Bab 70

Drama Series 22675

"Rayyan,mana perempuan tu?"Tanya Nazrin sambil memerhati sekeliling.Rayyan yang bercekak pinggang menjeling rakan baiknya itu.

"Amboi,aku yang penat berdiri ni kau tak nak ambik tahu pulak?"Rayyan mencebik.Lenguh kut,dari tadi dia tercongok di sini untuk menjaga Medina.Nazrin pula,sesedap hati saja menyinggah di kedai mamak tadi.Hisy!

"Eleh,nak merajuk la konon?Isy,dah la.Mana dia?Aku nak jumpa dia sekejap."

Rayyan mengeluh."Tu,dalam stor belakang tu.."Kata Rayyan.

"Eh,bukan ke stor tu dah nak roboh?"

"Memanglah,tapi kau tu la,kalut sangat sampai aku nak cari tempat pun tak sempat.Jadi aku tendang je lah Medina dalam tu."seloroh Rayyan.Nazrin tergelak cuma.Dia bukan apa,cuma dia tak mahu Medina terlepas.Sia2 sajalah usaha mereka selama ini.Medina seorang yang licik,jadi dia tak mahu Medina ambil kesempatan.

"Dahla,aku pergi dulu.."

"Ha okay,tapi lepas ni kau kena belanja aku makan nasi kandar!"Laung Rayyan.

Medina memerhati keadaan sekeliling.Dia mendengus geram.Geram dengan Kamal yang tidak kunjung tiba.Dengan keadaan dalam stor ni yang panas,berhabuk dan bersawang merata.Labah2 lagi,geli!

Katanya mahu bantu membebaskan dirinya dari cengkaman Rayyan dan Nazrin.Alih2,sampai sekarang tak nampak batang hidung.Sia2 saja Medina beria2 mahu bekerjasama dengan Kamal.Jika dia tahu dia akan dibelot,awal2 lagi dia dah batalkan hasratnya dengan Kamal.

Biarlah dia dapatkan Nazrin dengan caranya sendiri.

"Shit!Tak guna punya jantan!"Hamun Medina.Dia benar2 geram sekarang.Sudahlah dia tiada backup.Anak2 buahnya pun sudah hilang entah ke mana selepas berita Medina ditangkap tersebar di kalangan mereka.

Medina cuba untuk meleraikan ikatan tangannya.Sudah puas meronta2,Medina cuba menggeselkan tali itu dengan dinding.Tapi hampa,tali itu sangat tebal.Mustahil untuk dibuka tanpa sebarang alat yang sesuai.

"Tak payah nak larikan diri Medina.."Tegur satu suara.Saat Medina menoleh,pintu kayu yang hampir reput didepannya sudah terbuka.Cahaya matahari menerobos masuk ke dalam ruang yang kini sudah terang sedikit.

"Nazrin..sayang,let me go please.Tinggalkan isteri you,I ada.I boleh jaga you,sayang you lebih baik dari betina tu!"

"Jaga mulut you Medina.She is my wife!I dah tak cintakan you.Takkan itu pun you tak boleh faham?"

"Tapi ada je suami isteri bercerai berai kan?"

"You dah gila ke Medina?Dah lupa apa yang you buat kat I dulu?Apa yang you nak dari I sebenarnya?!"Bentak Nazrin,geram dengan perangai Medina.Ingat dia apa sesuka hati suruh Nazrin lepaskan Feera?

"I nak you!Memang I tinggalkan you dulu tapi sumpah,I menyesal sangat.Please,I masih sayangkan you,you pun mesti sayangkan I lagi kan?"

Nazrin tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh."I sayangkan you?Dalam mimpilah Medina,you yang buang I and now you ingat I masih sayangkan you lagi?Huh,bangunlah Medina,you dah lama sangat bermimpi.."

"Sayang...please,dengar cakap I.Kahwin dengan I dan kita akan bahagia seperti dulu."Pujuk Medina tapi langsung tidak mengubah pendirian Nazrin.Sejauh mana pun wanita itu merayu,dia takkan tunduk kerana dia tahu..Medina hanya ingin pergunakannya.

"Sudahlah..I letih dengan perangai you Medina.Keputusan I muktamad,I tak akan bersama dengan you semula.You yang nak macam tu kan dulu?"Sinis Nazrin.

"Tapi I-"

"Enough Medina.Sebelum I humban you dalam penjara,baik you diam dan ikut apa yang I cakap!Kalau you nak selamat,you kena beritahu Feera yang semua ni dirancang..Kalau tak,you faham2 je la.."Serentak itu,bunyi pintu berdentum kedengaran.

"Nazrin!Lepaskan I!"Jerit Medina tapi malangnya,Nazrin hanya memekakkan telinga.

"Damn!"

"Tunggu..kalau aku tak dapat Nazrin,jangan harap kau boleh!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience