Part 39

Romance Completed 9639

Irine berlari memasuki bangunan pejabat Ked. 

"Irine?"

Larian tadi terhenti dan dia berpaling ke kanan. Cermin mata hitam diturunkan sedikit atas batang hidung. Melihat siapa yang menegurnya.

"Kenapa datang sini?" Aman tertanya. Bukan ke Irine pernah cakap selagi dia tak berjaya tawan hati Ked, dia tak akan jejak sini. Ye la, isteri dan menantu milik bangunan besar ni kalau pekerja tak kenal, menipu la kan. Nak kantoi ke?

Huh? Irine pegang kepala. Patut la Aman boleh kenal dia, hodie ditarik menutup kepala. "Ked ada?"

"Dalam pejabat." Matanya memandang Irine dari atas sampai bawah. Berkasut dan berseluar sukan. Berbaju sejuk hood adidas. Dengan cermin mata hitam. Sekali pandang macam mahasiswi dari universiti terdekat datang buat tinjauan.

Irine sengih. "Nak jumpa Ked, boleh? "

Aman senyum. "Gila ke saya tak bagi menantu dan isteri bos datang sini."

Meledak ketawa kecil Irine.

"Macam mana sekarang? Hari tu dengar terperangkap dalam lif kan?"

"Alhamdulillah dah sihat."

"Kalau macam tu jom saya bawa ke pejabat Ked."

Irine angguk dan kemudian mengikuti Aman dari belakang.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Aman persilakan Irine masuk. Dia sekadar berdiri di muka pintu pejabat Ked. Beri ruang untuk Irine bercakap sendirian dengan Ked.

Irine masuk ke dalam pejabat dan memandang Ked tengah fokus dengan laporan atas meja. Kedua telinga disumbat earphone. Perlahan dia menghampiri dan mengetuk meja Ked.

Ked angkat kepala. "Argh!" Kerusi yang dia duduk ke belakang automatik terkejut.

"Hye awak." Senyum nipis segaris.

Kening Ked bekerut memandang girl dekat depan. Dia menanggalkan earphone. Ada masalah apa sampai datang ke sini.

Cermin mata hitam di tanggal."Awak!!" Senyum Irine belum padam.

Mata Ked bulat memandang ninja di depan nya.

"Terima kasih pasal hari tu. Sebab tolong saya dan bawa saya ke hospital."

"Awak jangan salah faham." Ked bangun dari duduknya. "Kalau bukan awak, dengan orang lain pun saya tolong."

Angguk. "Tahu." Tapi saya beruntung sebab Allah hantar suami saya untuk tolong masa keadaan kecemasan macam tu. "Untuk penghargaan, saya belanja awak minum?"

"Tak apa." Ked berjalan ke sofa. "Saya tak mengharap balasan."

"Dekat kedai saya depan tu je?"

Geleng.

"Okey, kalau macam tu dekat kafe bawah bangunan ni je?"
Irine angkat kening.

"Saya ada banyak kerja ni." Dia capai Fail atas meja dan kemudian berlalu ke meja kerjanya.

Irine cebik. "Awak ni memang sombong ea?"

Ked mengeluh kemudian sandar ke kerusi memandang Irine. "Saya dah terima ucapan terima kasih dari awak dan saya ada banyak kerja sekarang sampai tak ada masa nak makan. Jadi, please. Harap awak faham."

Yang awak memang  nak mengelak keluar berdua dengan saya. Irine bercakap dalam hati. Kecik hati isteri awak ni tau. "Kalau macam tu bila awak free?"

Jongkit bahu tak tahu.

"Saya tunggu awak habis kerja?" 

"Tak payah."

Pintu pejabat dibuka. "Ked, laporan forensik dah keluar." Ina berhenti melangkah bila nampak Irine.

Ked angkat kepala dari menyemak fail. "Oh, dah tu kita boleh pergi ambil sekarang kan?"

Ina tarik senyum protokol dekat Irine.

"Ina?" Ked memanggil sambil bangun dari duduknya.

Huh? Ina beralih pandang ke wajah Ked. "Boleh." Dia tengok jam di pergelangan tangan kanan. "Sempat sebelum waktu unit forensik tutup."

Ked capai kot dari belakang kerusi dan berjalan melepasi Irine. Dia berhenti sejenak dan berpaling ke belakang. "Awak, boleh balik." Dia kemudian memandang Ina. "Jom."

"Oh, okey." Ina angguk kemudian memandang wajah Irine. "Pergi dulu."

Apa ni? Aku kena tinggal macam ni je? Ked dengan Ina hilang di balik muka pintu. Urgh! Dia seluk kedua tangan dalam saku baju sejuk. Tak percaya betul. 'Awak senyum dengan perempuan lain' dia menggumam.

"Irine, okey?" Aman muncul.

"Argh!!!" Irine hentak-hentak kaki melepas geram.

Aman terangkat kening. Ked, bila ingatan kau dah pulih kau dalam masalah besar.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kim pandang ke seberang jalan. Nampak kak Irine duduk dekat tangga ruang depan bangunan tempat kerja abang Ked. "Abang Ked memang sengaja jauhkan diri."

"Kenapa kak Irine tak bagi tahu je terus terang?" Lee berhenti sapu sampah dengan penyapu di tangan. Kedai dah nak tutup.

"Gila ke?" Wan tarik kerusi duduk dekat kaunter. " Cuba fikir apa jadi kalau kak Irine bagi tahu yang dia sebenarnya isteri abang Ked. Tentu abang Ked susah nak terima dan juga rasa bersalah sebab tak kenal isteri sendiri."

"Kiranya kak Irine nak melindungi abang Ked dari rasa bersalah. Sebab tu kak Irine sengaja buat keputusan macam ni." Vid terbalikkan kerusi letak atas meja. "Lagipun... sakit Amnesia ni bukan boleh dipaksa untuk ingat, nanti makin teruk."

Jebat keluar dari dapur bawa air chocolate diikuti AO yang tengah menanggalkan apron di pinggang.

"Jom, tutup kedai." AO letak apron atas kaunter.

"Kunci, giliran aku bukak kedai esok kan." Jebat berdiri dekat pintu kedai.

Vid baling kunci kedai dan cekap disambut Jebat. Memang dah buat aturan, setiap hari lain orang yang akan pegang kunci kedai dan akan datang awal lima minit.

Irine rapatkan baju sejuk ke badan. Sejuk mencengkam, lepas maghrib tadi dia masih tunggu Ked. Dari tadi tak balik- balik lagi suaminya itu ke pejabat. Sampai pukul  berapa ni nak tunggu? Aman kata Ked akan balik singgah pejabat juga sebab nak ambil barang. Nak tak nak, kena tunggu. Dia kena sering tunjukkan diri depan Ked lagi, biar suaminya tu jatuh cinta kali kedua. Betul tak???

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience