Part 26

Romance Completed 9639

Beg yang dah siap dikemas diletak tepi pintu. Esok dah kena pergi krusus tiga hari. Barang-barang nak guna esok pun sempat dah beli petang tadi. Berjalan sakan dia orang hari ni. Dia capai tuala muka dari tempat gantung tuala. "Tiga hari ni tolong la tengokkan bebudak tu." Irine pandang Ked sekilas yang duduk atas katil.

"Cik akak Irine. Saya ni abang long dia orang. Dah biasa handle. Jangan risau." Ked terus kan pembacaan yang terhenti.

"Ingatkan je. Jangan nanti balik ada yang report macam-macam."

Ked buat muka. "Awak nak masuk bilik air kan?"

"Ye la. Kenapa?" Irine terangkat kening.

"Masuk cepat. Tak payah membebel dekat saya."

Irine bulat mata. Di katanya aku membebel. "Okey, fine." Dia melangkah masuk dalam bilik air. Dia capai berus gigi dan ubat gigi. Apa lagi nak ingatkan dekat Ked ni? Dia kumur mulut sekali dan gosok gigi. Tak percaya tinggal budak-budak remaja tu dengan lelaki dewasa separuh remaja ni. "Awak?"

"Urm?"

"Nanti jangan lupa ambil barang dobi."

"Ok."

"Awak tu bangun pagi jangan lupa minum susu dulu." Dia pesan dengan mulut penuh buih. Sebab Ked kalau dah kerja, dia tak ingat nak makan. Lepas tu mula ada gastrik datang bertandang.

"Yea."

Irine berkumur dan bersihkan gigi. berus gigi kemudian diletak dalam cawan. Dia capai pencuci muka dari kabinet tepi cermin. "Pastikan awak jangan lupa kunci pintu depan dengan belakang sebelum tidur." Sebab memang dia yang selalu ingatkan. Ked tu ambil mudah je. Dia basuh muka sekali. Pencuci muka dipicit atas tapak tangan. "Kalau nak guna dapur, pastikan lepas tu bersih dan selalu tutup api."

Diam.

Pencuci digosok perlahan ke muka. "Ha, lagi satu esok hari khamis kan? Jangan lupa bayar semua bil api, air, astro, wifi tu." Dia buka mata.

"Arght!" Irine terkejut. Hampir je nak tergelincir jatuh. Ked berdiri betul-betul belakangnya dalam pantulan cermin depan.

Ked renung dia dalam cermin.

"Apa?"

Ked angkat kedua tapak tangan dan tolong cuci muka Irine.

"Awak!!!" Irine geleng kepala cuba halang Ked yang dah mencuci mukanya.

"Denda sebab bebel dekat suami sendiri."

"Awakk!!!"

----------------------------------------------------------------------------------------------

Irine keluarkan beg dari bonet kereta. Penatnya perjalanan dari KL ke Langkawi ni. Lepas tu nak kena naik feri pulak untuk sampai ke resort kursus.

"Dah?" Hawa tutup pintu kereta.

Angguk. "Dah. Jom, aku sakit pinggang dah ni." Nak je cepat sampai.

"Nasib baik la mula malam. Dapat la berehat tiga jam." Hawa betulkan beg tangan dekat bahu.

Beg polo ditarik sebelah tangan. Irine bersin beberapa kali. Aku la, alah betul dengan habuk ni. Dia kemudian berjalan mengikuti Hawa. Alhamdulillah, ada geng. Hawa ni memang selalu jumpa kalau ada kursus dekat mana-mana. Bertugas dekat Kuala Lumpur juga, beza hospital je.

"Aku rasa ini kita jumpa balik lepas kau kahwin kan?"

"Ha,ah." Sebab last jumpa dulu sebelum dia ke korea cari Ked tu.

"Tahniah tau. Dan sorry sebab tak dapat datang wedding." Hawa pandang sebelah sekilas sebelum menaiki feri. Memang dia dapat jemputan, tapi kebetulan pada hari abang dia kahwin juga sebab tu tak dapat datang.

"Tak apa."

"Tapi malam ni aku belanja makan malam okey?"

"Dekat resort kan dah ada sediakan makanan?" Tak payah la kot membazir.

"Sekali sekala makan kat luar." Lagipun macam la tak tahu kalau makanan untuk kursus ni biasanya macam mana.

"Aku rezeki jarang tolak." Irine angkat kening. Hahahaaha.

Mereka berdua duduk dan letak beg ke tepi. Ini kali pertama naik feri. Jauh betul tempat krusus kali ni, biasanya sekitar KL je.

"Tapi kau tak pelik ke?" Hawa tiba-tiba memandangnya.

"Pelik apa?"

"Ye la. Krusus kali ni luar KL. Kenapa?"

"Mungkin sebab ada 'big boss' kot turun padang." Irin cuba meneka. Entah la, dapat surat pun baca yang depan je. Helai belakang tentarif tu tak baca. Dah tahu mesti benda yang sama tulisannya macam sebelum ni. Ke tak?

Hawa keluarkan surat dari beg tangan. Dia semak lagi sekali isi surat. Sebab dia pun jenis sekali pandang je baca surat kursus.

"Ada ke?"

Huh? Hawa bulat mata. Dia pandang Irine. "Betul la. Ada 'big boss'."

Dan kedua-dua nya tak dapat kata apa-apa. Sebab kalau ada orang besar ni, biasanya waktu 'kuliah' akan berlipat kali ganda.

"Baru je nak felling cuci mata." Sebab alang-alang dah sampai sini. Bukan senang nak datang bila dah sibuk dengan pesakit. Hawa sandar ke belakang sambil mengeluh berat.

Irine keluar kan lenovo dari beg tangan. Dia mendail nombor Ked. Sebab kalau dah macam gini gaya, nak pegang fon tak dapat nanti.

Talian bersambut.

"Assalamualaikum awak...."

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience