Part 20

Romance Completed 9639

Ked keluar dari bilik air dan campak tuala atas katil. Nasib baik pak mat tolong betulkan bilik air. Pintu gelongsor balkoni bilik dibuka. Baru pukul sepuluh lebih. Hari ni cuti memandangkan petang ni dah nak bertolak ke family day. Irine sepatutnya dah sampai rumah ni, masa OT dia seharian semalam dah habis. 

Pintu pagar automatik tu terbuka sendiri. Kereta mini coper warna kelabu milik Irine diparking masuk. Ked tarik senyum. Panjang umur betul. Baru je fikir pasal dia.

Irine tutup pintu kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. "Assalamualaikum..."

"Wa'alaikumsalam." Ked melangkah turun tangga ke tingkat bawah.

"Awak. Dah packing beg?" Irine letak kasut dalam rak belakang pintu.

"Belum."

"Awak nak suruh saya kemaskan ke?" Irine menghampiri. "Memang sengaja kan." Padahal ada je waktu nak packing. Membuli nombor satu.

Ked angkat kening. "Sebab tu berguna ada isteri." Dia hempas duduk atas sofa.

Irine buat muka. "Ye la..." Dia turut duduk depan Ked. Beg tangan dan lab coat di letak atas meja. "Awak, saya nak pinjam laptop?"

"Dah nak bercuti pun buat kerja lagi ke?"

"Saya terlupa nak hantar laporan praktikal bebudak tu." Dalam kereta tadi baru teringat. Ada la dalam lima belas orang yang belum dihantar laporannya. Kalau bukan sebab kelam kabut nak balik, laptop tak tertinggal dekat pejabat.

"Awak ni sempat ke nak buat?" Ked pandang Irine. "Dengan nak masak lagi. Nak bersiap." Nanti tak pasal-pasal pengsan. Siapa susah? Suami ni juga...

Angguk.

"Tak payah packing beg saya. Kita makan dekat luar je sebelum bergerak." Ked capai remote control. "Atas meja saya tu ada kerja saya tak settle lagi. Jangan sentuh. Barang bukti penting tu."

Irine senyum. "Awak... kenapa sweet sangat ni." Irine buat muka comel. Rasa beban atas bahu tu kurang sikit. "Tak apa, lepas saya siap email laporan, saya packing beg awak." Dia bangun capai beg dan lab coat. "Tanda terima kasih saya dekat awak." Dia sempat kenyit mata sebelum berlalu.

Ked tarik sengih. Isteri macam ni pun ada. "Ingat jangan usik kertas atas meja, tiga jam saya buat kerja ni baru rehat sekejap."

"Baik bos!"

Irine letak beg dan lab coat dalam bilik kemudian berjalan ke bilik kerja Ked.

'Barang bukti apa ni...' Irine tarik kerusi meja kerja. Sampah je banyak. Dia tengok kertas A4 yang dah dimesin bertimbun atas meja. Lepas tu mata menangkap satu kertas yang dah dicantum satu-satu dengan gam. Rajin nya la cari bahan bukti sampai macam ni. Dia tarik laptop depanya.

"Hah??" Irine tergamam sekejap. Dia angkat laptop. Kertas yang disangka dicantum dengan gam tu dah berterabur jatuh bawah meja. "Macam mana ni...." Darah terasa menyerbu turun dari kepala ke kaki.

Irine tunduk kutip carikan kertas. Rasa nak nangis. Tadi Ked dah pesan kan jangan usik. Rasa bersalah sangat. Mama... tolong ucu. Dia capai gam dari atas meja. Nak tak nak dia kena cantumkan kembali seperti asal kalau tak nak kena marah.

Sedang elok dia baru cantum tiga helai kertas sepasang kaki berdiri betul-betul depannya. Dia angkat wajah teragak-agak.  "Saya sayang awak." Irine tarik sengih serba salah tengok wajah Ked.

------------------------------------------

"Awak... saya minta maaf." Irine duduk sebelah Ked.

Ked tak menjawab. Tangannya saja yang bergerak pantas.

"Awak....?"

Senyap.

Mata Irine dah beranak sungai. Ked betul-betul marah ni. Kau pun Irine. Buat kerja tak hati-hati, tadi Ked dah pesan. Dia penat buat kerja ni tiga jam baru dapat cantumkan semua. Ingat senang ke nak cari helai kertas yang bertimbun tu untuk dijadikan maklumat asal? Kenapa cuai sangat. Rasa nak hantuk kepala dekat dinding.

Ked berpaling ke sebelah. Wajah Irine dipandang. La... menangis rupanya isteri aku ni. Bukan marah pun, saja protes diam diri dah meleleh air mata. "Awak...saya tak marah la." Ked tolak bahu Irine dengan bahunya.

"Saya minta maaf." Dia tak dapat menahan nangis.

Kertas tadi ditolak tepi berhati-hati. Dia pegang kedua bahu Irine dan menarik menghadapnya. "Kerja ni saya boleh buat balik. Tapi air mata isteri saya ni mana nak ganti?" Ked tepuk perlahan bahunya memujuk.

Irine geleng. "Saya yang salah..." Dia lap pipi. "Saya ni memang cuai."

"Okey dengar sini." Dia capai tangan Irine. " Saya gurau je tadi." Walaupun ada la sikit rasa nak marah. Tapi itu bukan bermaksud salah isterinya seratus peratus. Diri sendiri pun salah. Dah tahu penting kenapa letak atas meja macam tu je. "Salah saya juga sebab cuai dengan benda penting macam ni."
Bahu Irine terhinjut menahan nangis. "Awak gurau?" Dia lap hidung yang dah berasa berair.

Ked senyum dan angguk. "Yea. Saya gurau." Demi nak legakan hati isteri.

"Tadi saya betul-betul tak sengaja."

"Yea. Lepas ni kena peka sikit okey?"

Angguk.

"Awak tahu tak, teman hidup ni bukan sekadar menggembirakan tetapi juga menenangkan. Bukan sekadar menegur kesilapan tapi menunjukkan jalan. Bukan sekadar mencintai tapi juga menghormati."

Irine pandang wajah Ked. "Aaaaaaa..... saya sayang awak sangat." Kepalanya diletak sandar pada bahu kanan Ked.

Ked senyum segaris. "Dah tak payah nak manja sangat." Dia tolak bahunya supaya Irine mengangkat kepala.

"Kedekut giler." Irine buat muka.

Ketawa Ked pecah. "Gurau....gurau..." Dia tarik perlahan kepala Irine dan rebahkan ke bahunya.

Bibir Irine menarik senyum nipis segaris.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience