Bab 47

Drama Series 22675

Sejak daripada hari itu,Feera masih lagi berusaha untuk berbincang bersama Nazrin,tetapi lelaki itu ada saja alasannya.Sudah lambat nk jumpa kawan la,ada kerja nk buat la.Alasan yang sama juga dia dengar hari2.

Dia juga sedang berada di rumah agam milik keluarga Nazrin.Dan nasib baik jugalah semasa dia berada di rumah Nazrin dulu,lelaki itu sudah memaklumkan terlebih dahulu kepada Mummy.Kalau tidak,sah mereka fikir dia diculik.Haisyy,lelaki itu selalu aje menyusahkan dirinya.

Mummy yang sedang memasak di dapur dihampiri.Itulah sifat Mummy Nazrin yang selalu akan masuk dapur walaupun sudah mempunyai orang gaji.Malah,pekerja2 disitu pun sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Feera bersyukur kerana dia mendapat ibu mertua yang tidak sombong dan riak dengan kekayaan macam mak2 datin didalam tv.Dan kerana itu juga,dia tak tahu macam mana mahu berpisah dengan Nazrin tanpa melukakan hati ibu mertuanya.

"Mummy,masak apa tu?"Kata Feera lalu bersandar dikabinet dapur sambil memerhati pergerakan lincah wanita itu yang sedang memasak.

"Mummy masak ayam masak lemak,lauk ni Nazrin yang suruh Mummy masakkan."Balas Datin Maznah sambil tersenyum.Nazrin memang suka ayam masak lemak buatannya.Anak lelakinya itu tidak akan makan kalau orang gaji mereka yang masakkan.Katanya tak setanding dengan masakannya.

"Nazrin memang suka ni ke Mummy?"

Datin Maznah mengangguk."Betul,dia suka sangat makan ayam masak lemak.Kenapa?Feera nak belajar ke?"Tanya Datin Maznah.

Feera mengeleng.Tak ada kuasa nk belajar.Nazrin bukan makan pun apa yang dimasaknya.Dari dulu hingga sekarang,dia yang masak,dia yang makan.Ingat dia ni masak tak sedap ke?Tengok kakilah!

Suasana sunyi seketika.Feera bermain2 dengan jarinya.

"Mummy,kalau Feera tanya sikit,Mummy jangan marah tau'Kata Feera setelah berfikir banyak kali.

Datin Maznah mengerutkan dahi."Nak tanya apa?Macam serius aje"

"Ermmm,macam mana perasaan mummy kalaulah suatu hari nanti,Feera ber..berpisah dengan Nazrin?"Penuh berhati2 dia mengucapkan.Dia hnya mahu bertanya.Lagipun,dia pasti suatu hari nanti,dia akan bercerai juga dengan Nazrin.Tapi bukan sekarang,nanti.Nazrin pun tak kata apa.Takkan dia nk memandai pula kan?Karang lain pula jadinya.

"Jangan cakap Feera n-"Terhenti Datin Maznah akibat gelengan Feera."Eh tak,mummy jangan salah faham.Feera just tanya aje.Mana tahu sesuatu akan berlaku nanti kan?Bangkang Feera.Haihh,kena tipu lagi.Buat dosa kering jelah.

Mummy mengangguk sebelum menyambung bicara."Kalau Feera dan Nazrin bercerai.Mestilah Mummy akan rasa kecewa.Sebb Mummy sayang sangat dekat Feera macam anak Mummy sendiri.So please sayang,jangan tinggalkan Nazrin ye?Mummy tahu yang mungkin perangai Nazrin tu kadangkala melampau.Tapi Feera kena pertahankan rumah tangga Feera."Feera mengangguk dalam gusar.Ini bukan seperti yang dirancang.

Nampaknya,rancangannya harus dilupakan.Demi Mummy,Ibu dan Daddy.Tapi macam mana dengan dia dan Nazrin?Mereka takkan hidup bahagia pun.

Takkan dia perlu terus menyimpan perasaan terhadap Nazrin sedangkan lelaki itu langsung tidak mengambil peduli perasaannya?Tengok sajalah cara layanannya dulu terhadap Feera.Kejam!

"Feera,dengar cakap Mummy ya?Dulu time Nazrin cakap nak khawin,Mummy happy sangat sebab anak tunggal mummy nak membina masjid.Bila dah jumpa Feera,lagilah Mummy bertambah happy.Walupun Mummy tak pernah kenal Feera,Mummy tahu Feera mampu jaga Nazrin.Lagipun,dari dulu lagi Mummy teringin nak ada menantu sesopan Feera.Sudahlah cantik,baik pulak tu"Pujian Datin Maznah setinggi langit.

Feera hanya diam mendengar.Dia tahu yang dia juga sebenarnya tak mampu langsung nk lihat wajah Mummynya kecewa walalupun wanita itu bukan ibu kandungnya.Tambah2 lagi ibunya yang berada di kampung,lagi lah dia tak sanggup.

"Baik Mummy,Feera dengar cakap Mummy"Feera menghampiri Datin Maznah dan memeluk tubuh tua itu.

"Terima kasih Feera."

Feera tidak membalas.Cukuplah dia mengucapkan "sama2" didalam hati.Itu sudah memadai.Cuma dia perlu bercakap dengan Nazrin.Dia perlu berbaik dengan Nazrin.Ya,itulah yang sebaiknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience