Bab 44

Drama Series 22675

Nazrin meramas2 rambutnya yang kemas.Rayyan yang duduk dihadapannya hanya mengeleng melihat gelagat rakannya itu.Apa lah masalah dia nie?Dari tadi dia lihat Nazrin yang dah macam kucing hilang anak itu.Tak reti nak duduk diam.Kejap berdiri,kejap berjalan.Haihh,parah dah kawan aku nie.

"Kau nie dah kenapa Nazrin?Stress je aku tengok"Rayyan bertanya.Nazrin berhenti meramas rambutnya.

"Kau tanya kenapa aku stress?!Pasal Feera lah!!"Marah Nazrin apabila Rayyan buat seperti tidak faham.Padahal,dia dah menceritakan halnya dengan Feera bermula dari A sampai Z.

"Hisyy kau nie!!Aku tanya je pun!Sensitif lebih!"Balas Rayyan sebelum memandang akuarium di penjuru ruang tamu mewah itu.

Nazrin akan masuk bekerja 3 hari lagi kerana dia mengambil cuti selama seminggu lebih disebabkan majlis perkahwinannya.Eh tak!Bukan Nazrin yang nk cuti lama2,tapi daddynya yang memaksa.Nazrin ni seorang yang jarang bercuti,hardworking guy la maksudnya.

Jadi dah alang2 Nazrin cuti lama,dia pun ajak lah Nazrin melepak.

"Dah kenapa pulak kau nak stress pasal isteri hah?Bini kau baik punya lawa,tak paham la aku dengan kau!!!"Sambung Rayyan lagi.

"Kau tak paham Rayyan.Feera tu sejak dua menjak ni lain sikit la,tu yang buat aku pening tu"Suara Nazrin mulai kendur.Dia tahu yang sekarang dia perlukan nasihat Rayyan yang dianggapnya seperti penasihat tak bergaji.

"Lain?Apa yang lain?"

Nazrin mengeluh sebelum bersuara."Aura dia..."Perlahan suara Nazrin tatkala itu.Nampak sangat takut kalau kena bantai gelak dengan Rayyan.

"Aura?!Hahahaha"Berdekah2 Rayyan menggelakkannya.Dah agak dah!!

Dia ni bukan nk bagi semangat,bagi aku rasa down adalah!!

"Ya Allah,apa dah jadi dengan kawan beku aku nie?Dah jatuh cinta ke apa nie?"Rayyan membuat aksi seperti sedang berdoa sebelum kepalanya diketuk Nazrin yang menahan geram.Ha,kan dah kena!

"Woi2!Apa main ketuk2 kepala orang nie?"Rayyan mengusap kepalanya yang sakit.Ni sah dah benjol ni!

"Tulah kau,aku cakap serius,kau gelakkan aku pulak"Nazrin tak puas hati.

"Yelah2,aku serius.Cepatlah cakap!"Rayyan mengalah.

"Aku selalu rasa lain kalau dekat dengan dia"Luah Nazrin lagi.

Rayyan seperti berfikir sebentar sebelum membalas.

"Nazrin,aku rasa kan..yang kau dah..."Belum sempat Rayyan mahu memberitahu apa yang dia fikir,Nazrin sudah menghalang.

"No and never!Aku tak akan jatuh cinta dengan dia.Aku dah cakap yang dia tu penyebab Nazrul tak ada dekat dunia ni!"Nazrin bertegas.Aiyoo,dia punya ego tu kalah gunung everest.

"Hah,ni la masalah kau.Aku nk cakap yang kau sebenarnya dah sayangkan bini kau tapi disebabkan kau ego,kau takkan pernah mengakuinya"Rayyan menepuk bahu Nazrin.

"Aku...ego ke?"Tanya Nazrin lambat2.

Rayyan mengangguk."Sangat ego,"

"Ye ke?Mana ada!!Itu bukan ego!!Itu reality,memang Feera lah penyebab Nazrul menderita!!"

Rayyan menepuk dahi.Kenapa susah sangat rakannya untuk faham benda simple macam tu?Nak kata Nazrin ni tak sekolah,tak!Malah lulusan Universiti Imperial Collage di London pulak tu!!


"Sebab ni lah kau ego,kau asyik fikir pasal diri kau aje.Ada kau tanya Feera macam mana keadaan dia?Dan mungkin,dia pun masih sayangkan Nazrul hingga kini.Tapi bila kau asyik kata yang dia ialah pembunuh Nazrul,kau pernah bayangkan perasaan dia?Pernah bayangkan perasaan orang yang dituduh membunuh orang yang dia sayang?Tak de kan?Kau ego,sebab tulah kau tak nmpk selama ni.Yang kau tahu,cari kesalahan dia aje.Tapi kesalahan kau,kau tak nampak.Come on Nazrin,kawan aku tak tindas perempuan macam ni,tambah2 lagi isteri dia sendiri"Sedas Rayyan memberi nasihat.Nazrin pula tergamam.Aku teruk sangat ke?

"Trust me Nazrin,cuba kau berbincang dengan dia.Kalau kau rasa kau masih tak boleh terima kematian Nazrul,aku rasa..kau kena lepaskan dia.She deserve someone better.Aku harap kau pertimbangkan apa yang aku cakap.Aku gerak dululah,dah lambat ni"Rayyan berjabat tangan dengan Nazrin.Dia hnya menghantar Rayyan kepintu dengan matanya.Dia masih kelu.Perkataan 'lepaskan' sangat terkesan dihatinya.Oh God!!What should I do?

Nazrin mengeluh perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience