Part 74

Romance Completed 9639

Lenovo di letak atas meja. Irine capai pinggan buah epal dan lai yang dah siap dipotong dan bawa ke ruang tamu. Alhamdulilah, dah balik duduk sekali dengan Ked. Rumah ku syurga ku. Dia duduk sebelah Ked. "Awak, tadi kawan saya call."

"Siapa?" Mata tak lepas dari perlawanan bola dekat tv.

Irine tarik sila atas sofa. "Ingat lagi tak saya pernah cerita pasal kawan saya nama Naja?"

"Yang study dengan awak sekali tu dekat Korea?"

Angguk. "Tadi dia cakap dengan saya dia nak turun KL. Dah lama tak balik sini." Naja lepas kahwin terus menetap di Korea.

Epal Ked capai sepotong. "Kenapa, husband dia ada buka galeri dekat sini pula ke?" Dia kenal Pa'an pun dari cerita isterinya. Disuap sepotong epal ke dalam mulut.

"Tak ada la. Dia balik sebab nak pergi kenduri kawen kawan Pa'an. Jadi diaorang ingat nak singgah sini melawat kita."

Ked pusing ke sebelah. "Nak masak tengah hari tak?"

"Awak hantar saya pergi pasaraya esok?" Bukan apa, sejak dua tiga hari ni mood dia rasa macam tak selesa nak bawa kereta sendiri. Pergi kerja pun sekarang Ked yang hantar.

"Boleh. Untuk ninja kesayangan saya." Ked tarik Irine rapat denganya.

Kepala Irine letak sandar pada bahu Ked sambil tersenyum. Bersyukur dapat suami yang panyanyang dan memahami macam ni. Serta merta ingatanya teringat perbualannya dengan Naja.

Irine angkat muka dari backpack. Pengumuman kali kedua dari balai berlepas. Tangan tahan kuap dan dia meraup muka. Baru teringat...novel! dia pandang bawah melihat ke kaki. Tak ada... huh? Mana pulak... kepala pandang ke kerusi sebelah. Dia tarik senyum lega.

"Sorry... sorry lambat. Beli majalah." Naja datang dengan wajah mencari udara untuk bernafas.

Mesti minah ni lari tadi fikirnya.

Mereka bangun berjalan ke arah bording pass.

"Kau bila nak cari calon suami?"

Naja muka herot.

Irine ketawa. Tak pedulikan ramai manusia di sekeliling memenuhi airpot Korea.

"Gila." Naja menjulingkan mata. Ada ke patut suruh aku cari calon suami. Mentang-mentang la kepala dia penuh dengan sylibus perkahwinan. Dengan aku dia nak jangkitkan badi tu. Uh!

"Betul la." Irine tarik sengih.

Naja muka kelam. Malas layan. Tapi kan, dia berdoa juga dalam diam yang agar hasrat kawanya ini tercapai nak kawen sebelum 25 tahun. Sebab semalam...

"Kau tahu, sejak minggu lepas aku buat istiqarah."

Pen yang dia kemam dalam mulut jatuh. Kepala berpaling dari statistik ke wajah Irine.

"Aku tiba-tiba je rasa nak buat solat tu."

Naja angkat kening tanda suruh Irine menyambung.

"Tiga hari lepas tu aku ada la dapat bayangan ni."

"Bayangan apa?"

"Bayangan seorang lelaki datang minta izin nak hantar rombongan meminang."

"And...?" Naja pula rasa teruja.

"Aku terkejut la kot. Mimpi apa macam tu?" Irine tunduk bermain dengan pensel melukis di tangan. "Tapi aku bersyukur la sebab Allah jawab doa aku. Cuma..."

Naja senyum nipis. "Cuma kau tak puas hati sebab tak dapat tengok wajah lelaki tu dengan jelas?"

Irine angguk sambil ukir senyum manis. Naja memang pandai tembak hati orang.

Tangan kanan meraih bahu Irine. "Ucap alhamdulillah dengan apa yang kau dapat sekarang dan Allah akan permudahkan segala urusan"

"Naja?" Irine mengawang-awangkan tangan depan wajah sahabatnya.

Huh? Naja tersedar dari lamunan. Nampak wajah Irine bekerut memandangnya. Dia ukir senyum segaris.

"Berangan nak naik pelamin dengan aku sekali ke?"

Ketawa Naja pecah. Ada-ada je budak Irine ni... Dia melabuhkan duduk di tepi tingkap. Perjalanannya dari sini ke Malaysia bermula sekarang.

Tersinggung senyum Irine bila teringat kenangan tu. Sejak tu tiap-tiap hari dia berdoa agar Allah beri petunjuk wajah lelaki yang muncul dalam mimpinya. Sampai la satu hari tu mama tunjuk gambar Ked. Memang serupa, sebab tu dia yakin. Dia adalah tulang rusuk Ked yang hilang.

"Sayang? awak tertidur ke?" Lembut perlahan Ked bertanya.

Irine angkat kepala. "Dah ngantuk". Dia menggeliat kecil dan menguap sambil menutup mulut. "Saya masuk bilik tidur dulu?"

"Ala.. tinggal saya sorang?" Ked buat muka. Saje je nak mengusik wife dekat sebelah ni.

Wajah Irine berubah. "Okey..okey saya teman awak."

Ked senyum. "Saya gurau je la. Pergi la naik atas tidur. Esok kita nak keluar pagi kan cari barang dapur. Awak nak masak lagi, nanti letih." Dah lewat ni.

Geleng.

"Buat degil." Ked bulat mata.

Sengih nampak gigi.

"Sini..." Ked tepuk ribanya. "Baring tidur dekat sini. Nanti dah habis bola, saya dukung awak bawa masusk bilik."

Ketawa Irine pacah. "Sengaja je kan nak ambil kesempatan dukung saya."

Tangan Ked tarik kepala Irine dan perlahan letakkan di riba. "Dah tidur, jangan kacau saya nak tengok bola ni."

Senyuman Irine nak sampai ke telinga.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Dari beranda Nasrul tarik senyum kecil nampak kelibat kak Naila yang mula 'bertugas' di taman bunga mummy. Dia kemudian mengalihkan mata memandang langit pagi. Redup tanda nak hujan. Terasa macam baru je jejak tanah melayu dari England, padahal dah hampir dua minggu dia balik. . Rindu masakan Malaysia pun tak hilang lagi. Bayangkan la seminggu ni asyik makan nasi lemak dengan ulam-ulaman. Sampaikan Kak Naila pun bosan nak masakkan untuk dia menu yang sama.

Rasa lega hati sebab kak long Irine dah berbaik semula dengan abang long. Dah duduk sama-sama macam dulu balik. Seminggu akan datang ni sibuk uruskan pasal Wani pulak. Nak kahwin dah adik sorang tu, langkah bendul angah dengan kak Naila dia. Tapi kak Naila dah ada abang Lee, bila-bila masa je diaorang tu boleh naik pelamin juga. Diri sendiri ni? Dia bertanya sendiri, Zety kan ada. Sela satu suara. Uish! Tegak terus duduk Nasrul.

Tiba-tiba telinga dapat menangkap satu suara dari arah tangga. Macam tahu je siapa gerangan tuan badan yang tengah membebel tu.

"Angah...!"

"Tamau!" Dah boleh baca apa yang bakal dibebelkan budak Wani ni.

"Eee...!" Wani bercekak pinggang di sisi katil Nasrul. "Cepat la! nanti mummy dengan daddy balik. Kemas katil."

"Tolong la angah..." Nasrul menarik sila atas kerusi di luar balkoni biliknya. "Wani kan adik. Kena la tolong angah. Kalau tak derhaka namanya." Hahahaha, senang hati dapat buli Wani. Ini pun salah satu yang dia rindu masa dekat England dulu.

"Amboi... derhaka?" tengok aku buat derhaka betul-betul. Bantal yang hampir tergolek jatuh katil dicapai. Laju bantal empat segi tu melayang ke arah tuan yang tengah bersantai membelakanginya. Hanya sipi tangan terkena.

Nasrul ketawa kecil. "Tak kena?" Dia mengejek sambil bangun menghadap Wani. Bantal warna kuning silver di kaki dicapai.

Wani buat muka. Along... along tahu tak sekarang ni siapa yang kena jaga siapa? Selama mummy daddy ada boleh pulak baik je kemas katil hari-hari sebab daddy wajib jengah bilik anak-anak dia sebelum keluar pergi kerja. Disiplin tu penting katannya. Sekarang ni mentang-mentang dah seminggu daddy dengan mummy tak ada. Semingu tu juga la dia kena keluar suara pagi-pagi membebel dekat angah.

Buk! Bantal empat segi tadi tepat mengenai mukannya. Tak sempat menepis. "Kak Naila! Tengok angah!"

Naila angkat kepala dari pasu dan baja di tangan memandang ke tingkat atas. Naila tahan ketawa. Kembar ni kalau tak buat dia ketawa sehari mesti tak boleh. Ada je gaduh-gaduh manja.

"Nasrul!" Naila memanggil tanda amaran. Tangan tengah tabur baja pada pokok.

"Ala kak Naila..." Nasrul berpaling ke luar laman. Kaki melangkah menjengah Naila di laman bunga. "Macam la kak Naila tak biasa dengan situasi pagi-pagi nyaman ni."

"Sebab dah terlebih biasa la kak Naila dah tak larat nak layan." Dia geleng kepala kemudian meneruskan kerja yang tertangguh tadi.

Nasrul sengih sambil berpaling pada Wani. "Tengok... kak Naila pun malas layan."

Laju bantal tadi melayang balik ke arah hujung sana. Tapi mendarat di atas meja. Terkena jus oren. Tumpah kena HTC angah warna putih.

Mata Nasrul bulat dengan rahang bawah hampir nak jatuh. Terkesima.

Ngee...! Wani terkebil-kebil melangkah mengundur keluar bilik.

"Wani!!!"

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience