Part 22

Romance Completed 9639

Irine menawarkan diri kemas bahagian Bbq memandangkan yang lain semua nak pergi pusat karaoke  keluarga. Dia memang tak minat dengan aktiviti yang satu tu. Lebih rela menyanyi dekat rumah sorang-sorang. Sumbang pun, cicak dengan lipas je dengar. Dari pagi lagi dia perasan yang Ked asyik memandangnya. Kalau Ked datang pun dia sengaja menjauh. Biar, biar dia belajar macam mana nak menilai perasaan sendiri. 

Aktiviti untuk hari ni dah selesai. Satu hari ni juga dia tak berkesempatan berdua dengan isterinya. Ked basuh tangan setelah selesai Bbq. Dari jauh nampak Irine tengah mengumpul pinggan pakai buang dan meletakkan dalam plastik hitam. Hati rasa tak selesa bila Irine buat senyap dengan nya. Perasaan rasa nak gila bila nampak Irine mesra dengan kawan sekerja lelaki dari mesra dengan suami sendiri. Alah, bukan mesra macam mana pun. Senyum je. Satu suara memujuk. Senyum pun? Kalau suami tak benarkan, berdosa tau. Satu sisi pulak bersuara. Dia kemudian menghampiri Irine.

"Saya tolong." Ked bersuara sambil membetulkan kedudukan plastik hitam yang tak seimbang tu.

Irine angkat kepala. Dia pandang Ked sekilas kemudian meneruskan kerjanya.

"Kejap lagi saya nak ajak keluar?"

Diam. Tangan je lincah masukkan sampah ke dalam plastik yang dipegang Ked.

"Esok petang dah nak balik. Jom la, saya bawa pusing pantai." Malam macam ni pemandangan mesti cantik.

Irine capai plastik hitam dari tangan Ked.

Ked terngkat kening. Dia pegang kuat plastik dalam genggaman.

"Awak kata nak jalan-jalan dekat pantai." Nak tolong buang tak bagi pulak.

"Tak apa saya tolong buangkan." Ked ikat plastik dan letak ke dalam tong sampah.

Irine basuh tangan kemudian berjalan sambil memeluk tubuh.

Ked berjalan di belakangnya.

Masing-masing diam. Seolah memberi masa untuk berfikir kata yang sesuai untuk diluahkan.

Irine terkejut bila terasa ada sesuatu menyentuh bahunya. Dia memusing kepala. Ked pakai kan dia baju sejuk. Entah sejak bila ada baju sejuk ni dalam tangan dia pun tak perasan.

"Doktor pun boleh jatuh sakit." Ked berjalan di sebelahnya.

Diam lagi.

"Awak betul-betul suka dekat Ina?"

Ked berhenti melangkah. Dia memandang Irine.

"Aman. Dia dah cerita dekat saya masa awak kena bertugas dekat Kuantan hari tu." Ina, gadis yang berjaya buat Ked mula senyum dengan makhluk bernama perempuan. Ina, gadis yang berjaya menawan hati Ked walaupun dia sedar dan tahu bahawa Ina milik tunang orang. Ina, gadis yang meluahkan segala masalah dan memerlukan seseorang di sisinya, Ked ada hulur bantuan menghampiri.

Aman ni memang pemberi maklumat tak bergaji ke? Ked memandang Irine yang masih memandang pasir di kaki.

"Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi untuk buat awak nampak saya." Irine pusing belakang menghadap pantai.

Ked tersentak. Irine betul-betul kecik hati ni. Macam mana nak pujuk? Bukan macam adik perempuan nak dipujuknya. Perlahan Ked menghampiri. "Awak..."

"Saya boleh faham kalau semua ni salah saya. Kalau bukan sebab saya beria nak kahwin dengan awak, mesti sekarang ni awak dengan Ina kan."

"Awak, kenapa cakap macam tu." Ked tarik tangan Irine supaya menghadapnya. "Awak, dulu awak juga yang kata kita ada jodoh. Yea saya mengaku saya memang suka Ina, tapi itu dulu."

"Sekarang?" Irine memandang mata Ked.

"Saya sayang awak."

Irine masih tak mengalih pandang dari mata Ked.

"Saya sayang awak." Betul, sejak Irine berjauh diri darinya baru terasa kehilangan. Dan apabila diuji begini baru terasa di mana terletaknya hati. Kenyataan yang menakutkan untuk ditolak. "

Hati terasa berbunga tanpa dibaja. Irine, sebelum kau keluar dari bilik tadi ada terhantuk dekat mana-mana dinding ke? Aku tak biul sekarang ni kan?

"Ina kisah lama saya. Yea, saya akui yang saya suka tengok senyuman dia. Tapi itu tak membawa apa-apa makna bila saya kehilangan senyuman awak."

Aaaaaaaa.... kenapa Ked lain sangat malam ni. Terasa lemah nak berdiri. Menggigil lutut rasa. Dengan pandangan mata penuh kasih tu.

"Awak...."

Ked menarik Irine dalam pelukkanya menghentikan isterinya dari bercakap. "Bila dah jadi macam ni.... hati tak tahu nak menjawab macam mana." Ked merenung cahaya lorong di depannya. "Saya baru sedar saya sebenarnya dah mula sayang dekat awak." Sejak awak balik lambat saya risau, sejak awak kerja penat saya risau, sejak awak jauh dari mata saya rindu, dah ada depan mata pun bertambah rindu.

Irine perlahan mengangkat kedua tangannya dan memeluk erat Ked. Dia kemaskan genggaman. Sungguh, ini la yang dia nantikan sejak mereka berkahwin mula dulu. Kasih sayang dari Ked.

"Dan saya berdoa agar kasih sayang ni mendapat rahmat Allah untuk kita sekeluarga."

Irine angguk dalam pelukan Ked. "Macam mana awak tahu saya, Nur Irine untuk awak sayang?"

"Saya tak tahu."

"Dah tu macam mana awak boleh kata awak sayang saya?"

"Istiqarah." Ked menjawab pendek.

"Just that?"

"Yea."

Irine senyum segaris. Ini dah macam dalam drama, nasib baik la pantai malam macam ni tak ramai orang. Kalau tak buat malu je.

"Awak dah lega? Masih marah dengan saya?"

Geleng.

"Cemburu dengan Ina lagi?"

"Tak la." Dia pejam mata. Erk! Dia tersedu. Dia lepaskan pelukan dari Ked dan menutup mulut.

"Sedu?"

Angguk.

Dia meniup tapak tangannya dan letakkan ke atas dahi Irine. "Untuk hilangkan sedu awak." Ked senyum.

Irine kaku. Senyuman Ked tu berapa megawat dalam kiraan?

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience