Part 49

Romance Completed 9639

Bilik ditutup rapat. Irine campak beg tangan atas katil dan baring. "Argh!! Selesanya dapat baring atas katil suami sendiri." Dia sengih nakal. Mata masih tak lepas pandang kipas bilik yang ligat berpusing. Malam sehari sebelum dia bertolak ke kursus, dia dengan Ked buat 'pembedahan' dekat bilik ni la. Dia bangun duduk sambil kepala pandang sekeliling bilik mencari 'pesakit' yang berjaya di selematkan.

"Kak long?" Nasrul muncul di balik pintu yang separuh terbuka.

"Yup?" Dia tak alih kepala memandang tuan badan yang menegur.

"Buat apa ha?" Kaki Nasrul melangkah masuk ke bilik dengan Wani ikut di belakang.

"Cari pesakit." Irine bangun dan menghampiri almari koleksi kasut, jam dan tali leher suaminya.

"Huh?" Wani dengan Nasrul saling pandang. "Pesakit?"

"Jumpa pun!." Irine menjerit suka.

Dua beradik tu yang duduk atas katil memanjangkan leher melihat 'pesakit' yang dimaksudkan.

Irine tarik sengih sambil duduk atas katil juga.

"La!" Wani dengan Nasrul ketawa. Baru teringat, faham sangat kenapa kak long panggil benda alah ni pesakit.

Laptop yang dipanggil 'pesakit' tu dibuka. Gambar kenangan dia dan Ked yang berlambak dalam folder semua dah dilindahkan ke laptop sendiri. Langkah berjaga-jaga dan keselamatan.

"Kak long, rindu abang long ea?" Wani tongkat dagu atas sila.

"Rindu apanya, jumpa hari-hari." Nasrul pandang Wani dekat sebelah.

Pap! Belakang kepala Nasrul ditepuk Wani perlahan. "Rindu jumpa hari-hari tu tak sama dengan rindu yang ada dalam hati."

"Aduii!" Tapak tangan gosok belakang kepala. Nasrul pandang wani. "Sakit doh."

"Padan muka." Wani buat muka.

Irine tarik sengih. "Siapa tak rindu suami sendiri?" Biarlah ramai yang tanya dan berapa kali dia perlu jawab, hanya satu tu je jawapan yang dia boleh bagi. Betul, siapa tak rindu suami sendiri. Kan?

Kembar tu angguk. Betul juga kan.

"Sejak dah ada doktor Am ni, bukan main kau ea pandai nak menilai perasaan orang." Perli Nasrul.

"Ah! Kau. Tak ada kena mengena." Wani bela diri. Dia rebahkan diri baring di sebelah duduk Irine.

Skrin laptop pamer gambar Ked masa study dulu. Kenapa la gambar ni yang jadi pengganti gambar pre weding mereka. Irine sandar ke kepala katil. Nanti, dia akan pastikan skrin ni akan ada gambar dia dan Ked dengan 'kehidupan' yang baru.

"Pinjam, movie apa best dalam ni?" Nasrul tarik laptop menghadapnya.

"Awak ready?" Ked pandang depanya.

Irine angguk. "Ready." Dia hidupkan torch light dekat tangan kanan.

"Scapel" Ked hulur tangan.

"Awak yakin?" Irine minta kepastian. Pertama kali biar Ked lakukan pembedahan.

Angguk.

Double tape dihulur pada tangan Ked. "Awak hati-hati tau." Irine betulkan pegangan torch ligh dekat tangan.

"Awak kan doktor pemantau." Ked senyum. Dia kembali pandang wayar dekat tangan. "Jauhkan diri dari badan pesakit."

"Ai ai chip" Irine jarakkan diri sedikit. "Apa yang tak kena?"

"Organ dalaman dah rosak." Ked masih tak angkat kepala dari fokus dekat tangan.

"Perlukan penderma? Atau kita buang je organ yang rosak tu?"

"Gunting." Ked hulur tangan.

Gunting dicapai dari tepi dan diletak atas tapak tangan ked.

"Kita perlu buang organ ni dan semestinya kita perlukan yang  baru." Ked gunting hujung wayar.

"Kejap!" Irine letak torch light dekat bawah. Dia bangun berlari dapatkan barang 'injustion' tepi almari baju sebelum kembali ke katil 'pesakit'.

"Cepat! Cahaya,  tekanan darah dia menurun." Ked betulkan duduk.

Cahaya torch light Irine tala ke bawah. "Teknik cpr!"

"Dekat awak?" Ked angkat kepala.

"Haip!" Irine ketuk kepala Ked perlahan. Sempat lagi nak bergurau.

Ked ketawa. Suka dapat usik dalam situasi cemas macam ni.

"Fokus fokus fokus!" Irine betulkan duduk.

Angguk. "Okey, dah stabil. Tekanan darah dia kembali normal."

"Doktor ni pandai la" Irine puji sambil tepuk bahu Ked perlahan.

"Berkat usikan cpr tadi kot." Ked senyum.

"Buat apa tu?" Wani berdiri dekat pintu sambil buka lampu

"Pembedahan." Serentak Ked dan Irine jawab sambil pandang Wani dengan Nasrul.

"Huh?"

"Abang long nak cuba jadi doktor." Irine senyum tahan ketawa. Layankan je la karenah suami ni.

"Laptop?" Nasrul macam tak percaya. Pun boleh! Dia geleng kepala ketawa.

"Doktor! Darah dia mercik!" Wani muka terkejut. Dia berjalan menghampiri katil.

"Kecemasan!"  Jerit Irine.

Nasrul kembali tutup lampu dan berlari ke arah katil. Macam best je berlakon dalam situasi bilik bedah.

"Nak join!" Naila muncul.

Dan malam tu bilik memang riuh dengan gelak ketawa mereka.

"Buat apa? Jom turun makan." Daddy masuk dalam bilik.

Irine senyum geleng kepala teringat waktu tu.

"Mummy tunggu dekat bawah tu." Daddy tepuk bahu Nasrul. "Tengok movie je keje dia. Patutnya dah mula bekemas, awak tu nak sambung belajar." Bebel daddy.

Nasrul bangun malas dan tolak laptop ke tepi. "Kacau line la daddy."

Ketawa Irine pecah. "Nak jadi budak U memang kena nerk sikit."

Daddy pandang Wani. "Tu, kejut dara sorang tu. lepas tu turun makan."

Irine pandang sebelah. Dah lena rupanya adik sorang ni. Dia beralih pandang daddy. "Nanti kami turun"

Daddy angguk sambil sarung kopiah atas kepala dan melangkah keluar bilik.

Minah ni tidur dekat mana-mana pun boleh jadi. Baru je sekejap khayal dah lena, penat sangat agaknya mengemas bagasi. Macam mana tak penat dah kalau kemas macam nak pergi study luar negara. Padahal dekat lim kok wing jea.

Tangan tepuk perlahan lengan Wani. "Wani, bangun kita turun makan jom."

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience