Part 19

Romance Completed 9641

Irine berlari ke bilik air tingkat bawah. Dah lambat! Dah lambat! Dia pegang bakul barang mandian dan tuala yang tersangkut dekat bahu hampir jatuh. Masa ni la pulak bilik air boleh rosak. Semalam okey je.

"Berhenti!"

Kaki Irine berhenti melangkah depan pintu bilik air. Ked?

Ked turun dari tangga dengan tuala di pinggang dan hanya bertsirt kelabu. "Saya guna bilik air dulu."

Huh? Kening Irine terangkat. Hamboi... banyak besar mandat dia nak caras waktu aku. Irine berpaling memandang Ked yang berjalan melepasinya. Tak boleh jadi ni..

"Awak..." Ked berdiri depan Irine. "Nak mandi sekali ke?"

Laju Irine geleng kepala. Putus fius.

Ked tarik sengih. "Saya masuk dulu ea..." Berus gigi dekat tangan dibawa kemam dlm mulut.

Irine masih kaku. "Awak...." entah harakat keberapa dah ni. Kalau tak cair juga, tak tahu la. "Awak kerja dengan daddy. Saya ni kerja dengan orang." Masuk lambat nanti saje je kena dimerit.

Berus gigi dikeluarkan dari mulut. "Daddy pun disiplin dia tak kira anak tau." Ked bersuara serius. Pandai la kau kelentong.

Nampak benar menipunya. Elok je sebelum ni buat disiplin sendiri masuk kerja pukul berapa. Ked ni dah kenapa pagi-pagi cari isu nak gaduh dengan aku ni. "Saya betul-betul dah lambat la." Irine melangkah juga ke bilik air.

"Eh!" Ked tarik tangan kanan Irine.

"Awak..." Irine pegang pintu sebelah tangan. Aku nk cepat jadi lambat ni.

"Saya masuk dulu. Pagi ni ada meeting penting."

"Saya pun ada pesakit penting juga yang nak kena tengok pagi ni." Irine bertahan satu tangan di pintu.

"Saya kena mula bentangkan kes."

"Saya kena laporkan laporan dekat Doktor Qais."

Ked masih tak nak mengalah. Irine masih bertahan.

"Saya kena melawat tempat kejadian."

Irine bekerut muka tahan tangan dekat pintu. "Saya kena pantau budak praktikal lagi." Tak kan nak tunjuk contoh yang tak baik kot. Seorang doktor yang tak menepati masa? Urghh!!

"Dah kenapa kamu berdua ni?"

Berhenti. Keduanya berpaling ke arah Mummy yang keluar dari dapur dengan sudip di tangan.

"Ked ni mummy... Irine dah lambat nak pergi kerja. Dia boleh pulak berebut nak guna bilik air." Mengadu beria-ria.

"Along... mengalah la. Along keje dengan daddy kan."

Ked lepas tangan Irine. Mummy kalau dah masuk campur memang kalah ni. 2 lawan 1, kau orang rasa?

Irine tarik sengih. Dia pandang Ked sambil angkat kening.

Ked angkat tangan berpura-pura nak peluk dan sepantas kilat Irine masuk ke dalam bilik air dan menutup pintu.

"Teruk la awak ni...!!" Irine mendegus geram.

Ketawa Ked berdekah dekat luar. Mummy hanya geleng kepala menyaksikan anak menantunya sebelum kembali ke dapur.

------------------------------------------------

Esok dah kena gerak pergi pord dikson. Family day staf hospital. Lepas tu pergi jemput si kembar dekat rumah mummy. Irine tongkat dagu dengan tangan kiri. Tangan kanan bermain dengan pen di celah jari. Padat betul jadual minggu ni. Diary kemudian ditutup dan dia capai kalender tepi fail. Dua hari kemudian ada krusus dekat Langkawi selama tiga hari. Lepas tu baru ada masa nak relax sikit. Baru ada masa nak duduk rumah ambik cuti. Dalam kepala dah menimbang banyak benda, lepas habis kursus nak bawa si kembar melancong. Tapi kena bagitahu Ked awal-awal, senang dia ambik cuti.

"Minggu ni aktiviti padat ke?" Tina masuk ke pejabat dan tarik kerusi duduk depannya.

Kalender diletakkan ke tempat asal. "Boleh tahan." Irine sandar belakang kerusi. "Pusing wad mana?"

"Tingkat lima." Tina renggangkan kepala kiri ke kanan. Penat betul.

"Sorry tau susahkan kau semalam. Tapi tak apa, hari ni aku ganti OT. Kau balik awal la, tengah hari pun tak apa."

Tina ketawa. "Agak la nak suruh aku balik awal pun. Tak habis pusing wad lagi."

"Mana?"

"Tingkat enam."

Irine terangkat kening. Banyak betul wad kena handle si Tina ni. "Mana Dr. Qais?"

"Dia cuti hari ni. Aku tolong je la jaga sementara."

"Tina..." Irine geleng kepala. "Kau ni memang baik la. Kalau boleh semua doktor yang bercuti minta tolong kau, kau tolong agaknya." Bukan apa. Ye la, mentang-mentang awek depan ni belum ada keluarga sendiri, bila Masing-masing ada hal sikit semua nak minta tolong dia. Jangan kata yang dah kahwin, yang belum ada isteri dengan suami pun ikut join minta tolong.

"Ala...nanti giliran aku kahwin. Ada la pulak diaorang tolong aku kalau-kalau ada hal kecemasan dekat rumah yang perlu aku ambik cuti mengejut." Tina keluarkan fon dari saku lab coat. "Tolong orang dapat pahala kan."

Irine tarik senyum. Tina...Tina... semoga Allah balas kebaikan yang kau buat dengan kebaikan juga.

"Kau bukan kena pergi pantau budak praktikal ke?"

Huh? Irine baru teringat.

"Pukul berapa dah?"

Tina tengok jam di pergelangan tangan. "Sepuluh lebih."

Irine bangun capai lab coat belakang kerusi. "Macam mana aku boleh lupa. Aku gerak dulu ea."

Tina angguk. "Pinjam meja sekejap. Dapat lelap sepuluh minit okey dah." Dia rebahkan kepala atas meja.

"Ikut suka la." Irine tarik fail dari bawah meja. "Nanti keluar jangan lupa tutup pintu. Sempat dia berpesan.

"Okey..." Tina menjawab malas dengan mata hampir tertutup.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience