Part 3

Romance Completed 9639

Irine resah. Selang lima minit dia tengok jam dekat tangan. Kejap bangun, kejap duduk. Namun kelibat orang yang dia tunggu tak muncul lagi hari ni, sama macam semalam. Irine betulkan baju sejuk dekat badan. Ini je la cara kalau nak jumpa lelaki yang muncul dalam solat istiqarahnya. Malam ni dah kena balik Malaysia.

sementara tu dekat rumah sewa Adira dan Benz

"Betul ni kau tak nak ikut?" Benz pakai kasut dekat muka pintu.

"Korang pergi la. Aku nak hilangkan penat." Ked melaung dari dapur. Tengah cuci gelas. Nanti malam nak berjalan lagi.

Adira cebik. "Apa yang dia penat pun tak tahu la." Gumam Adira perlahan dengan kedua tangan dalam saku sweater. Penat tengok tv namanya tu kalau tak bergerak dari semalam.

Benz sengih dengar Adira cakap macam tu. "Dia penat otak tu. Sel sel baru nak berhubung." Dia bangun dan capai kunci kereta belakang pintu.

Adira merangkul lengan kanan Benz. "Ked, kita orang keluar dulu!" Sempat dia melaung memberitahu sebelum menutup pintu.

"Okey."

-------------------------------------------------

"Irine, kau kat mana? dari pagi tak balik-balik?" Risau aku dibuatnya. Tahu la tanah Korea ni dah habis jelajah masa study dulu. Tu bukan syarat boleh terlepas dari bahaya. "Dah nak masuk waktu zohor ni." Dia mengingatkan.

Irine betulkan letak samsung dekat telinga kanan. Dia bangun dari kerusi. serba salah pulak buat member ni risau. "Aku ada hal sikit." Kepala masih pandang kiri kanan. Betul, kelibat lelaki tu dah tak ada. "sekarang dah...settle." Dia dah putus asa.

"Ha, elok la tu. Cepat balik, aku nak ke anat lab kejap lagi. Nanti tak jumpa pulak ucap selamat tinggal." Malam ni dia tak dapat hantar Irine dekat Airport. Satu hari ni full kuliah. Mana dengan meeting MPP lagi.

"Okey. Aku nak balik dah ni. Jumpa dekat rumah." Dia matikan panggilan. Beg sandang tepi dekat kerusi dicapai. Kepala masih lagi mencari kelibat seseorang yang dia cari dekat sekeliling. Namun, hampa. Tanpa sedar dia mengeluh. Bukan rezeki namanya. Lagipun... dia berjalan menuju ke tren bawah tanah. Mesti la lelaki tu terkejut bila dia melamar macam tu je. Mesti lelaki tu ingat dia terencat akal. Tak pun gadis yang tak tahu malu.

"Uh, sorry." Adira betulkan beg shopping dekat genggaman. Salah dia ralit nak cari telefon dalam saku tak perasan dah langgar seseorang.

Irine hanya senyum sebagai balasan it's okey. Dia kemudian tunduk gaya rasmi orang korea selalu buat dan kemudian berlalu pergi.

Adira bekerut kening. Dah lama tak nampak orang melayu dekat kawasan ni. Tergamam dia sekejap sebelum kembali mendapatkan Benz di hujung tangga yang tengah menyembag dengan rakan sekerja.

-----------------------------------------------------

Talian bersambung. "Uda, Ucu dah gerak balik ni. Nanti jangan lupa ambik dekat KLIA."

Daus yang baru selesai pakai baju nak keluar lepak dengan kawan-kawan kepit Lenovo antara telinga dan bahu. Dia sikat rambut. "Nanti kalau Uda lambat, ucu tunggu sekejap."

"Urm, okey." Dia matikan panggilan dan simpan beg dekat tempat sepatutnya. Dia melabuhkan duduk. Waaa...!!! lega dapat duduk. Dari tadi berdiri sebab tak ada ruang kosong nak duduk. Ramai gila orang hari ni. Dia tanggal kasut dan tarik sila. Tidur la, nak buat apa lagi. Dia pandang keluar tingkap sekilas sebelum tangan yang menampung dekat tepi tingkap menutup mata. Khayal.

"Assalammualaikum, boleh duduk sini?"

Siapa lak yang ganggu aku nak tidur ni.. Dia pandang sebelah.

Ked kaku.

Irine kaku.

Kapal terbang ni tiba-tiba rasa macam menjunam jatuh terhemas. Walaupun hakikatnya roda kapal belum mula bergerak.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience