Part 36

Romance Completed 9639

Hari ni kena cari stok untuk bulan ni. Irine tanda merah pada papan menu yang tergantung dekat dinding dapur. Minggu depan dah boleh bukak ruang baru untuk aiskrim campur. Pen dekat tangan dibuat ketuk dagu memikir dengan satu tangan berpeluk tubuh.

"Bos, senarai nama untuk temuduga saya letak atas kaunter depan." Hadi masuk dapur dengan kotak roti.

"Ramai?" Dia pandang Hadi.

"Ada dalam sepuluh orang. Enam lelaki dan perempuan empat."

Irine tarik kerusi dapur dan duduk. "Ramai tu..." Dia memikir. "Nak pakai enam orang je." Tiga untuk ruang aiskrim yang bakal dibuka. Dua di dapur untuk membantu Hadi dan satu lagi dekat kaunter depan.

"Bos!"

"Urm?"

"Ambil la sorang perempuan. Baru beseri sikit."

"Habis tu ni bukan perempuan?" Irine tunjuk diri sendiri.

"Bos lain."

"Apa lain?" Dia jengkelkan mata.

Hadi gelak. "Ye la bos, sekurang-kurangnya saya ada kawan berlainan jantina nak berborak. Mana tau tu jodoh saya."

Irine terangkat kening. Ke situ pulak dia fikir. "Bergantung pada prestasi kerja awak ea, Hadi."

"Okey bos." Hadi angkat tangan beri gaya okey. Bersemangat rasa nak kerja. Ahhahahah

Loceng yang tergantung di belakang pintu berbunyi. Hadi dan Irine serentak pandang ke ruang depan. Bunyi pintu terbuka. Ada pelanggan.

Hadi baru nak letak roti yang baru sampai dalam kabinet terhenti.

"Tak apa... teruskan kerja." Irine bangun capai apron dan diikat ke pinggang.

Pintu yang memisahkan ruang dapur dan juga ruang depan ditolak. "Selamat datang." Dia terus ke kaunter dan capai buku oder. Kertas yang dikatakan Hadi tadi sempat dicapai dan diletak dalam laci meja. Alamak! Boleh lupa pulak. Dia bergegas ke pintu dapur.

"Hadi! Resit semalam jangan lupa tampal dekat tepi peti ais." Nanti tak pasal-pasal, tak terbayar aku punya bil. Dia kemudian berpaling dan terhenti.

Lama dia kaku. Terasa keras buku oder dan pen di tangan. Terkejut melihat orang yang berada di depan. Dia tak mimpi kan?

"Kak Irine!"

Mendengar suara tu dia sengih. Baru terasa dia bukan mimpi. "BND."

Enam lelaki yang berdiri di depan Irine tarik senyum.

----------------------------------------------------------------------------------------------

"Apa?" Irine angkat kening.

"Macam mana kak Irine boleh tenang macam ni je?" AO pandang wajah senior depan ni tak percaya.

Irine tarik senyum. "Masa ni la Allah nak duga." Sama ada dia boleh terima tak Ked dalam keadaan macam ni. "Kesabaran tu memang tak payah cakap. Sekejap bateri full, sekejap hampir habis."

Yang lain angguk.

"Dah tu mana abang Ked sekarang?" Wan sandar belakang kerusi.

"Tu..." Irjne angkat tangan dan menunjuk ke arah bangunan di depan seberang jalan. "Abang Ked korang kerja dekat sana."

"Wah!!" Lee tepuk tangan terkejut campur kagum. "Kak Irine ni memang terbaik kalau dalam bab merangka strategi." Sebab tu la masa dekat sekolah dulu segala apa yang dirancang senior depan ni tak pernah tak jadi.

Irine sengih. "Sebab suami. Kalau bukan, lantak dia la."

Ketawa mereka pecah memenuhi ruang.

"Tapi kak kan... tak rasa rugi ke lepaskan title doktor tu?" Jebat bertanya setelah minghirup air apple. "Kerja dekat sini memang lari bidang kot."

"Urm..." Irine betulkan duduk. "Memang la masa mula-mula tu rasa macam tak boleh lepaskan. Ye la, hampir lima tahun setengah akak belajar dekat Korea tu. Terasa macam membazir masa pun ada." Dia pandang ke luar. "Tapi... pengorbanan ni lagi berbaloi andai Allah kata dengan ujian ni kak dapat hikhmah di sebaliknya."

Enam kepala angguk faham. Betul la, semuanya berbalik pada takdir Allah. Kun Fa Ya Kun.

"Korang nak makan roti apa?" Irine kesat hujung mata yang terasa beranak sungai. "Hari ni kak belanja" Tak nak la sedih, sepatutnya dia gembira sebab BND masih ingat senior ni.

"Hari-hari belanja boleh gemuk ni." Vid letak samsung atas meja.

"Hari ni je. Hari lain bayar la, tutup kedai awal kalau macam tu." Irine hulur menu depan Kim.

Vid sengih sambil selak rambut ke belakang.

"Ni, dah kenapa dari tadi senyap je?" Irine pandang Kim.

Huh? Kim angkat kepala memandang Irine.

Irine angkat kening bertanya.

Lima kepala lagi pun fokus memandang Kim.

"Kak..." Kim kemudian memandang yang lain sebelum kembali memandang Irine. "Kak ada nak pakai pekerja tak?"

Dahi Irine bekerut. "Apa?"

"Kim nak kerja dekat sini." Dia meluahkan hasrat. Nak bekerja bukan sebab duit, tapi sebab nak balas jasa senior depan ni waktu sekolah dulu. Tapi kalau dia cakap sebab dia nak kerja dekat sini, nanti mesti kena tolak.

"Study macam mana?" Kim. Masih study untuk Master dalam Pengajian Bahasa.

"Kim cuti sem tiga bulan." Dia mengharap. Niat dia nak kerja tanpa gaji.

Irine pandang yang lain sebelum kembali memandang Kim. "Kalau macam tu... tak kisah ke gaji kecil?"

"Kita orang tak kisah." Lima yang lain jawab.

Eh? Irine berpeluk tubuh. "Ni siapa yang nak kerja?"

"Kita orang." Lee jawab laju.

"Wei...?" Kim sendiri terkejut dengan keputusan yang lain.

Irine bulat mata. "Kau orang?"

Angguk.

"BND?"

"Junior akak."

Huh? Irine betulkan tudung. "Jangan jadi gila boleh tak." Masih tak boleh diterima akal. "Belajar tinggi-tinggi nak kerja dekat kedai roti je?"

"Ala kak Irine ni." Jebat sandar belakang kerusi. "Kita orang ni kerja tak payah risau. Bila-bila je boleh masuk pejabat."

Kening Irine bekerut. Macam mana la dia boleh lupa yang dia pernah belajar di sekolah private. Tahu la masing-masing anak Dato dengan Tan Sri, sesuka je hati nak masuk syarikat bila pun. Sama je macam Ked tu.

"Setakat untuk tiga bulan, apa la sangat. Nak teman si Kim ni ha dekat sini." AO letak kedua tangan atas meja.

"Deep gila doh." Kim pandang wajah-wajah yang sentiasa ada. Terharu.

"Dah mula la tu." Wan mengeluh. "Tak payah buat drama sedih boleh tak?" Dia geleng kepala.

Ketawa pecah sekali lagi memenuhi ruang.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience