Part 75

Romance Completed 9639

SETAHUN KEMUDIAAN...

Irine senyum kecil memegang perutnya yang semakin membesar. Matanya dialih ke luar halaman rumah memandang Ked yang segak berbaju melayu hijau, pemberianya pada hari raya tahun lepas. Ked tengah membantu orang kampung memasang khemah untuk majlis malam nanti. Niatnya untuk turut membantu terbantut bila mummy membantah, mummy kata dengan usia kandungan sudah 9 bulan, dia tak boleh buat kerja berat-berat. Sudahnya dia hanya duduk membantu memasukkan telur rebus ke dalam bekas yang disediakan. Wani dengan Am masih dalam perjalanan dari Perlis. Nasrul pulak pergi ambil Zety dekat Melaka, tapi diaorang kata sempat sampai sebelum si Lee pegang tangan tok kadi.

"Ooii!! Mak kau meletup, letup!!"

Kepala Irine berpaling ke ruang dapur terus ke luar laman belakang rumah.

"Yang digoreng kaki ayam sekali kenapa, teperanjat aku ni ha." Nek moh membebel sambil menurut dadanya apabila terkejut mendengar letupan minyak goreng.

Irine bangun menuju ke halaman belakang, kedengaran pula mereka yang lain ketawa melihat gelagat nek moh yang melatah. Bibir Irine mengukir senyum melihat telatah nek moh, dah nama pun suasana kampung, memang adat resam la tu riuh macam hari raya.

"Nek! Jom masuk, dah nak masuk waktu mangrib ni." ajak Irine di muka dapur.

"Hah! Ye la. Cucu menantu aku dah panggil tu. daripada melayan korang yang asyik buat aku saja, baik aku beborak dengan cicit aku dalam perut tu." bebel nek moh sambil tanganya menunjukkn ke arah perut Irine.

"Ye la mak, pergi la tengok-tengokkan Irine tu." Puan Hasnah mula menegur. Risau betul dia dengan gelagat maknya yang asyik berjalan sana sini.

"Nak pergi mana!" sakat sorang mak cik yang tengah memotong sayur kacang panjang saat nek moh lalu di sebelahnya.

"Eh! Cicit aku dah nak keluar tu, dapat baby eh bayi.." nek moh mengetuk kepalanya sendiri, marah kerana melatah.

Mereka yang lain asyik galak ketawa. Kadang-kadang kesian juga melihat nek moh dipermainkan. Sesampai saja nek moh ke sisi, terus Irine memimpin neneknya ke dalam bilik. Nek moh, mak mummy yang tinggal sendiri sejak kematian arwah atuk Malek lapan belas tahun lepas. Mummy kata nek Moh memang degil. Adik beradik mummy dah bermacam macam cara pujuk ajak tinggal dengan diaorang, tak makan pujukan juga. Katanya biarlah dia sorang pun duduk dekat rumah, sebab kenangan dengan arwah masih segar dalam ingatan. Nak tak nak mummy adik beradik terpaksa mengalah. Tapi setiap minggu adik mummy yang duduk dekat sikit dengan nek Moh rajin balik melawat. Yang mana duduk jauh, akan balik selang sebulan. Macam mummy.

Naila, dia ambil keputusan nak melakar sejarah hari bahagia dekat kampung. Jadi mummy sekeluarga dah berkampung dekat sini hampir seminggu. Dia pula baru sampai semalam. Dah mula cuti panjang memandangkan bila-bila masa je baby nak keluar. Harapnya biarlah lepas selesai majlis. Naila dah bagi amaran awal-awal. Dia tak nak bersaing perhatian pada hari bahagia tu. Ahahhahaha, jadi baby, keluar masa dah balik KL ea. Bagi can dekat mak saudara sorang tu.

Setelah pastikan nek Moh boleh mula solat, Irine keluar ke ruang tamu. Hari dah mula gelap. Dia nampak Ked baru masuk ke dalam rumah. "Dah siap ke?"

Ked angguk. "Tinggal tunggu rombongan je."

Irine senyum. "Awak pergi la mandi dulu, lepas tu solat maghrib. Saya nak ke bilik Naila jap. Lepas tu nanti saya pulak nak mandi dengan solat."

"Ye la," Ked kibas badan dengan hujuung baju melayu bagi berangin. Kaki yang nak melangkah masuk ke bilik terhenti bila nampak mummy tengah angkat besen ayam masak halia. "Berat tu mummy, mana Aril?" Sepupunya yang sorang tu tak kelihatan, tadi nampak ada dekat belakang.

"Dia pergi ikut daddy cari barang sikit." Besen dekat tangan dah di ambil alih oleh Ked.

"Nak letak mana?" Ked pandang ruang dapur yang hampir penuh tu.

"Tepi peti ais. Simpan sikit untuk makan keluarga kita. Yang makan dekat luar tu semua dah urus." Mummy pandang ke dalam. "Irine mana?"

"Dalam bilik Naila." Ked jalan berhati-hati takut terlanggar bakul telur rebus.

"Suruh dia mandi cepat sikit, malam sangat tak sesuai untuk baby."

Ked letak besen tepi peti ais. "Yea, mummy." Dia ukir senyum. Sejak Irine mengandung sampai la sekarang, banyak betul pantang larangnya. Kaki kemudian melangkah ke ruang tamu. "Tak ada apa dah kan?"

"Tak ada. Pergilah, masuk mandi lepas tu suruh Irine mandi pulak." Maghrib dah nak habis ni.

Ked angguk.

Cahaya lampu yang tereng bederang tiba-tiba terpadam, habis kelam kabut semua yang berada di dalam rumah, mereka yang berada di luar pun tak ada kurangnya kerisauan akan lauk pauk yang masih belum dihidang. Naila pula usah la ditanya, gelabah satu badan. Lagi 1 jam majlis akad nikah akan bermula, macam mana la keadaanya tanpa lampu.

"Along! Mana isteri kamu, pimpin dia. Dalam gelap ni jatuh pulak nanti." Jerit mummy dari dapur.

Irine dengar je suara mummy menjerit terus kaki tak jadi melangkah keluar bilik, tiba-tiba dia teringkat yang dia membawa 'budak'. Tadi pergi bilik Naila nak pastikan adik ipar sorang tu okey.

"Ye mummy, Along pergi tengok Irine ni."

Irine senyum bila dengar suara Ked menjawab.

Kesamaran cahaya dari lampu Lenovo menyuluh masuk dan menerangi sedikit suasana di dalam bilik. Kelihatan Ked membawa lilin yang diletakkan atas piring kecil.

"Sayang saya ni duduk, nak keluar nanti 'abang' kesayangan awak ni pimpin." Arah Ked.

Bibir Irine mengukir senyum kecil. Kalau Ked dah mula bersayang abang tu maknanya time untuk dia mengada-ngada. Ahahahah, kita tahu la... suami kita.

Lilin dinyalakan dan diletakkan ke meja berselebahan lampu tidur. "Anak abi mesti takut kan, jangan risau anak abi kena jadi kuat macam abi. Tak perlu takut." Ucap Ked sambil mengusap perut Irine yang semakin memboyot.

Kening Irine bekerut. "Eh! Kalau dia tak takut apa pun susahla nanti, kalau dia tak takut bila kita marah masa dia buat salah macam mana?" duga Irine pada suaminya.

"Anak abi baik, dia tak nakal, jadi tak perlu kena marah dengan abi dan umi kan." Bual Ked sambil mendekatkan dirinya pada perut Irine.

Perlahan tangan Irine capai tangan Ked. Seaakan tidak mahu lepas, kasihnya dia pada seorang suami.

Ked membalas dengan pelukan, dia turut merasakan yang sama. "sayang." Lembut Ked memanggil.

"ye saya." Balas Irine sambil merebahkan kepala ke bahu suaminya.

"Saya sayang awak sangat-sangat." Satu tangan lagi yang memeluk bahu Irine diusap perlahan.

Irine senyum senang. "Saya pun sayang awak sangat-sangat" dia kemudian berpaling memandang wajah Ked dalam samar cahaya lilin. Kemudian tangan perlahan memegang pipi suaminya. "Awak janji jangan tinggal saya lagi?"

Spontan Ked mencuit hidung Irine. "Mana boleh saya tinggal ninja kesayangan saya ni."

Bibir masih dengan senyum yang tak cair. "Awak." Irine rebahkan kembali kepala ke dada Ked.

"Urm?"

"Kenapa awak panggil saya ninja ea?" Dah lama sebenarnya nak tanya, tapi baru hari ni ada kesempatan nak tahu jawapannya.

"Awak kenal dan tahu pasal ninja?"

Angguk.

"Dia boleh hilang dan muncul sesuka hati kan?" Dalam game ke, drama ke atau dalam kartoon sekali. Watak dan sifat dia yang satu tu memang tak berubah.

Angguk lagi.

"Macam tu la awak, kalau awak nak tahu. Muncul dan hilang sesuka hati je memang sikap awak."

Irine muka blur. "Saya macam tu ea?"

"Ye la."

"Habis tu, awak tak takut ke kalau saya hilang lagi?"

"Tak." Ked jawab pantas.

"Kenapa pulak?" Irine angkat kepala memandang wajah Ked.

"Sebab ninja dekat saya ni dah kena ikat dengan tok guru dia. lagipun kalau ninja saya ni hilang, saya tahu kat mana nak cari."

Kening Irine terangkat pelik.

"Cari dalam hati saya." Ked pandang depan. "Sebab ninja tu tak akan pernah hilang dari hati saya."

"Aaaa...sweetnye awak ni." Kedua tangan Irine mencubit kedua pipi Ked.

Dan ketawa mereka bergema.

"Alahamdulilah! Syukur Ya Allah, engkau telah memudahkan urusan kami sekeluarga malam ni." kedengaran mummy besuara ceria, diikuti sorakkan kanak-kanak yang besuka ria membuatkan Ked dan Irine turut menarik nafas lega.

"cicit nenek tak ada apa-apa Ked?" tanya nek moh sambil mengetuk pintu bilik.

Ked dan Irine saling berpandangan kemudian tersenyum. Mereka bangun dan menuju ke muka pintu. Kelihatan neneknya sudah berdiri menanti mereka keluar.

"nek jangan risau la, baby dalam ni siap main bola lagi." Seloroh Ked.

"Awak..." Irine menepuk tangan Ked. Begurau pulak dia.

"hah! Sudah la!" nek moh besuara cemas.

sesisi keluarga yang berada di dalam rumah tertawa geli hati.

"sudah-sudah! Amboi, bukan main lagi duduk dalam bilik macam pengantin baru. Meh sini tolong pak ngah angkat lauk kat belakang. Sekejap lagi sampai la rombongan lelaki."

"Kejap pak ngah, nak mandi lepas tu solat maghrib." Ked terus capai tuala dari belakang pintu.

"Bertuah punya budak, ingatkan tadi dah solat. Cepat sikit." Laung pak ngah sambil betulkan tuala good morning dekat bahu.

Irine ketawa kecil. Kesian Ked, mentang-mentang la Nasrul dengan Am tak ada dibulinya suami aku pulak. Pak ngah ni memang nak kena. Huhuhuhuhuh...

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Aku terima nikahnya Naila Edora binti Abdullah dengan mas kawen 22 ringgit tunai." Dengan sekali lafas Lee menuturkan.

"Sah?" Tok kadi memandang kesemua saksi.

"Sah." Mereka angguk yakin.

Alhamdulilah. Doa dipanjat agar keberkatan pasangan suami isteri ni berkekalan sampai ke syurga.

"Nampak gaya, sorang geng BND dah jadi suami orang. Kita kena kejar la wei tahun ni juga." Seloroh Vid.

Bergema tawa mereka yang berada dalam rumah. Seketika kemudian kedengaran suara dj kampung mula memutarkan lagu nasyid tanda kesyukuran.

Irine masih senyum memandang Lee tengah sarungkan cincin dekat jari manis Naila. Nampak Ked pulak tengah sibuk ambil gambar, ini pun satu kerja yang dipertanggungjawabkan oleh pak lang. Ahahah, meroyan Ked sebab tak dapat nak manja-manja sweet dengan wife dia kalau dah sibuk memanjang.

***

Di satu sudut Nasrul tengah ambil gambar di sebelah duduk Zety. "Kita bila pulak?"

Huh? Zety terangkat kening memandang Nasrul.

Nasrul beralih pandang ke wajahnya. "Bila saya boleh salam tangan tok kadi ni?"

Eh! Zety kaku. Ini lamaran ke?

"Mia! Jangan lari nanti jatuh." Suara Wani menegur anaknya yang berlari menghampiri Zety.

Zety beralih pandang ke wajah Mia. Mana aku nak lari? Di pegang Mia dan didudukan dekat riba. Buat-buat tak dengar je la. Pipi dah rasa jadi buah tomato.

Dan senyuman Nasrul terukir melihat Zety tak keruan. Alahai, comel betul. Mummy, tak sabar nak kawen ni.

***

"Terima kasih." Lee memandang wajah Naila.

"Untuk?" Kepala nya masih memandang depan. Hari ni pengantin kena jadi model, semua nak tangkap gambar.

"Sebab terima saya yang gila ni jadi suami awak."

Naila berpaling ke sebelah. "Dah nasib saya kena jaga suami gila nak buat macam mana." Balas Naila sarkistik.

Lee buat muka. Songkok atas kepala dicabut dan diletak atas kepala Naila. "Isteri derhaka betul..."

Ketawa Naila meletus kecil sebab dapat mengusik Lee.

***

Am capai tangan Wani. "Semoga Allah juga jaga perasaan kita sampai ke syurga."

Wani mengukir senyum. "Ini dah kenapa sweet sangat ni." Satu tangan menongkat dagu memandang wajah Am dan membiarkan satu tangan lagi dalam genggaman suaminya.

"Badi orang kahwin agaknya." Am angkat bahu.

"Jangan kata Mia nak adik ea, sayang dah susah payah nak jaga badan ni. Kena tunggu dua tahun lagi." Wani angkat kening. Dah tahu sangat apa yang ada dalam fikiran suaminya.

Hurm. Am mengeluh. "Trik tak menjadi la." Trik nak suruh Wani mengandung lagi sebenarnya.

Tangan Wani menarik telinga Am. "Jangan nak mengada."

Dan keduanya mengukir sengih bahagia.

***

Ked tarik kerusi dan duduk sebelah Irine dekat meja makan. Kelihatan masih ramai orang tengah menjamu selera. Naila dan Lee pun baru kelihatan keluar ke khemah setelah penat jadi model dan melayan karenah saudara-mara. Dia betulkan rambut. "Awak termenung apa dekat sini."

Irine beralih pandang dari langit yang berbintang ke wajah suaminya. "Mana ada termenung."

"Ye la tu. Dari tadi saya tengok awak asyik merenung bintang. Fikir apa, huh?"

Bibir Irine mengukir senyum segaris. "Saya cuma teringat. Dah macam-macam kita lalui kan sepanjang hidup berdua ni."

"Dan lepas ni hidup kita akan lebih bermakna dengan kehadiran baby ni nanti." Ked mengusap perut Irine. "Kan baby, abi nak nanti baby jadi budak yang baik sampai dah besar boleh jaga adik-adik pula." Ked memandang perut yang besar tu.

"Eh! Adik-adik?"

"Ye la. Abi nak Umi lahirkan baby untuk abi lagi lima orang." Ked angkat tangan nak menunjuk isyarat lima.

Irine bangun dari kerusi. "Lari dulu la..."

Ked ketawa geleng kepala.

Kaki Irine tiba-tiba berhenti melangkah. Dia bekerut kening dan memegang perutnya. Badanya membongkok ke depan. Satu tangan memegang kerusi di sebelah.

"Awak kenapa ni?" Ked besuara cemas.

"Saya rasa dah nak bersalin ni." Irine besuara perlahan.

"Hah! Awak dah nak bersalin?" Tanpa sedar Ked besuara lantang membuatkan semua yang ada dekat situ memandang ke arah mereka.

"Kak Irine dah nak bersalin?" BND yang duduk di set karoke bangun mengejut memandang Irine dan Ked.

"Kak long nak bersalin?" Wani, Am, Nasrul dan Zety yang tengah duduk di beranda rumah turut terkejut.

Naila dan Lee yang baru nak suap makanan dalam mulut terhenti. "Kak long Irine nak bersalin?"

Mummy dengan Daddy menghampiri dengan wajah risau.

Ked pegang tangan Irine. "Jom kita pergi hospital."

Ketawa Irine tiba-tiba meletus. "Saya gurau je la." Dia sambung gelak bila lihat wajah semua yang terkejut. Kelakar betul...

"Irine!" serentak semua menjerit namanya geram.

Erk! Irine muka tertelan biji durian.

The End

Alhamdulilah. Dah tamat pun cerita OH MY JODOH. Maaf la kalau ending dia kurang terkesan di hati, sis dah cuba sehabis baik buat jadi happy ending tu. Apa-apa pun terima kasih pada semua yang membaca karya sis dan menyokong sis. Tanpa kau orang semua, siapa la sis sekarang. Cewah!

*sis tunduk gaya korea bagi salam. "Saranghe" sambil kenyit mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience