Part 35

Romance Completed 9639

Tiga hari kemudian

"Ked, pergi makan roti sedap nak tak? Tak lalu makan nasi hari ni." Aman tarik kerusi duduk di depan meja Ked.

"Mana?" Ked tak angkat kepala dari semak laporan.

"Depan ni je." Irine yang suruh ajak Ked datang. Haila! Tolong la setuju Ked. Ini je cara aku dapat bantu kak ipar aku tu.

"Okey."

Huh? "Betul ni?"

"Urm, lagipun aku rasa jemu juga makan nasi hari-hari."

Aman tepuk meja. "Bereh. Aku tempah dulu, kau nak roti apa?"

"Apa-apa je la."

Sementara di kedai Roti.

"Kak long...." Wani merungut takut. Mana tak takut, ni baru kak long tahu. Kalau along? Ada yang kena hantar balik Itali.

Irine mengeluh. "Macam mana sekarang ni?"

Wani jongkit bahu tak tahu.

"Biar kak long fikir macam mana. Tapi buat masa ni tolong ea. Kak long minta sangat-sangat, jangan berhubung dengan Am tu." Hampir-hampir je kantoi Wani kata bila Ked tengok fon dia malam tadi. Alamat memang dah macam dalam cerita cinta dua darjat. Padahal bukan.

Angguk laju. Demi selamatkan diri, buat apa pun sanggup. "Tapi kak long... macam mana kerja dekat sini?" Wani pandang sekeliling. "Boleh tahan cantik dekorasi dalaman."

"Seronok. Cuma belum jumpa abg long je." Irine urut leher. Rasa tegang sikit. Sebab berkemas bilik dekat tingkat atas. Jadi bujang la sementara waktu. "Terima kasih dekat mummy juga sebab beli kedai ni dengan kawan dia."

"Lepas ni boleh la Wani dapat makan free." Dia masih tak lepas pandang sekeliling. Mummy punya risau menantu dia bekerja dekat kedai roti, last-last terus beli dan jadikan menantu dia bos besar. Terbaik la mummy. Mana nak dapat mak mentua macam ni.

"Naila dah gerak balik Universiti?"

"Dah. Dia kata sem ni memang teruk sikit. Banyak kena buat." Pelajar Lim Kok Wing memang macam tak ada life hidup je bila kena bekejar ke sana sini nak siapkan tesis.

Irine bangun dan capai air dari atas kaunter. "Nah! Bawa balik untuk Nasrul sekali."

Wani bangun. "Kak long ni menghalau."

"Menghalau tak menghalau la. Pergi balik. Nanti abang long nampak lagi susah." Irine tolak badan Wani keluar kedai.

"Tak best, baru je nak lepak." Wani buat muka tak puas hati.

"Banyak lagi tempat nak lepak." Irine bercekak pinggang.

"Bye kak long." Wani melambai sebelum hilang di sebalik dinding.

Nada dering tanda whatsup masuk. Irine tengok mesej dari Aman. Kemudian dia berlalu masuk dalam kedai. "Hadi! Roti sosej dua."

----------------------------------------------------------------------------------------------

Aman tarik kerusi dan duduk sambil memandang ruang dalam kedai.

Ked buka kot dan letak dekat kerusi sebelah. "Kau order apa?"

"Roti sosej." Aman letak kedua tangan atas meja.

"Nak minum apa?" Pingan roti sosej diletak atas meja.

"Limau ais." Aman memandang Irine.

Irine keluarkan buku oder dari poket apron yang diikat dekat pinggang. "Limau ais..." Dia mula menulis. "Awak nak minum apa?" Dia pandang Ked.

"Bagi saya air bandung." Ked masih tak lepas pandang dari iphone dekat tangan.

Kertas oder dikoyak dan detak atas meja depan Ked.

'Awak datang sini sebab nak bagi jawapan?' Ked angkat kepala memandang tuan ambil oder.

Bibir menarik senyum nipis dan Irine angkat kening memandang Ked.

"Kau...?"

Irine tunduk memberi salam kemudian berlalu pergi membiarkan Ked terpinga-pinga.

"Ninja tu..." Ked pandang Aman.

"Siapa?" Aman pandang Irine yang berlalu pergi. "Girl tu?"

Ked garu kepala. "Gila betul..." Dia pandang Aman. "Aku nak pergi." Dia capai kot dan bangun.

"Nanti la dulu." Tangan Aman menahan tangan Ked. "Kau nak biar aku sorang-sorang dekat sini?" Cuba memancing simpati. "Aku lapar ni."

"Kau makan la sorang." Ked lepaskan pegangan Aman.

"Macam tu la kawan." Aman mengeluh. Dia duduk sambil capai roti sosej.

Kaki Ked berhenti melangkah.

"Masa dia susah, kita ni la macam orang gila tolong dia. Bila nak minta teman makan je pun, jadi satu masalah." Dia gigit sosej tanda marah.

"Kau makan cepat sikit lepas tu balik pejabat." Ked patah balik dan duduk letak kot atas meja.

Aman senyum nipis. "Sayang juga kau dekat aku kan."

Sosej dalam pinggan di sua ke mulut. "Kau makan jangan banyak bunyi."

"Air dah sampai." Irine bawa dulang air. Diletak satu depan Aman, satu lagi depan Ked. "Enjoy you food."

Ked pusing ke kanan mengelak dari memandang Irine dengan roti masih dalam mulut.

"Tercekik aku." Aman letak roti sosej dalam pinggan dan capai gelas limau ais, di hidup sambil mata memandang Ked dan Irine silih berganti.

"Minum la, nanti tercekik." Irine dekatkan gelas air bandung depan Ked.

Ked buat muka. Suka hati aku la tercekik ke tak. Roti sosej dekat tangan dicubit besar dan disumbat dalam mulut. Kenapa mesti aku dengar cakap dia. Mulut penuh dengan roti, belum sempat ditelan disumbat lagi secebis besar roti.

Aman bulat mata terkejut melihat Ked dengan kedua pipi gelembung penuh roti. Dia pandang Irine nak tersembur keluar air limau dalam mulut.

Pantas Irine pusing kepala memandang Aman dengan mata amaran 'kalau berani, sembur la dekat muka aku'.

Dengan paksa air dalam mulut hampir keluar tu ditelan payah menuruni kerongkong. Aman menepuk dadanya. Senak.

Ked batuk sambil pegang mulut.

Irine geleng kepala dengan pamer wajah kesian. "Minum...minum. Saya tak kacau." Gelas air bandung di hulur dekat tangan kiri Ked yang berada atas meja. Dia kemudian berlalu pergi.

Ked menghantar pemergian gadis ninja tu dengan hujung mata. Setelah hilang dari pandangan sepantas kilat air bandung dicapai dan diteguk rakus bagi melegakan tekak.

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience