sebab Irine dengan Ked sibuk kerja. Jadi waktu malam je ada masa terluang pun. Hari minggu pulak tengok la kalau tak kena OT, boleh cuti."

Mummy tarik senyum. "Betul ni?" Dia pandang Ked.

"Awak...mummy tanya tu kan."

Ked berpaling. "Boleh je." Dia betulkan duduk. "Itupun kalau awak sanggup la nak melayan kembar tu." Kuat mengusik. Daya tahan mental isteri dia ni tahap berapa?

Irine ketawa. "Ala.. biasa la tu remaja." Yang dia tahu umur kembar 17 tahun. Urm.. macam jaga group BND waktu sekolah dulu je rasanya.

"Mesti kembar tu suka. Nanti mummy bagi tahu berita gembira ni." Dia bangun dan berlalu ke tingkat atas.

"Awak?"

Irine tak jadi bangun nak masuk bilik. Dia pandang Ked yang masih fokus pada tv.

"Sini." Dia tepuk sofa di sebelahnya.

Terangkat kening. "Kenapa?"

Ked pandang Irine. "Duduk je la sini."

Irine menghampiri dan duduk macam yang diminta.

"Jangan ingat saya lupa apa awak buat dekat saya." Ked merenungnya.

Rasa payah je nak telan air liur. Sudah la... Ked dah mula bersuara. Nak buat apa pulak ni.

Ked tarik sila menghadapinya. Dia bengkongkan badan ke depan. "Awak kena denda ni.  Sebab apa? Sebab tendang kaki suami." Dia besuara perlahan.

Mata irine berkelip laju. Jarak yang memisahkan wajah Ked dengan wajahnya hanya satu meter. Mak aii, gugur jantung aku macam ni. "Den...den..da apa?" Tergagap dia bertanya.

Ked kembali sandar ke belakang. Dia hulur kedua kaki atas riba Irine. "Picit. Sebab awak buat kaki saya sakit."

Hampir jatuh rahang bawah. Irine tolak kaki Ked. "Tak nak la saya. Tak ada denda lain ke?" Aku bab nak mengurut ni lemah sikit. macam mama kata tangan aku ni kayu kalau bab mengurut.

Ked kecilkan mata. "Awak nak denda lain?"

Irine telan air liur. Haish! Pandangan tu macam menyeramkan je. Hee...Irine tarik sengih. "Saya picit." Dia tarik kaki Ked dan letakkan atas riba.

"Good wife." Ked pejamkan mata. "Picit sampai saya tertidur."

"Ye la." Irine mengeluh perlahan.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience