Part 46

Romance Completed 9641

Ked tolak pintu pejabat.

"Semalam keluar dengan Irine?" Aman senyum senyum dekat mejanya.

"Argh! Pagi-pagi aku menghadap muka kau ni hilang mood tau." Ked buka butang kot dan tarik kerusi duduk.

Aman buat muka. "Kurang didikan tatasusila betul kau ni."

Ked ketawa. "Hari ni ada apa-apa? Kes semalam tu dah settle kan?"

"Pasal semalam aku dah bagi Saidah settle, sekarang ni kes hari ni pula." Pen dekat tangan diketuk atas meja.

"Kes baru?"

"Lebih kurang la."

"Apa dia?"

"Kes pasal kau dengan Irine." Aman angkat kening mengusik.

"Banyak main la." Ked malas layan. Fail laporan bawah meja dicapai.

"Cerita la apa yang jadi semalam?"

"Cerita apa. Aku belanja dia makan je sebab tolong kenalkan aku dengan doktor Am tu." Ked semak laporan."Tu je."

"Tu je?" Muka kecewa.

"Dah tu kau mengharap apa?" Ked pandang Aman.

"Kot la kau pulak ajak dia keluar makan ke, beli kan dia bunga ke."

Ked berdehem kecil. Dia kemudian kembali semak laporan. "Aku ni cukup la ada Ina sorang." Mampus aku kena sakat kalau Aman tahu aku suruh ninja belanja makan. Maaf la Ina, naik nama pulak.

"Ina... Ina.. Ina..." Aman geleng kepala sambil tutup laporan dan bangun.

"Pergi mana pulak tu?" Ked angkat kepala pandang Aman yang dah sampai pintu.

"Jumpa ninja kau la. Kau tak nak, aku buat jadi bini nombor dua." Aman buka pintu dan terus keluar tanpa memandang reaksi Ked.

"Kau..." Ked buat muka. Dia kemudian sandar ke belakang kerusi.

*wasup masuk*

Ked buka iphone. Whatsup dari Ina.

'Morning. Lunch hari ni?"

Ina... Ked berfikir. Aku masih ada perasaan lagi ke dekat gadis ni?

'Okey tempat biasa.'

Mungkin belum ada apa-apa perubahan tentang soal hati setakat ini.

Ked pegang perut. Lapar la pulak, adui! Lupa minum susu. Sarapan pun tak lagi. Mana pulak pergi Aman ni. Dia bangun. Tak sempat nak ajak keluar sarapan dah pergi dulu.

Irine tolak baldi mop keluar pintu. Tuala good morning diletak atas bahu. Dan botol cecair sabun di tuang separuh dalam baldi yang sudah ada air.

Kawasan ruang tingkat tiga kosong. Kebanyakkan pekerja keluar sarapan setelah punch card. Ked pandang kiri kanan cari kelibat Aman.

Kaki jengkit nak ambil penutup botol atas troli. Maklumla la orang pendek ni ada kelebihan dan kekurangan.

"Eh?"

Huh? Irine pandang belakang terkejut. Kaki tak dapat nak imbang badan dan botol dekat pegangan jatuh ke lantai.

"Hati-hati." Ked sambut tangan kanan Irine.

Irine mengucap panjang. Hampir je jatuh tadi. Dia pegang perut dan kemudian pandang Ked. Kalau jatuh atas cecair sabun ni, tak tahu la apa jadi.

"Awak okey tak ni?" Bertanya risau.

"Yang awak terkejut kan saya kenapa?" Irine tarik tangan dari pegangan Ked.

"Mana ada saya terkejut kan awak. Saya pelik je." Ked masukkan kedua tangan dalam saku seluar.

"Pelik kenapa?" Irine tunduk capai botol cecair yang dah tinggal separuh.

"Ye la, sepatutnya tingkat ni kan Darus yang handle, lagipun banyak tempat bahaya untuk perempuan." Sebab tu la kenapa dia tugaskan tingkat tiga pada pekerja lelaki.

Irine sandar belakang dinding. "Owh, tadi Daus ada minta tolong. Sebab dia ada hal. So saya buat la kerja ni dari tingkat tiga sampai bawah."

Ked capai penutup botol atas troli dan serahkan pada Irine. "Apa pulak main pas kerja ni. Dia ada hal apa?"

Alamak. Nada suara Ked ni dah lain macam je. "Jangan la marah Daus. Saya yang offer diri nak tolong dia."

"Awak tahu tak tingkat tiga ni bahaya. Tengok tadi, barang-barang semua atas troli tinggi. Dah tahu pendek..." Tanpa sedar dia dah mula membebel.

"Mana la saya tahu bahaya ke tak tingkat ni." Irine buat muka.

"Lain kali tanya. Jangan pandai-pandai nak tolong orang lain sampai bahayakan diri sendiri."

Irine berdiri tegak. "Baik la, bos"

Ked kecilkan mata pandang Irine. Ninja ni....

Ketawa Irine pecah. Dia letak botol tepi baldi dan cabut sarung tangan. Plastik roti sosej ditarik keluar dari poket apron kerja. "Nah." Dia hulur dekat Ked.

"Apa?" Ked bekerut kening.

"Roti sosej." Irine senyum. "Awak kan selalu lupa nak sarapan pagi. Susu pun tak minum. Jadi saya bagi la roti ni dekat awak."

"Mana awak tah..."

"Aman cakap."

Ked smabut huluran dari Irene. "Awak makan apa" Dah kalau bagi aku, ninja ni makan apa?

"Saya dah sarapan dekat kedai tadi." Batang mop dicapai dan diletak atas lantai yang bersabun tadi.

Ked angguk. "Thanks" Dia kemudian jalan melepasi Irine. Tak lama kemudian dia pusing balik ke belakang. "Ini bukan belanja yang saya minta tu kan. Denda?" Tak kan la....

Irine angkat kepala pandang Ked. "Bukan la. Ini belanja sebab awak tolong saya tadi." Bibir mengukir senyum. Alahai, comel betul.

"Owh, yang saya minta belanja tu saya tak bagi tahu lagi ea." Ked mengingatkan.

Senyum Irine dah sampai tujuh megawat. "Yea." Ahahah.. comelnye Ked bila buat muka risau macam tu.

Ked angguk. Dia kemudian berjalan menuju ke arah lif.

'Saya akan tunggu awak la, sebab saya tahu awak nak guna peluang denda tu bila masa yang sesuai kan' Irine pandang Ked sampai suaminya itu hilang dari pandangan.

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience