Part 15

Romance Completed 9639

Irine keluar kerja awal hari ni. Seboleh-bolehnya nak mengelak dari bertembung dengan Ked. Bangun pagi tadi pun nampak dia masih lena dekat sofa depan tv. Hampir kantoi bila mama tanya kenapa Ked tak masuk bilik malam tadi. Dan bola yang sentiasa besiaran dekat tv sport tu menyelamatkan keadaan.

"Dia tertidur lepas tengok bola la tu."

Dan mama terus tak kata apa. Sebab uda pun dua kali lima tidur depan tv.

"Awal hari ni?"

Irine berpaling ke sebelah. Tina letak pinggan nasi goreng yang baru diambilnya.

"Banyak kerja kan hari ni?"

Tina angguk. "Kau macam mana semalam?"

Bercakap pasal semalam. Terasa muka macam kena simbah minyak cap kapak botol besar. Panas semacam je. Tahu maksud Tina, risau keadaan dia yang balik dengan jiwa kacau. Tapi sekarang ni dia membayangkan kejadian Ked peluk dan memujuk dia tu.... Arghhh!! Rasa nak hantuk kepala dekat dinding bagi lupa ingatan.

Sebaik habis dia tahan muka tak beriak apa-apa. "Alhamdulillah okey." Mau dia tak okey, suami sendiri pujuk. Ngeee...

"Minggu depan jadi tak suami kau join?"

"Apa?" Join apa ni. Ada aku lupa apa-apa ke?

Tina habiskan kunyahan dalam mulut. "Jangan cakap kau makan semut banyak sangat sampai lupa."

"Serius ni. Aku tak ingat. Kita ada apa-apa program ke?" Dia bekerut kening.

"Family Day?" Tina angkat kening.

Irine sandar belakang kerusi. Sungguh la dia memang ada makan semut gamaknya. Macam mana boleh lupa aktiviti setiap tahun hospital ni.

"Mesti kau lupa bagi tahu suami kau kan?"

"Bukan lupa tak bagi tahu Kes. Aku pun lupa kita nak Family Day ni." Irine tengok kelender dalam lenovo. Betul, minggu depan macam biasa setiap tahun. "Bila meeting?"

Tina letak cawan sirap ais. Lega dapat hilangkan dahaga. "Esok."

"Tapi aku tak janji dapat join ke tak. Sebab kau tahu la Ked tu kerja apa. Susah sikit nak bawa dia pergi program macam ni."

"Apa guna jadi isteri. Pujuk la dia."

Irine buat muka. "Amboi kau... cakap senang la. Nak bagi tahu dia tu aku." Nak ke Ked join?

"Ala... kau balik nanti. Kenyit2 mata dulu. Suap dia makan. Urutkan badan dia. Lepas tu bagitau la pasal ni. Mesti dia setuju nak join punya."

Erk! Irine cubit lengan Tina. "Kau kalau cakap gaya macam dah ada suami."

Tina ketawa. Betul la memang kena macam tu kan. "Kau cuba dulu." Dia habiskan suapan terakhir.

Aku nak buat macam tu? Kejadian semalam pun dah haru biru, ni nak suruh aku buat macam apa yang dia cakap pulak. Tak pasal-pasal Ked ingat aku dah gila. Kalau cakap aku sayang kau macam biasa tu boleh la. Itupun dia cakap sebab nak kenakan Ked. Suka tengok dia gelabah. Dan lepas kejadian semalam boleh lagi ke lidah ni menyebut macam tu?
Huh! Rasa berbahang je pipi. Dia geleng dan berpaling ke sebelah.

Tina dah bangun. "Jom. Aku kena ronda wad empat hari ni"

-----------------------------------------------

"Yang kau senyum nak terkoyak mulut tu kenapa?" Aman tarik kerusi depan Ked.

"Aku happy tak boleh?" Ked buat lagak biasa. Meski dalam hati dah mengutuk diri sebab tak boleh kawal senyum. Haila Ked....

Aman senyum segaris. "Aku suka tengok kau senyum. Tapi senyum kau hari ni macam menyeramkan je."

"Siot" Ked buka laporan atas meja. "Kau dah tak ada kerja ke nak buat?"

"Tak ada." Aman menjawab selamba. "Isteri kau mengandung ke?"

Hampir jatuh Ked dari kerusi dengar soalan Aman. "Kau melalut apa ni?"

"Mana la tahu." Aman masih dengan reaksi biasanya.

"Kau pergi buat kerja tak..." Ked membesarkan mata. "Kalau tak gaji bulan ni..."

Aman bangun. "Okey... okey. Aku cari kerja." Sempat lagi dia buat muka. Main ugut-ugut lak.

Ked angguk. "Bagus." Dia angkat tangan beri arahan supaya Aman kembali ke meja kerjanya.

"Assalamualaikum. "

Ked dan Aman berpaling serentak ke arah pintu.

"Apa? Macam nampak hantu je?"

Aman pandang Ked.

"Ina..." Ked bangun dari duduknya.

"Suprise!" Ina senyum melangkah ke meja Ked. "Mesti kau tak sangka aku datang secepat ni?"

Aman masih memandang gadis yang berdiri depan Ked.  Ina... gadis yang Ked pernah cerita tu. Gadis yang dia kenal juga.

Ina berpaling. "Aman. Kau tak berubah kan."

Huh? Muka kelam.

"Asyik dengan wajah terkejut tu je." Ina gelak. "Yea, ni aku. Ina yang sama krusus dulu."

Aman tarik senyum payah. Tak kan la Ked senyum sebab Ina? Bukan sebab Irine? Jangan buat pasal Ked.

"Jom. Ina belanja korang berdua." Dia tengok jam dekat tangan kanan. "Dah masuk waktu makan tengah hari." Dia berpaling pandang Ked dan Aman.

"Tak apa. Korang berdua pergi. Aku dah janji dengan isteri aku nak balik makan." Mengamuk pulak Dhia nanti.

"Owh, lupa hari tu Ked ada cerita kau dah kahwin." Ina simpan fon dalam tas tangan. "Tahniah. Walaupun lambat."

Aman tarik senyum. "Tak apa."

"Jom, kita gerak." Ked besuara setelah dari tadi senyap. Dia dah berdiri sebelah Ina.

Ina angguk. "Kirim salam dengan wife kau." Ina sempat berpesan memandang Aman.

Ked bagi ruang Ina berjalan dulu. Dia kemudian memandang Aman dengan pandangan 'nanti aku cerita'

Dan balasan pandangan Aman pula menyatakan 'siap kau nanti' Berani buat skandal belakang kakak ipar. Dan senyuman kau tadi memang betul-betul menyeramkan.

Bersambung... 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience