Part 55

Romance Completed 9640

Entah berapa nafas dan berapa kali kedengaran keluhan dari BND. Puas mencari dekat tempat-tempat yang kak senior tu selalu pergi. Tak ada juga jumpa jejak. Ini betul-betul hilang tanpa dikesan.

"Mana kak Irine pergi?" Vid tarik kerusi dekat kaunter. Suasana dalam kedai sendiri seaakan tak bernyawa. Memang betul-betul rasa kekurangan dan kehilangan.

"Sampai hati kak Irine pergi macam tu je." Kim seaakan beremosi.

AO geleng kepala. Ini semua punca dari abang Ked! Dia tendang kaki kerusi sekuat hati. Kalau bukan sebab mamat tu, mereka masih sempat ucapkan terima kasih dan selamat tinggal memandangkan masing-masing dah perlu kembali ke rutin kehidupan asal.

"Oii! Sabar.!" Lee tarik AO ke belakang menenangkan. Faham kenapa sahabat ni marah tanpa suara.

"Ada la tu kak Irine cari tempat untuk tenangkan fikiran. Bagi masa, In sha Allah kak Irine akan balik cari kita juga." Wan cuba memujuk.

"Sampai bila?" Jebat dah bercekak pinggang tepi kaunter. "Seminggu? Sebulan? Atau bertahun?" Ingat soal perasaan ni senang ke nak lupa? Nak pulak terluka sebab kehilangan anak yang di kandung. Orang gila pun ada perasaan bila anak yang dikandung dah tiada.

Ked tolak pintu Bakery Mango milik Irine.

Ahli BND serentak pandang ke belakang.

Masing-masing saling pandang dengan bicara bisu.

AO rentap kasar tuala good morning yang tersangkut dekat bahu "Aku nak balik. Tak ada mood." Dia berjalan keluar sambil langgar bahu Ked.

Jebat dengan Lee terus ke ruang dapur. Mereka sendiri tak boleh tengok muka suami kak Irine. Daripada berlaku pergaduhan, baik mereka undur diri dulu.

Wan bangun dari kerusi dekat kaunter dan menghampiri Ked. "Kak Irine tak ada dekat sini." Wan masukkan kedua tangan dalam saku seluar. "Kami sendiri pun tak berjaya jumpa dia dekat mana."

Ked usap rambut ke belakang. "I just want to say sorry."

Bahu Ked, Wan perlahan tepuk sekali. "Dan kami pun minta maaf. Memang kami sendiri pun tak tahu dekat mana kak Irine."

Vid mengeluh. Dia capai cap atas kaunter dan berlalu keluar melepasi Ked dan Wan. Dia tak salahkan Ked cuma dia belum kuat untuk menerima hakikat bahawa kak Irine tinggalkan mereka macam tu je tanpa berita.

Ked dan Wan serentak pandang Kim. Dan Kim hanya mampu jongkit bahu tanda dia sendiri tak tahu nak buat macam mana.

Irine hilang sekadar untuk sementara, kan?

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ked duduk termenung dekat laman rumah. Sudah seminggu dia macam tu. Fikiran kosong tak tahu nak fikir apa lagi. Hilang punca dan idea nak mencari Irine. Kerja pun sudah tak peduli apatah lagi untuk jaga diri sendiri.

Badan Ked ditarik kasar dari belakang. Pang!! Satu tamparan hinggap di pipi kanan yang sudah ditumbuhi jambang.

Ked pandang anak mata manusia di hadapanya. Tak ada hati nak marah. Sebab dia tahu macam mana dia beri alasan pun salah tu tetap berpaling pada dia.

"Kenapa abang long tak cari kak long?" Naila dah merah mata menahan nangis. "Kenapa mesti abang long diam macam ni. Jawab la Naila."

Kaku.

"Kenapa abang long kejam biar kak long pergi macam tu je?" Nada suara Naila dah berubah sendu nak nangis. Bila-bila je air mata boleh mengalir. Masa dia dapat tahu pasal semua ni dia berada dekat U tengah exam. Bayangkan la keadaan dia lepas tu macam mana. Semua jadi serba tak kena sebab fikir pasal kehilangan kak long.

Berat mulut Ked nak ucap, tapi hanya itu je mampu dia lakukan saat ni. Walaupun dia tahu apa yang dia akan kata ni hanya dipandang remeh dan nampak tak bertanggungjawab. "Sorry."

Naila geleng kepala dan terduduk sambil menutup kedua telinga. "Naila tak nak dengar abang long kata maaf. Naila nak abang long cari kak long." Air mata Naila mengalir juga.

Wani datang dari belakang dan peluk Naila. "Akak.." dia memujuk lirih.
Mummy dan daddy hanya memerhati dari tingkat atas.

Ked perlahan melangkah meninggalkan laman dan masuk ke dalam rumah. Diri sendiri dah tak larat sebenarnya, pening kepala dan juga demam dari malam tadi masih tak hilang. Kaki melangkah naik tangga.

"Awak ada nampak ubat saya tak?" Ked masuk dalam rumah.

"Eh? Awak demam macam ni pun datang sini semata-mata nak cari ubat? Awak boleh beli dekat klinik la." Irine keluar dari dapur ke ruang tamu. Terkejut melihat suaminya balik ke rumah tanpa beritahu. Kerja dekat luar dh abis ke?

"Ubat saya ada dekat sini." Ked pandamg sekeliling seaakan mencari.

Irine bekerut kening. Ubat letak merata-rata ke? Irine pun turut pandang sekeliling. Balik hanya sebab nak ubat? Dah la drive jauh-jauh dari terengganu ke sini sorang-sorang. "Kenapa tak minta tolong Aman belikan je?" Irine tarik tangan Ked perlahan supaya memandagnya. Dipegang dahi Ked merasa suhu panas. Dari sejak Ked kena bertugas dekat terengganu dua hari lepas suaminya itu dah demam.

"Ada... ubat saya ada dekat sini." Ked sungguh-sungguh beritahu.

Irine garu kepala. "Ye ke?" Macam-macam la suami aku ni. Dia tunduk buka laci tepi tv. Tak ada pun

Senyum di bibir Ked makin mekar melihat gelagat Irine yang risau. Sebenarnya ubat yang dia maksudkan adalah Irine. Rindu demam ni penawar dia hanya Irine.

"Awak serius tertinggal ubat dekat sini?" Irine pandang Ked.

"Ubat saya dah ada depan mata."

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience